Makmal Penyelidikan Senibina (MPS) Bahagian Inovasi Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan Bengkel Hands-On Peralatan Pertukangan Bil. 3/2020- Membina Perabot Mudah Alih dan Rak Vertical Garden. UTM telah dilantik sebagai fasilitator yang menerajui kursus ini.
![](http://people.utm.my/noraslindaar/wp-content/uploads/sites/1723/2021/02/4-2-1024x639.png)
Ia menggabungkan kepakaran dari pegawai-pegawai JKR dan UTM yang bersama-sama berganding bahu bagi melaksanakan kerja penambahbaikan kawasan tempat makan aras 2 di blok A bangunan tersebut. Para peserta diberi pendedahan mengenai kemahiran asas pertukangan dan penanaman. Kerjasama erat di antara akademia dan industri terbukti dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terlibat.
![](https://people.utm.my/noraslindaar/wp-content/uploads/sites/1723/2021/02/3-3-1024x486.png)
Ketua projek dari pihak JKR CREaTE diwakili oleh Cik Jamilah Halina Binti Abdul Halim dan UTM diwakili oleh Ar. Ts. Noraslinda Binti Abdul Rahman selaku ketua fasilitator bersama-sama barisan pegawai Fakulti Alam Bina dan Ukur serta pihak KALAM.
![](http://people.utm.my/noraslindaar/wp-content/uploads/sites/1723/2021/02/2-1.png)
![](http://people.utm.my/noraslindaar/wp-content/uploads/sites/1723/2021/02/1-1024x554.png)