TRIVIA MENARIK KURSUS SENI BINA!

|  SENI BINA  |  ARCHITECTURE  |

Seni Bina adalah ‘seni’ yang ‘dibina’ yang mengadunkan seni bersama sains dan teknologi. Kursus ini memerlukan kekuatan jiwa dan raga untuk melalui hari-hari getir sebagai pelajar seni bina. UTM merupakan antara medium yang tepat untuk mereka yang bercita-cita menjadi Arkitek. Selain kerjaya Arkitek, jurusan ini telah terbukti membuka ruang dan peluang untuk mereka meneroka kerjaya kesukaan mereka! contohnya… Professional Photographer, Wedding Planner, Artist, Interior Designer, Fashion Designer, Chef, 3D Maker dan banyakkkk lagi selaras dengan ilmu seni yang mereka miliki.

Ada kajian mengatakan “Architect is the sexiest profession”. Betul ker???. Menurut kajian tersebut, lazimnya pelajar yang mengambil jurusan ini dilihat sebagai “individu yang seimbang yang mampu menggabungkan pendekatan kreatif dengan bijaksana ditambah dengan kemampuan mereka untuk mengatasi tekanan kerja dengan santai juga dianggap sebagai nilai tambah yang sangat ketara”.

Sebagai seorang yang pernah menjalani hidup sebagai pelajar seni bina, jom saya kongsi Trivia menarik mengenai pengalaman ini!

  1. Crit Session adalah perkara yang sangat mendebarkan!
  2. Tak Cukup Tidur bukan MITOS!
  3. Field Trip adalah perkara yang ditunggu setiap semester!
  4. Sibuk? Ya… pelajar senibina sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan, pertandingan rekabentuk dan aktiviti-aktiviti lainnya.
  5. Kekangan kewangan??? Benar, kursus ini memerlukan modal yang tinggi termasuk kos peralatan melukis, komputer yg mampu menampung hasil kerja ditambah dengan kepelbagaian software, kos printing, kos 3d maker, trip lawatan ke tapak dan lain-lain termasuklah kos sara hidup sebagai pelajar. Maka dengan itu, pelajar senibina secara halusnya telah dilatih untuk membezakan penggunaan perbelanjaan diantara “keperluan” dan “kehendak”. Ia memerlukan keputusan yang kreatif!
  6. Perlu ada idea dan menjadi kreatif. Kenapa? kami dilatih untuk mencari penyelesaian masalah dalam rekabentuk. Masalah tersebut biasanya sangat unik dan pelbagai kerapkali tiada penyelesaian yang khusus dan tepat. Inilah yang menyebabkan seseorang arkitek perlu sentiasa kreatif dan inovatif untuk mengendalikan cabaran-cabaran tersebut dengan baik dan bersesuaian dengan keadaan.

Percayalah… pengalaman-pengalaman ini yang akan dirindui. Semoga semua pelajar-pelajar saya dipermudahkan segala urusan dan berjaya masa hadapan!

Jom saksikan sebahagian sketsa perbentangan hasil kerja pelajar-pelajar Seni Bina UTM 😉


			

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *