PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI DALAM PENYELIDIKAN ARKEOLOGI

SUNGAI PETANI, 4 Nov 2023- Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menganjurkan Konvensyen Arkeologi Kebangsaan pada 4-6hb Nov 2023 di Hotel Park Royal Avenue, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Konvensyen tersebut memperkasa profesionalisma dan kearifan dalam bidang Arkeologi. Pengarah KALAM, Ar. IDr. Ts. Noraslinda binti Abdul Rahman telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk Pengaplikasian Teknologi Dalam Penyelidikan Arkeologi. Konvensyen ini mengumpulkan ramai pakar-pakar Arkeologi negara untuk membentangkan kertas kerja dan hasil penyelidikan mereka antaranya Prof. Dr. Stephen Chia Ming Soon (USM), Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli (UKM), Prof. Madya Dr. Asya’ari Muhammad (UKM), En. Zaharudin Abu (JWN), Prof. Madya Dr. Hasrizal Saari (UMT), En. Ruzairy Arbi (JWN) dan Dr. Yunus Sauman@Sabin (UPSI).

Konvensyen Arkeologi Kebangsaan 2023 merupakan salah satu agenda daripada
pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 12 buah universiti tempatan
yang telah ditandatangani oleh Jabatan Warisan Negara pada 16 Mac 2023. Konvensyen
ini dijadikan wacana intelektual untuk membincangkan sumbangan kepakaran
multidisiplin di dalam perkembangan ilmu arkeologi. Selain itu, kerjasama yang dibentuk
melalui MoU ini mampu dijadikan acuan dalam mendepani isu-isu dan cabaran semasa
di tapak warisan arkeologi antaranya perancangan pembangunan dan pemajuan,
bencana alam serta penggalian haram yang boleh menjejaskan nilai dan integritinya- Pesuruhjaya Warisan, Mohd Azmi Mohd Yusof.

Penyelidikan arkeologi di Malaysia telah berkembang pesat dan menjadi fokus utama beberapa institusi dan universiti di negara ini. Jabatan Warisan Negara (JWN) merupakan salah satu institusi yang terlibat dalam penyelidikan arkeologi di Malaysia. Bidang Arkeologi mempunyai pelbagai cabang dan jenis yang ditentukan oleh zaman, tempat kajian, sasaran kajian, dan juga kaedah kajian (Adnan & Yunos,
2013). Aplikasi teknologi di dalam penyelidikan arkeologi sangat penting sebagai alat untuk membantu proses-proses kajian. Teknologi telah memainkan peranan penting dalam penyelidikan arkeologi di
Malaysia. Penggunaan sains dan teknologi dalam penyelidikan arkeologi telah meningkat sekaligus
menjadi semakin penting. Contohnya sains kimia digunakan untuk menganalisis komposisi artefak
arkeologi. Manakala, teknologi maklumat ruangan juga digunakan untuk mengaplikasikan pendekatan
silang disiplin dalam penyelidikan arkeologi. Selain itu, teknologi bawah air di Semenanjung Malaysia
telah berlangsung lebih dari satu abad, ianya melibatkan sonar dan robot bawah air untuk membantu
penyelidikan. Perkembangan teknologi dan perundangan juga menjadi kunci dalam penerokaan arkeologi maritim. Teknologi seperti kapal selam mini dan kamera bawah air digunakan untuk membantu dalam penyelidikan arkeologi bawah air. Tambahan, Peningkatan penggunaan sains dan teknologi pada setiap tahap dalam penyelidikan arkeologi, termasuk tahap survei primer, sekunder, galicari/ ekskavasi dan lainlain semakin penting dalam penyelidikan. Pembentangan ini juga akan menjelaskan secara terperinci mengenai kaedah pengumpulan data sehingga terbentuknya lakaran seni bina Gedung Penggawa Timur di Tanjung Surat, Johor. Tapak awal penyelidikan ini hanyalah tinggal serpihan binaan sahaja tanpa data yang komprehensif. Namun, melalui penggunaan teknologi dalam beberapa fasa penyelidikan, seni bina Gedung Penggawa Timur telah berjaya digambarkan dalam bentuk 3D oleh sekumpulan Pelajar Senibina UTM dengan bimbingan Penyelia, Ar. IDr. Ts. Noraslinda binti Abdul Rahman. Penyelidikan telah dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan gambaran semula seni bina yang seera dengan bangunan-bangunan Sultan Abu Bakar Johor. Pengaplikasian teknologi juga akan dijelaskan secara terperinci daripada sudut pandang seni bina warisan Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *