KONVENSYEN FELOW 2024

JOHOR BAHRU, 23-24 Ogos 2024 – Konvensyen Felow 2024 dianjurkan oleh Persatuan Felow Kolej Kediaman (PFKK) dengan tema “Memperkasa Pembangunan pelajar Melalui Adab dan Kepimpinan Beretika” bertujuan untuk:

  1. Membangunkan Nilai Adab dan Etika: Menggalakkan pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai adab dan etika dalam kehidupan seharian serta dalam konteks akademik dan profesional.
  2. Mengasah Kemahiran Kepimpinan: Memberikan platform bagi pelajar untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan yang beretika, yang penting dalam membentuk pemimpin masa depan yang bertanggungjawab.
  3. Pembangunan Diri: Menyediakan ruang untuk pelajar berbincang dan berkongsi pengalaman serta strategi dalam memperbaiki diri dari segi peribadi dan profesional.
  4. Jaringan dan Kolaborasi: Mewujudkan peluang untuk pelajar berinteraksi dengan rakan sebaya serta para akademik dan profesional, yang dapat membantu dalam membina jaringan yang berguna untuk kerjaya mereka di masa hadapan.
  5. Peningkatan Kesedaran Sosial: Mendorong pelajar untuk lebih peka terhadap isu-isu sosial dan tanggungjawab mereka sebagai individu dalam masyarakat.

KONVENSYEN ini berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan holistik pelajar, bukan hanya dari segi akademik tetapi juga dalam aspek moral dan sosial. Konvensyen Felow 2024 pada tahun ini telah diadakan pada 24-25 Ogos 2024 di New York Hotel Johor Bahru.

Konvensyen Felow 2024 dimulakan dengan dua Pra-Konvensyen yang diadakan di UTM bertarikh 13 Julai 2024 dan 3 Ogos 2024. Semua aktiviti ini telah disertai oleh Pengetua Kolej, Felo dan Pambantu Felo kolej-kolej kediaman di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. Pada sesi Pra-Konvensyen Felow, banyak topik-topik yang dikupas untuk memperkasa pengurusan pelajar.

Tajuk: ADAB DAN SAHSIAH PELAJAR DARI PERSPEKTIF HEP

Penceramah: DR. NABILAH BINTI KASIM (Pengetua KDSE)

  • Definisi Adab; tingkah laku serta tutur kata yang sopan. 
  • Antara program yang dianjurkan di Kolej Kediaman UTM adalah Program Santuni Pelajar, Program Muhibbah dan lain-lain. 
  • Tujuan bengkel untuk merangka modul ADAB yang telah dijadikan KHIR JTNCHEPA 2024 bagi menyokong hasrat UTM melahirkan mahasiswa/wi beradab. 
  • Modul ini akan dijadikan panduan adaptasi program ADAB oleh Penasihat Akademik dan Penasihat Persatuan mengikut kesesuaian.
  • High Impact Result (HIR);Program Adab, Niche setiap kolej
  • Niche Kolej Perdana: CSR. KPI setiap kolej adalah 11 aktiviti.
  • Model Universiti Awam contohnya UPSI (Ulul Albab) dan USIM (Liqa’)
  • Modul ADAB UTM
    • Kump. 1: Adab terhadap Tuhan dan Diri
    • Kump. 2: Adab terhadap Ibu bapa, Pensyarah dan Sahabat
    • Kump. 3: Adab terhadap Ilmu dan Alam Sekitar
  • Adab dan sahsiah dalam Kolej Kediaman:
    • Adab Mahasiswa dalam Komuniti Kolej Kediaman.
    • Adab Mahasiswa dalam Pengurusan Program dan Aktiviti Pelajar.
    • Adab Mahasiswa dalam Pengurusan dan Pengendalian Mesyuarat.
    • Adab Mahasiswa dalam Mengurus Konflik dan Membuat Keputusan.
    • Adab Mahasiswa dalam melalui Komunikasi Platform Digital.
  • Setiap kolej digalakkan mempunyai 3 aktiviti yang menyokong program ADAB. Contohnya: pembikinan video, csr dan lain-lain.
  • HEPA juga menumpukan kepada Pembangunan dan Kebajikan Pelajar di Kolej Kediaman.

