- Berikan satu contoh aplikasi Realiti Maya yang anda tahu? Bagaimana ia berfungsi.
Salah satu contoh penggunaan aplikasi Realiti Maya yang saya tahu adalah ianya digunakan dalam bidang perubatan. VR juga sangat inovatif, VR dapat menarik minat bakal doktor menceburi pengkhususan dalam kepakaran bedah dan juga bidang perubatan yang lain.
Dalam kita kurang sedar mengenai perkembangan yang telah berlaku di era ini, sebenarnya penjagaan kesihatan ini adalah salah satu penggunaan terbesar VR yang merangkumi simulasi pembedahan, rawatan fobia, pembedahan robotik dan latihan kemahiran.
Teknologi ini juga membantu membenarkan seseorang yang profesional dalam penjagaan kesihatan mempelajari kemahiran baru serta memantapkan pengetahuan yang sedia ada dalam satu persekitaran yang selamat tanpa mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi.
Walaupun masih belum meluas, Virtual Reality kini dapat dilihat dalam latihan pembedahan dan latihan professional penjagaan kesihatan. Kegunaannya pelbagai dari pengajaran anatomi hinggalah simulasi pembedahan dan penyelidikan dalam bidang perubatan
Teknologi VR juga popular digunakan dalam surgeri robotik. Ini ialah satu pembedahan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah robotik. Di sinilah pembedahan dilakukan melalui alat robot – dikawal oleh pakar bedah manusia, yang mengurangkan masa dan risiko komplikasi.