Ibadah korban merupakan sunat muakkad dan ianya juga adalah satu kaedah terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Bagi mereka yang dipilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci, mereka melakukan pengorbanan yang cukup besar iaitu berkorban wang, tenaga serta meninggalkan keluarga di tanah air untuk menyahut seruan Ilahi.
Begitu juga bagi yang berada di tanah air, ada dalam kalangan kita dipilih Allah SWT untuk melaksanakan ibadat korban. Firman ALLAH SWT: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” Al-Kauthar 108:2
Aktiviti Ibadah Korban di UTM