Tajuk: ETIKA DAN ADAB DALAM PEMANTAPAN JATI DIRI PELAJAR

Penceramah: PROF. DR. SITI AISYAH BINTI PANATIK ABDUL RAHMAN (TDA&HEPA FSSK)

  • Integrity; doing what is right even when it is difficult.
  • Matlamat tidak menghalalkan cara.
  • Dua perkara asas yang menjadi tumpuan dalam etika :
    • akhlak individu seperti takrifan individu yang baik
    • peraturan-peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yang menghadkan tingkah laku individu (Mohamad Mohsin & Hamdzun 2002).
  • Etika adalah teori mengenai laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk  dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal.
  • Etika menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Etika melihat secara universal perbuatan manusia. 
  • Etika adalah merupakan satu kekuatan dalam mencapai kehendak yang mantap. Moral adalah suatu kualiti yang boleh membezakan salah/ betul.
  • Adab adalah membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu.
  • Etika – universal dan Adab – tergantung pada persekitaran dan kepercayaan.
  • Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang
  • Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat.
  • Ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuata berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak.
  • Jenis-jenis Kemoralan:
    • Kemoralan Peribadi 
    • Kemoralan Sejagat
    • Kemoralan Mutlak
  • Perangkap moral: mengapa kita melakukan sesuatu? Perlu ada “Why factor” bukan “perangkap moral” untuk melakukan sesuatu peraturan
  • Peringkat perkembangan moral:
    • Prekonvensional- peringkat yang paling rendah dalam perkembangan moral (mahu mendapatkan ganjaran apabila melakukan sesuatu yang baik)
    • Konvensional- melakukan sesuatu bergantung kepada budaya setempat
    • Poskonvensional- lebih mementingkan masyarakat dan tanggungjawab terhadapnya selaras dengan kehendak universal

Tajuk: GAYA DAN FORMAT PENULISAN

Penceramah: PM. DR. MOHD AZHAR BIN ABDUL HAMID

  • Kategori; Kod dan Etika, Prosedur Keselamatan dan lain-lain. 
  • GayaPenulisan
    • Jelas dan sederhana; menggunakan bahasa yang formal dan mudah difahami oleh pembaca. 
    • Ayat yang baik tidak melebihi 15 patah perkataan. 
    • Tepat dan ringkas: hindari ayat yang panjang dan berbelit-belit.
    • Tersusun dengan baik: 
    • Format: skop, khalayak, halaman judul, Daftar Kandungan, Halaman Judul, Abstrak, Prakata
  • Struktur Buku: Teks utama, diagram & gambar, daftar poin, penjelasan siri, glosari, rujukan tambahan, indeks dan lain-lain.

Tajuk: PENERAPAN ADAB & SAHSIAH DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN

Penceramah: PM. DR. AJMAIN @JIMA’AIN BIN SAFAR

  • Pintu Gerbang UTM: Darjat seseorang adalah menurut usahanya. 
  • Penerapan Nilai Adab dan Sahsiah pelajar: ISES; Integrity, Sinergi,Excellence, Sustainability. 
  • Integriti; amanah, jujur, ikhlas, benar, berprinsip, menepati janji, beradab.
  • Sinergi; semangat berpasukan, menghormati, kerjasama, tidak mementingkan diri sendiri, menghargai kepelbagaian dan perbezaan. 
  • Kecemerlangan; tekun, cekap, bersungguh, kejayaan, kompeten, budaya kerja cemerlang dan inovatif. 
  • Kelestarian; istiqamah, daya tahan, berprinsip, terpelihara, harmoni dan wasatiyyah.
  • 4 Nilai di atas perlu diterapkan kepada pelajar dan ianya mampu menjadi budaya Mahasiswa. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *