Kit FOF – Friends Of Female dihasilkan sebagai satu alat bantu mengajar yang bertujuan untuk mempelajari topik Kesihatan dan Reproduktif bagi subjek Pendidikan Kesihatan sekolah rendah. Melalui produk ini, murid-murid akan mengetahui organ- organ reproduktif dan fasa-fasa kitaran haid. Kit FOF mengaplikasikan Model Pembelajaran 5 Fasa Needham, iaitu Orientasi, pencetusan Idea, penstrukturan semula idea, aplikasi dan refleksi. Dengan menggunakan Kit FOF ini, proses pengajaran dan pembelajaran dipermudahkan. Murid hanya perlu menggunakan Kit FOF sebagai alat pembelajaran kendiri tanpa memerlukan bimbingan guru. Selain itu, penggunaan Kit FOF akan membolehkan pelajar mengkonstruk pengetahuan mereka secara sendiri melalui setiap fasa yang terdapat dalam Model Pembelajaran 5 Fasa Needham. Justeru, pelajar akan lebih mudah menvisualisasikan setiap proses pada fasa yang terlibat dengan Kit FOF ini kerana Kit FOF menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar.