Tenaga Pengajar
Profesor Dr Mohd Shahrizal Sunar ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Berpusat Manusia (iHumEn) dan Pengarah Pengasas Pusat Kecemerlangan Media dan Inovasi Permainan (MaGICX), Universiti Teknologi Malaysia. https://people.utm.my/shahrizal/
Beliau memperolehi PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengajian utama beliau adalah grafik komputer masa nyata dan interaktif dan persekitaran maya.
Teknologi Maklumat 1
Pada kelas pertama secara visual, Prof. menerangkan kepada peserta tentang Industrial Revolution.
- 1st ( 1.0 ) Industrial Revolution dengan penggunaan air dan stim.
- 2nd ( 2.0 ) Industrial Revolution dengan penggunaan elektrik. Barang-barang dibuat dengan cepat dengan penggunaan mesin seperti mesin jahit, radio, kapalterbang dan sistem berhubungan.
- 3rd (3.0 ) Industrial Revolution ini bermula revolusi automasi. Kilang-kilang sudah menggunakan mesin-mesin untuk memudahkan kerja dan lebih cepat. Tercipta lebih banyak alat-alat elektrik dan elektronik.
- 4th Industrial Revolution, berasaskan perkembangan teknologi digital. Penggunaan gadget yang sangat meluas pada masa sekarang. Perkembangan teknologi internet yang lebih laju.
Kemudian, Prof. menerangkan tentang Perkakasan Sensor, Sejarah Pengstoran, Peranti Input dan Proses Output.
Selepas itu, peserta diterangkan tentang sejarah selular sehinggalah masa sekarang penggunaannya. Seterusnya penerangan tentang Teknologi Simulasi.
Bagi tugasan berkumpulan, kami di bahagi kepada 3 kumpulan. Kumpulan saya, Kumpulan 1 terdiri daripada Puan Latipah, En Ariff dan En Shamrie. Kemudian kami perlu menyediakan slaid pembentangan tentang dalam bentuk Power Point.
Sejarah Komputer dahulu dan pada masa sekarang dan juga tentang penggunaan komputer pada hadapan oleh Penolong Pegawai Sains. Terima kasih kepada semua rakan-rakan Bridging yang banyak membantu semasa membuat pembentangan.
Kami juga didedahkan dengan penggunaan https://padlet.com/ dan https://research.utm.my/virtual-lab/