BC4DCP Assignment Module 3 & 4 by Prof. Dr. Astuty Amrin
Question 1: Prepare a short write up on your personal leadership development plan based on the Four Pillars of Self-leadership. Identify areas where you excel and areas for improvement.
The first pillar of self-leadership: Knowing who you are
As an educator, I believe my primary duty is to provide knowledge to my students. But, I would really love to do it in a way that is relatable, memorable and fun for my students. I believe a teacher can deliver to students something that cannot be found elsewhere, at least something that is not in the book.
The second pillar of self-leadership: Knowing what you do
One of my teaching practices usually includes natural engagement with my students. For example, optimum eye contact, acknowledging one or two things mentioned by students, and to some extent where I physically come closer to them. These behaviours have helped me to create a strong bond with my students and make them feel comfortable with me. It motivates me when my students are not afraid to come and ask questions or share ideas with me.
The third pillar of self-leadership: Knowing what you need to learn
Personally, I think I need to improve on my effective teaching delivery. It is very challenging for me to keep up with the current ways of using digital platforms, especially when dealing with Gen Z students. For sure, I need to learn how to incorporate personalised learning approaches that are friendly and connected to my students.
The fourth pillar of self-leadership: Using what you know
In the long run, I would love to build a better personality of myself to be seen as a fine leader in the eyes of my students. It is not easy to achieve that level but it is also not impossible. InsyaAllah I will keep on learning from the best, seek advice from others and train myself to always give the best in everything I do.
Question 2: Bincangkan dengan ringkas tentang kepentingan Adab dan Etika bagi profesion sebagai pensyarah universiti. Bagaimana Adab dan Etika boleh mempengaruhi ekosistem akademik terutama dari aspek kepercayaan dan prestasi pelajar serta kredibiliti pensyarah?
Kenal pasti dan analisa beberapa cabaran Adab dan Etika yang mungkin dihadapi oleh pensyarah di universiti. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini?
Seseorang pendidik itu, tidak kiralah guru di sekolah mahupun pensyarah di universiti, adalah merupakan insan yang perlu memberikan contoh terbaik buat anak-anak didiknya. Seorang pensyarah itu bukan hanya berdiri di hadapan kelas, tetapi juga perlu menghampiri dengan lebih dekat kepada para pelajarnya. Saya percaya jika seorang guru itu terlebih dahulu menunjukkan adab dan etika yang baik terhadap pelajarnya, maka yang baik itulah akan dicontohi. Walau berhadapan dengan pelbagai sikap atau kelakuan pelajar, seorang pensyarah itu perlulah sentiasa berpegang teguh pada etika yang baik dan meletakkan adab sebagai teras utama dalam setiap tindakannya. Kerana daripada itulah, lama-kelamaan para pelajar pasti dapat melihat, merasai, menilai dan mempercayai jiwa sebenar seseorang pensyarah yang baik, seterusnya dapat memberikan impak positif kepada pelajar dari segi perhubungan sosial dan pembelajaran. Tidak perlu bimbang jika dengan bersikap merendah diri akan menggugat kredibiliti seorang pensyarah, kerana tiada seorang manusia pun yang akan rugi dengan menjadi beradab.
Antara cabaran adab dan etika yang saya lihat dihadapi oleh pensyarah di universiti adalah apabila hilangnya budaya bersalaman sesama rakan sekerja terutama sekali ketika adanya sebarang perjumpaan sebagai contoh mesyuarat, bengkel atau perbincangan. Hal ini sedikit sebanyak mungkin berpunca daripada fenomena wabak penyakit yang pernah melanda negara suatu masa dahulu di mana terdapatnya larangan untuk bersentuhan, jadi ada sesetengah individu yang lebih memilih untuk tidak bersalaman dan lama-kelamaan ia seolah-olah menjadi norma bagi mereka. Namun pada ketika ini, saya percaya budaya ini perlu diterapkan kembali dan seseorang perlu memulakannya dahulu ketika mana berada di dalam sesebuah majlis.