Replika Logo 50 Tahun UTM

Terima kasih pasukan TNCP UTM kerana memberi kepercayaan kepada Kalam Utm untuk penyediaan Replika Logo 50 Tahun UTM. Ia adalah kenangan paling manis bagi pasukan kami dan penghargaan tertinggi untuk bersama-sama bergabung tenaga kerja dengan team ROBOCON dan pasukan urusetia lain dalam majlis tersebut.

Bermula dengan geran penyelidikan yang saya terima dari UTM (Tier-2), usaha penghasilan produk diteruskan dengan dana yang diterima dari TNCPI (pembelian laser cutter). Kepakaran pasukan rekabentuk dihimpunkan di bawah pimpinan KALAM, kini akan terus mengorak langkah dalam penghasilan pelbagai produk berkualiti. Kalam akan terus komited menyebarkan “warisan” dalam pelbagai bentuk.

TERIMA KASIH Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) yang memberi keizinan untuk kami menggunakan mesin ajaib fakulti bagi menghasilkan replika tersebut.

KALAM + FABU 💛