KEDAH, 16 Oktober 2023- Program “Bicara Sejarah Kota Kuala Kedah” telah dilaksanakan pada 13-15 Oktober 2023 di Muzium Kota Kedah. Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu [KALAM] telah dijemput untuk berkongsi mengenai Nilai Seni Bina Warisan yang disampaikan oleh Pengarah KALAM, Ar. IDr. Ts. Noraslinda binti Abdul Rahman. Tambahan, penyelidikan mengenai Rumah Tradisional Melayu di Malaysia dikongsikan oleh Dr. Mohd Jaki bin Mamat (Pensyarah Kanan USM). Moderator program ini adalah En. Hakimi bin Ahmad (Pensyarah USM). Program ini mendapat sambutan meriah daripada pelbagai lapisan masyarakat, agensi dan industri.
Terima kasih kepada pihak Muzium Kota Kuala Kedah, En. Suhaimi bin Osman di atas jemputan ini.
Penghargaan terima kasih juga ditujukan kepada Pn. Nurul Izza bt Mohd Noor, Ketua Program Diploma Senibina Penyeliaan Tapak IKM Sungai Petani kerana menjadi penghubung di antara KALAM dengan Muzium Kota Kuala Kedah.
Program ini juga mengumpulkan alumni-alumni UTM yang hadir sama memeriahkan majlis.
Program ini juga menyatukan alumni-alumni UTM yang hadir ke majlis tersebut antaranya dari kiri; Nor Aishah, Noraslinda, Nurhidayah dan Nurul Izza.
Perjumpaan bersama Pn. Umi Sarah dan Ar. Nur Halinda di Subang Airport.
Perjumpaan bersama Pn. Aishah dan Pn. Nurul Izza di Kedah.