COVID-19: Fahami istilah mutasi, strain dan varian

KUALA LUMPUR: Kemunculan strain baharu yang sudah bermutasi memberikan kebimbangan terhadap peningkatan jangkitan kes COVID-19.Bagaimanapun istilah seperti mutasi, strain dan varian sedikit sebanyak memberikan kekeliruan kepada orang ramai untuk memahami perkara itu.Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, mutasi boleh didefinisikan sebagai perubahan struktur permukaan bagi sesuatu virus yang berlaku dari semasa ke semasa.Sementara, strain terhasil apabila virus secara semula jadi mengalami perubahan pada permukaan dan struktur genetik, jelas beliau.Jelas Dr Malina, varian pula boleh digambarkan apabila sesuatu itu berubah berlainan daripada bentuk asal atau kelaziman.”Kalau saya nak bagi contoh, kita tengok istilah ini kepada benda yang biasa kita lihat, saya bagi contoh kereta. Kereta biasanya ada empat tayar — dua di belakang, dan dua di hadapan. Tetapi kalau tayar itu satu depan, dua di tengah dan satu di belakang, ia adalah varian.”Maksudnya, ia berbeza dengan kereta yang biasa kita jumpa. Jadi virus pun macam itu juga, ia mempunyai struktur yang tidak sama seperti mana yang ditemui sebelum ini, dan kita sebut sebagai varian.

Selanjutnya…

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-fahami-istilah-mutasi-strain-dan-varian-274789

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *