MUZIUM TOKOH JOHOR

MUZIUM TOKOH JOHOR dibina pada tahun 1893 di atas tanah seluas 100 ekar di kawasan Bukit Senyum, Johor Bahru. Tapak bangunan ini dipilih oleh Dato’ Jaafar dan telah menerima perkenan Sultan Abu Bakar sambil tersenyum. Atas perkenan baginda, maka Dato’ Jaafar menamakan bukit ini sebagai “Bukit Senyum” (Yayasan Warisan Johor, 2020). KALAM UTM telah diberi mandat oleh Yayasan Warisan Johor (Wakil: En. Farhan) untuk membina replika senibina bersejarah yang diketuai oleh Ar. Noraslinda Binti Abdul Rahman dan dibarisi oleh penyelidik; Nurul Izzati, Nurul Zayyanah, Saiful Amin, Noraini, Norazila dan Ummi Hairani.

Proses pembuatan replika ini mengambil masa selama 3 bulan bermula peringkat perbincangan, analisis data, pembikinan model 3D dan seterusnya kepada proses model fizikal. Bersumber maklumat dari bahan KALAM UTM, Alhamdulilah replika tersebut dapat disempurnakan dengan jayanya!

http://www.ywj.gov.my/muzium-tokoh-johor/

3 thoughts on “MUZIUM TOKOH JOHOR”

  1. Assalamualaikum Puan Noraslinda, saya Muadz Bin Kamaruddin 2017906083 sesi 2017-2021 pelajar daripada UiTM Kampus Puncak Alam semester 06, dari Fakulti Senibina Perancangan & Ukur. Saya membuat projek berkaitan muzium untuk projek akhir semester saya. Boleh saya dapatkan lukisan Pelan dan lukisan² berkaitan Muzium Tokoh Johor tersebut? Saya harap puan dapat pertimbangkan segala permintaan saya.

    Jasa baik Puan amat saya hargai. Terima kasih.

  2. I blog frequеntⅼy and I tгuly appreciate your content.
    The article has truly peаked my interest. I am ɡoing to
    take a note of your website and keep сheckіng for neԝ details about once a
    week. I subsсribed to your Feed as ᴡell.

Leave a Reply to MUADZ BIN KAMARUDDIN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *