SIJORI adalah gabungan perkataan Singapura-Johor-Riau. Program ini akan melibatkan kolaborasi 1 Centre of Excellent (CoE) bergabung dengan beberapa Research Group (RG) untuk memperkukuh serta meningkatkan penyelidikan dan inovasi dengan mengutamakan kerjasama antara penyelidik dan pihak berkepentingan iaitu agensi, industri serta komuniti. Program ‘Menjejak Warisan Seni Bina SIJORI [Singapura – Johor – Riau] adalah untuk memperkukuh penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu [KALAM] sejak 50 tahun yang lalu. Sehingga kini, KALAM mempunyai lebih 600 dokumentasi warisan untuk dikongsi bersama masyarakat dalam dan luar negara.
‘Menjejak Warisan Seni Bina SIJORI’ adalah sebagai medium berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan bagi dapatan penyelidikan yang diperolehi oleh Geran Flagship CoE/RG dengan tajuk utamanya adalah Kajian Seni Bina dan Tarikan Pelancongan Berasaskan Warisan Bandar di Bandaraya Johor Bahru dengan nilai keseluruhan geran sebanyak RM350,000.00. Manakala, program “Menjejak Seni Bina SIJORI” adalah geran tambahan yang diberikan oleh CCIN bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam menyokong ekosistem Quadruple-Helix.
Objektif program tersebut adalah untuk menjejak warisan seni bina Singapura – Johor – Riau yang berpotensi sebagai tarikan pelancongan berasaskan warisan bandar. Tambahan, ia juga berpotensi mewujudkan peluang kerjasama kepada para penyelidik UTM dalam mensinergikan kepakaran bersama penyelidik antarabangsa sekaligus mewujudkan peluang kolaborasi penyelidikan berimpak tinggi melalui penyelesaian inovatif. Ianya sekaligus mampu mengukuhkan ekosistem kerjasama KALAM UTM melalui inovasi Quadruple Helix (GUCI- Government, University, Community, Industry) selaras dengan pendekatan enVision Moonshot UTM yang menggariskan empat (4) fokus utama iaitu melahirkan graduan berkualiti berorientasikan masa hadapan, menerajui penyelesaian kepada permasalahan kompleks melalui pengetahuan dan penyelidikan terfokus dalam bidang strategik, mencapai keunggulan global sebagai universiti penyelidikan terkemuka negara berasaskan teknologi serta memanfaatkan teknologi tinggi dan menggunakan pendekatan Quadruple-Helix.
Menyokong misi dan misi UTM, sebagai Penyelidik UTM berikut adalah beberapa inisiatif untuk menjalinkan kolaborasi penyelidikan bersama universitas di Indonesia dalam penyelidikan Menjejak Seni Bina SIJORI:
i) Program pertukaran Penyelidik: Kami berhasrat untuk memulakan program pertukaran penyelidik antara KALAM UTM dan universitas-universitas terpilih di Indonesia, khususnya di wilayah Kepulauan Riau. Program ini akan membolehkan para penyelidik dari kedua-dua negara untuk berkongsi kepakaran dan menjalankan kajian lapangan bersama mengenai warisan seni bina di kawasan SIJORI.
ii) Penganjuran program secara bersama: KALAM UTM akan menganjurkan siri bengkel dan seminar bersama dengan rakan universitas dari Indonesia untuk membincangkan metodologi penyelidikan, perkongsian data, dan penemuan terkini berkaitan seni bina warisan SIJORI. Ini akan mewujudkan platform untuk pertukaran idea dan pembentukan rangkaian penyelidikan yang kukuh.
iii) Projek penyelidikan kolaboratif: memulakan projek-projek penyelidikan kolaboratif yang melibatkan penyelidik dari KALAM UTM dan universitas Indonesia. Projek-projek ini akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu seni bina SIJORI seperti:
- Kajian perbandingan teknik pembinaan tradisional
- Dokumentasi digital bangunan warisan
- Analisis pengaruh budaya terhadap reka bentuk seni bina tempatan
iv) Penerbitan bersama: Hasil daripada kolaborasi penyelidikan ini akan diterbitkan dalam jurnal akademik bersama dan monograf khas mengenai seni bina SIJORI. Ini akan meningkatkan visibiliti penyelidikan dan menyumbang kepada korpus pengetahuan dalam bidang ini.
v) Dana penyelidikan bersama: KALAM UTM akan berusaha untuk mendapatkan dana penyelidikan bersama daripada pelbagai sumber, termasuk kerajaan dan badan-badan swasta, untuk menyokong inisiatif kolaborasi ini. Dana ini akan digunakan untuk membiayai kerja lapangan, peralatan, dan aktiviti penyelidikan lain.
Melalui inisiatif-inisiatif ini, kami berharap dapat memperkukuhkan hubungan penyelidikan antara Malaysia dan Indonesia, serta meningkatkan pemahaman kita tentang warisan seni bina unik di rantau SIJORI.
ALHAMDULILAH, Kami diberi kesempatan untuk berbincang dan bermesyuarat untuk memperincikan intipati kerjasama. Antara Penyelidik UTM yang ikut serta memperkukuh kolaborasi penyelidikan di Riau dan Jakarta bertarikh 23 – 28 Feb 2024 adalah AR. IDR. TS. DR. NORASLINDA BINTI ABDUL RAHMAN (Ketua Projek), PM. DR. MURTADHA BIN MOHAMAD, DR. AIMAN BIN MOHD RASHID dan PN. NORAZILA BINTI KAMARULZAMAN.
Terima kasih Universitas Riau Kepulauan dan Universitas Pancasila kerana memberi kerjasama yang sangat hebat! semoga kita berjumpa lagi ;-).