Majlis Anugerah Kecemerlangan [MAK] FABU 2022

Majlis Anugerah Kecemerlangan FABU 2022 telah berlangsung pada 15 September 2022 di Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort. MAK 2022 dijalankan untuk meraikan staf diatas khidmat cemerlang mereka, staf yang bersara pada Ogos hingga September 2022 juga menyambut Hari Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan 2022. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Sr Dr Kherun Nita Ali, Dekan FABU.

Bersama Yg. Bhg Prof Dekan dan Timbalan Dekan Akademik
Pasukan Zapin FABU terbaik

Alhamdulillah Jabatan Ukur Bahan terima dianugerahkan anugerah pengurusan program Sarjana Muda terbaik bagi Program Sains Pembinaan. Bagi kumpulan penyelidikan terbaik, Research Group – Building Information Modelling Centre for Digital Innovations and Solutions (BIMCDIS) telah dipilih sebagai RG terbaik bagi tahun 2022.

Pengarah dan Penyelaras Program Sarjana Muda Sains Pembinaan

Ketua RG – Dr Nafisah menerima anugerah bagi kategori kumpulan penyelidikan terbaik
Bersama ahli pasukan kumpulan kajian BIMRG

Sebanyak 330 anugerah telah diberikan. Tahniah semua kepada penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi aspirasi kepada kita semua dan juga memberi nilai tujah kepada laluan kerjaya masing-masing. Terima kasih dan tahniah kepada pihak pengurusan FABU dan juga urusetia MAK 2022 atas penganjuran majlis yang luar biasa ini. InshaAllah keharmonian FABU akan terus menjadi tunjang kepada kejayaan fakulti dimasa mendatang. FABUlous!

Keluarga FABUlous

Semoga keluarga FABUlous sentiasa dalam jagaan dan rahmat Allah SWT

NIM_FABU