Teknologi Realiti Maya ( VR )

Teknologi Realiti Maya (VR) merupakan simulasi komputer menyerupai keadaan nyata atau fizikal suatu perkara, situasi atau produk.

  • Apakah yang anda faham tentang Realiti Maya

Definisi realiti maya, datang daripada dua perkataan tersebut : realiti (reality) dan maya (virtual). Untuk definisi ‘maya’ pula, ia hampir realiti seperti yang kita dapat rasa sekarang sebagai seorang manusia. Manakala perkataan realiti maya ini bermaksud ‘hampir realiti’. Tetapi skopnya buat masa ini adalah pada peringkat emulasi.

Kita mempunyai 5 deria iaitu: rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan pendengaran, tetapi pada hakikatnya, kita ada banyak lagi daripada itu, sebagai contoh badan kita juga mempunyai deria untuk imbangkan badan. Semua deria ini berfungsi dengan menggabungkan isyarat kepada otak dan otak akan memproses isyarat tersebut, kemudian menghasilkan sesuatu pergerakan atau pemikiran.

Semua yang kita tahu tentang realiti datangnya dari deria kita semua. Dalam kata lain, apa yang kita dapat rasa pada alam realiti adalah datangnya daripada deria kita.

Jadi, dalam kata mudah, realiti maya adalah stimulasi persekitaran dalam 3 dimensi oleh komputer untuk meransang deria kita. Orang yang berada di dalam realiti maya boleh melihat, memerhati dan berinteraksi dengan objek yang berada di dalam alam maya tersebut.

Terdapat banyak lingkungan sistem yang menggunakannya, seperti headset, treadmill dan sarung tangan. Semua peralatan ini adalah digunakan untuk meransang deria kita untuk menghasilkan ilusi realiti.

Teknologi Realiti Maya boleh membantu kita meneroka alam yang lebih jauh berbanding dengan apa yang kita ada sekarang. Apabila kita ingin melakukan sesuatu yang bahaya, mahal atau tidak praktikal kita boleh bergantung kepada simulasi dari VR untuk mencubanya.

UTM 1st Year Biology Virtual Lab Tour

Di atas adalah salah satu contoh aplikasi Realiti Maya adalah di UTM ialah simulasi Virtual Lab

(utm.my)https://comp.utm.my/mivielab/

https://vicubelab.utm.my/

Pages: 1 2 3