Jom

Explore

Alam sekitar merupakan elemen penting dalam menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup manusia sejagat. Perkembangan pesat tamadun manusia menyebabkan kebergantungan manusia kepada dunia sains dan teknologi semakin meningkat.

Jungle Trekking

Kelab KASEH Anjur Jungle Trekking Semarak Gaya Hidup Sihat dan Kelestarian Alam.

Staf merentasi laluan denai di Hutan Rekresasi UTM

Laluan berbukit mencabar kebolehan staf

Mendaki bukit agak mencabar mental

“Hidup sihat adalah pilihan, bukan kebetulan”

Tips Hidup Sihat

Kekal Aktif & Sentiasa Bersenam

Tips pertama yang harus anda amalkan adalah dengan kekal aktif dan sentiasa bersenam. Ia adalah kunci utama dalam mengekalkan cara hidup yang sihat. Kerana, dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal, boleh meningkatkan kesihatan mental dan fungsi kognitif.

Amalkan Diet Seimbang

Diet yang seimbang juga sangat penting jika anda ingin mengekalkan gaya hidup sihat. Pemakanan yang seimbang haruslah mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan juga lemak yang sihat.

Minum Air Yang Secukupnya

Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga penting untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Ini kerana air memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh badan. Sebagai contoh, membantu mengawal suhu badan, membantu penghadaman, dan membantu menyingkirkan toksin.

Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup juga sangat membantu dalam mengekalkan gaya hidup sihat. Cuba untuk dapatkan tidur yang mencukupi sekitar 7-9 jam setiap malam. Ini akan membantu membolehkan tubuh anda berehat untuk kembali segar dan bertenaga untuk hari seterusnya.