COMBI ialah singkatan bagi “Communication for Behavioural Impact” atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku”. COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia. COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi individu, keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkah laku yang sihat. Pendekatan COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkah laku, komunikasi dan pemasaran bagi menangani isu-isu sosial. Sekolah Komputeran telah menubuhkan Kumpulan COMBI pada tahun 2018 ketika mana dibawah nama Fakulti Komputeran. Aktiviti yang dilakukan setiap hari Rabu selama 15 minit bermula jam 8.30 pagi hingga 8.45 pagi. Aktiviti melibatkan AJK yang dilantik tetapi staf Sekolah Komputeran dialu-alukan turut serta.