CITRA KARISMA UTM 2023

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

Definisi Citra Karisma

CITRA bermaksud anugerah, hasil atau kebolehan. 

KARISMA bermaksud kualiti, daya kepimpinan atau daya penarik.

Citra Karisma UTM 2023 merupakan sebuah majlis bagi meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan prestasi warga kerja UTM. Majlis ini telah diadakan pada 16 Ogos 2023 di Dewan Sultan Iskandar (DSI) untuk meraikan warga kerja UTM dalam pelbagai bidang menerusi sumbangan penyelidikan, perundingan, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail menekankan betapa pentingnya semangat kerjasama dan kerja secara berpasukan untuk memastikan kejayaan dalam usaha meletakkan Universiti di tahap yang cemerlang. Beliau juga menggalakkan semangat kerja berpasukan dan kebersamaan bagi memastikan kecemerlangan UTM terus cemerlang dan mempunyai prestasi yang tinggi.

Anugerah disampaikan oleh Tan Sri Salleh dan Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi.

Terima kasih sahabat-sahabat KALAM, Institute for Smart Infrastructure and Innovative Construction (ISiiC), Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, Jabatan Senibina serta seluruh warga UTM kerana banyak membantu selama ini.

“ja-zaa-ku-mul-lah khai-ran” Alhamdulilah, semoga Allah membalas kamu dengan banyak kebaikan dan semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu dengan balasan yang terbaik.

TERIMA KASIH UTM!