Archives for July 2019

Hukum Melakukan Rawatan Dialisis

Hukum Dialisis

Sebahagian ulama menyatakan hukum berubat adalah harus dan ini adalah pendapat yang diterima disisi fuqaha. Menurut pandangan jumhur ulama Hanafiah, Malikiah dan Hambali, hukumnya adalah harus mutlak.

Menurut al-Kasani dari Hanafiah dan dari ulama’ Syafi’eyyah, hukum berubat adalah sunat. Namun, wajib berubat jika diketahui akan sembuh selepas berubat. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama’ Syafi’eyyah, sebahagian ulama’ Hanabilah dan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

ان الله انزل الداء والدواء وجعل لكل داء دواء فتداووا ولا تداووا بحرام

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” (HR Abu Dawud)

Setelah dikumpulkan seluruh kalam fuqaha’, maka dapat disimpulkan bahawa hukum berubat menggunakan dialisis adalah harus berdasarkan dalil yang dikemukakan di atas.

Sumber : http://perubatan.org/artikel/505-hukum-dialisis-dan-ibadah-yang-berkaitan-dengannya