Kursus Aplikasi Media Sosial – Kehadiran Digital Dan Media Sosial Berimpak
Kursus berlangsung di UTM Talent Transformation Centre (UTM TTC), UTM Johor Bahru selama dua hari iaitu dari 27 – 28 Februari 2019. Kursus ini disasarkan kepada Staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana (Pelbagai Skim).Â
Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat dan seramai 27 orang peserta menyertai kursus ini dari pelbagai PTJ. Terdapat 7 slot berkaitan media sosial yang diterangkan kepada peserta kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta. Antara slot yang ditekankan didalam kursus ini adalah Amalan baik & manfaat kehadiran digital, Penghasilan dan penulisan kandungan digital, penjenamaan digital dan kepentingannya kepada organisasi, laman web sinergi utm dan peribadi, webometrik memperkasakan kandungan, media sosial dan aplikasi dan mereka bentuk digital secara pantas menggunakan template.
No comments yet.