KAJIAN SENI BINA DAN TARIKAN PELANCONGAN BERASASKAN WARISAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 19 Oktober 2023- Kajian ini akan melibatkan kolaborasi 1 CoE bergabung dengan 5 RG untuk memperkukuh serta meningkatkan penyelidikan dan inovasi dengan mengutamakan kerjasama antara penyelidik dan pihak berkepentingan iaitu agensi, industri serta komuniti. Bandaraya Johor Bahru dipilih sebagai tapak kajian kes bagi mengkaji secara mendalam mengenai seni bina dan tarikan pelancongan berasaskan warisan. Bandaraya Johor Bahru diposisikan sebagai kluster warisan bandar dan gaya hidup. Bandaraya ini mempunyai lokasi strategik sebagai ‘Pintu Selatan Malaysia’ namun ia tidak berjaya diposisikan untuk pelancongan tempatan dan antarabangsa kerana hanya dikenali sebagai lokasi rentas negara sekaligus menjadi kerugian besar pada bandaraya tersebut. Pemandangan Bandaraya Johor Bahru masih mempunyai kelemahan disebabkan terdapat banyak ruang-ruang awam, seni bina warisan beserta landskap yang masih tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ditambah dengan keadaan pejalan kaki yang tidak mesra pengguna, kesesakan lalu lintas, pencemaran kawasan sekitarnya serta ketiadaan kawasan lapang dengan landskap yang baik di bandar raya ini. Industri pelancongan antara penyumbang terbesar kemajuan ekonomi, sosial dan persekitaran. Amat sukar membincangkan pelancongan tanpa membincangkan seni bina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *