KESIHATAN

Tanda-tanda Awal Serangan Stroke Yang Wajib Anda Tahu
Mei 16, 2019.

Kenali tanda-tanda awal serangan stroke

Stroke merupakan satu serangan yang sangat digeruni ramai dan dikenali sebagai salah satu punca kematian secara senyap. Penyakit stroke ini tidak menunujukkan gejala-gejala yang teruk sehingga boleh dikesan awal. Di Malaysia, stoke menjadi punca ketiga kematian rakyat Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.

Pencegahan lebih baik dari mengubati. Oleh itu, ,mari kita mengenal penyakit stroke, bermula dari gejala stroke, penyebab stroke, dan cara pencegahan stroke. Ketahui sedikit sebanyak mengenai stroke ini agar kita dapat mengenali petanda ke arah serangan stroke bagi mencegah stroke daripada berlaku.

Apa itu stroke?

Apa itu stroke? Stroke sebenarnya adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral).

Keadaan ini berlaku disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Haaa..menakutkan kan? Serangan stroke ni boleh menyerang dimana sahaja dan sesiapa sahaja.

Kajian mendapati jumlah penderita stroke di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan serangan stroke dan ada juga yang terselamat tetapi menderita kerana mengalami kecacatan dan hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan stroke ini lumpuh dan tak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Oleh sebab itu, penting untuk kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya serangan stroke. Dengan mengkaji gejala dan punca stroke, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko serangan stroke.

Punca Utama Penyakit Stroke

Ada dua faktor yang merupakan punca stroke iaitu risiko medik dan risiko perilaku (gaya hidup)

Faktor risiko medik
Faktor risiko medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko stroke antara lain adalah disebabkan masalah hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan pada jantung, diabetes, riwayat stroke dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain yang teruk(sakit kepala sebelah sahaja). Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah hipertensidan arteriosklerosis. Kebanyakan mereka yang diserang stroke mengalami masalah ini.

Faktor risiko perilaku
Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh gaya hidup dan juga pola pemakanan yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok, mengambil minuman bersoda dan beralkohol serta gemar makanan fast food dan junk food. Makanan-makanan ini mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi, pewarna dan juga perisa makanan. Faktor risiko perilaku yang lainnya adalah seperti kurang aktiviti fizikal seperti senaman.

Selain itu, salah satu punca yang turut menyumbang kepada masalah ini adalah STRESS. Ini kerana stress boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

Apakah Gejala Serangan Stroke?

Pada peringkat awal, masyarakat, keluarga dan setiap orang harus memperoleh informasi yang jelas dan meyakinkan bahawa stroke adalah serangan otak yang berlaku secara sederhana dan mempunyai lima tanda-tanda utama yang harus diberi perhatian dan sangat difahami. Hal ini sangat penting agar semua orang mempunyai kewaspadaan yang tinggi dan peka terhadap bahaya serangan stroke.

Jangan pandang remeh sebarang tanda-tanda yang dialami seperti di bawah

Tanda-tanda utama serangan stroke :

  1. Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
  2. Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
  3. Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
  4. Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
  5. Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.
  6. Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:
  • Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
  • Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan diri

Cara Mencegah Penyakit Stroke

Kebiasaannya, untuk menghindari stroke seseorang perlu mengubah gaya hidup supaya lebih sihat. Berikut adalah 10 langkah yang dapat anda lakukan untuk menghindarkan diri dari serangan stroke.

1. Hindari atau hentikan terus kebiasaan merokok

Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah Anda menjadi mudah menggumpal.

2. Periksa tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan ekstra. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.

3. Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada

Jika anda mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mengalami masalah kolesterol tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stroke.

4. Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin

Stres dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan. Ia secara tidak langsung meningkatkan tekanan darah yang boleh menyebabkan pecahnya dinding arteri.

5. Makanlah secara sihat.

Amalkan makan gaya sihat. Iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras .

6. Kurangkan pengambilan garam

Kerana garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat.

7. Pantau berat badan Anda

Sekiranya anda memiliki badan yang gemuk atau obes, risiko Anda mengalami tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi..selain itu turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan diabetes, dan semua ini boleh menyebabkan terjadinya stroke.

8. Bersenam

Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar.

9. Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI !

Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru.elakkan minuman ini untuk mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi.

10. Mencari Informasi Stroke

Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan strok. Berhati-hati dengan pengambilan pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran. Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. Oleh itu, pastikan pil-pil yang anda ingin ambil betul-betul selamat….


Umur bukanlah kekurangan yang merosakkan hidup anda! Pakar kardiologi berumur 89 tahun mendedahkan rahsia usia lanjut dan kesihatannya yang baik

Pakar kardiologi terkenal Malaysia, Meriyam Syakir, bersara pada umur 70 tahun, tetapi beliau tidak duduk sahaja menghabiskan usianya, samada secara mental ataupun fizikal. Beliau telah bersara melebihi 19 tahun dan dana pencennya mungkin membencinya! Hari ini beliau berumur 89 tahun tetapi rasa dan penampilannya seperti 60 tahun.

Rahsia bagi usia tuanya boleh didapati dalam saluran darah.. Jika ianya bersih dan sihat, seseorang boleh hidup melebihi 120 tahun, merasai kesihatan yang sempurna. Pakar kardiologi ini adalah bukti yang boleh kita lihat hari ini.

Wartawan kami berjaya mendapatkan temu ramah dengan beliau. Dr. Meriyam Syakir menjelaskan dengan terperinci kaedah beliau bagi pembersihan salur darah yang memberikannya usia yang panjang.

Ramai yang memberi ucap selamat kepada Dr. Meriyam Syakir pada hari jadinya yang ke-89 tahun. Gambar di tempat kerja Dr. Meriyam.

– Dr. Meriyam, anda telah berulang kali menyatakan bahawa salur darah yang bersih adalah asas kepada kesihatan yang baik. Mengapa anda fikir begitu?

– Jawapannya sangat jelas. Tugas semua organ dan sistem dalaman bergantung kepada peredaran darah. Apakah sebenarnya peredaran darah? Ia adalah bekalan oksigen dan nutrien, juga penyingkiran karbon dioksida dan bahan buangan daripada metabolisma di dalam organ dalaman. Semasa kecil, remaja dan ketika muda, seseorang bergerak aktif, salur darah masih muda, elastik dan bersih ketika itu – nutrisi bagi semua organ adalah yang paling utama. Tetapi apabila kita meningkat dewasa, kita kurang bergerak dan salur darah mula tersumbat, Ini adalah kerana beberapa faktor – bukan sahaja yang memudaratkan (e.g. merokok, kekurangan nutrisi, pencemaran alam sekitar, gaya hidup tidak aktif) tetapi juga faktor semulajadi (e.g. pemendapan lipid, yang terjadi kepada setiap orang apabila umur meningkat).

Apakah maksud salur darah tersumbat? Bayangkan paip air yang penuh dengan karat. Apakah akibatnya? Akibatnya ialah tekanan meningkat dan rasa air juga tercemar. Perkara sama terjadi dengan salur darah. Apabila kolesterol atau bahan lain termendap di dalamnya, tekanan darah (Salur yang kotor adalah sebab utama hipertensi!), darah itu sendiri mempunyai bendasing, menjadikan peredaran darah bertambah teruk. Akhirnya, semua organ dan sistem terkesan, dan ini semua adalah diri anda. Malah kulit juga adalah sebahagian daripada organ.

Secara berperingkat, seseorang mula meningkat usia. Jika salur darah kerap dicuci dari masa ke semasa, seseorang individu boleh hidup sehingga 120 tahun, tanpa penyakit – pada organ mahupun sendi, dan yang paling penting sekali, otak mereka akan berfungsi secara normal. Ini bermakna mencuci saluran darah nyata sekali boleh memanjangkan usia dan menambah baik kesihatan. Dan ini bukan hanya teori. Saya telah sering menyarankannya kepada pesakit saya, dan masih mengamalkannya hari ini. Mereka yang mendengar nasihat saya tepat pada masanya, terselamat berbanding yang lain.

Dengan demikian, salur darah akan tersumbat dari masa ke semasa. Jika anda tidak pernah sekalipun membersihkannya, dan anda telah berusia lebih 40 tahun, salur darah dan urat darah anda telah tercemar. Ini lambat laun akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda jika ianya belum berlaku.

– Apakah penyakit yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat ini?

– Seperti yang saya katakan, seluruh organisma terkesan darinya. Tetapi pertama sekali, organ dan sistem yang berkaitan secara langsung dengan peredaran darah, iaitu sistem kardiovaskular.

Salur darah yang tercemar juga boleh mengakibatkan penyakit lain seperti:

  • Aterosklerosis. Saluran berhenti berfungsi, urat yang paling kecil terhalang sepenuhnya dan yang besar mempunyai mendapan kolesterol yang banyak.
  • Penyakit jantung iskemia. Ia terjadi disebabkan sering kekurangan darah di dalam saluran koronari, yang mana berkembang melawan pencemaran vaskular dalam urat dan arteri.
  • Strok. Dengan kerosakan kekal pada pembekalan darah ke tisu otak, penghujung saraf mula mati, menyebabkan kerosakan pada beberapa fungsi.
  • Hipertensi. Apabila salur darah menjadi sempit disebabkan oleh halangan, tekanan darah meningkat.
  • Pembesaran vena varikos. Ia memberi kesan bukan sahaja pada kaki (yang sering menghantui wanita), tetapi juga di dalam badan. Salah satu akibat pembesaran vena varikos ialah hemoroid.
  • Trombosis vena dan arteri. Dalam kes pencemaran yang berpanjangan, darah beku boleh terbentuk di dalam salur darah, menyebabkan kemusnahan sepenuhnya pada salur darah, yang mana boleh menyebabkan sel-sel individu di dalam satu atau lain-lain organ mati. Jika trombus ditolak dan masuk ke dalam darah, ia boleh menyebabkan halangan pada saluran darah di dalam jantung, iaitu serangan jantung, yang mana 70% kes berakhir dengan kematian.

Lebih empat kali ganda kematian berbanding semua penyakit lain disebabkan oleh kerosakan kardiovaskular. Doktor menyedari masalah ini, dan juga tahu pembersihan salur darah ialah satu keperluan tetapi tidak tahu mengapa, amalan ini tidak wujud dalam dunia perubatan kita hari ini. Bagi hipertensi, kebanyakan doktor mempreskripsikan pil untuk merendahkan tekanan darah. Tetapi pil ini tidak memulihkan keadaan, ia hanya memberi kelegaan sementara. Anda perlu membersihkan salur darah anda. Sebaliknya di Barat, untuk lebih setengah abad, mereka yang berumur melebihi 40 tahun perlu menjaga keperluan ini. Di sana semua orang menyedari kepentingan membersihkan salur darah. Kurang pengetahuan mengenai perkara ini di kalangan masyarakat kita benar—benar membingungkan saya.

– Adakah terdapat simptom yang dengan jelas menunjukkan salur darah bermasalah?

– Ya, sudah tentu. Simptom utama termasuk:

  • Migrain
  • Memori lemah
  • Keletihan kronik
  • Insomnia
  • Masalah di ranjang
  • Kekurangan penglihatan dan pendengaran
  • Tekanan darah meningkat
  • Dispnea dan angina
  • Pucat pada kaki
  • Kesakitan pada otot dan sendi

Tetapi walaupun anda tidak mengalami simptom-simptom ini, anda masih perlu membersihkan salur darah sekurang-kurangnya sekali untuk setiap 5 tahun selepas berumur 30 tahun. Dengan cara ini anda dapat menikmati kesihatan yang baik.

Malah salur darah agak cepat tersumbat, terutamanya bagi orang yang lebih tua. Jangan fikir ini adalah kerana tabiat makan yang tidak baik. Ianya cukup dengan memakan sosej atau telur beberapa kali untuk mendapat pemendapan kolesterol. Dari masa ke semasa mendapan ini terkumpul dan menjadi lebih banyak.