Churros Gluten Free

Bahan2 :-
125ml air
1 sudu kecil gula (sy guna raw cane sugar)
1/2 sudu kecil garam (sy guna pink salt )
1/2 sudu kecil vanilla extract (esen vanila pun blh.xltk pun blh)
25g pure butter (sy guna scs)
70g tepung beras
20g tepung ubi kayu
1biji telur saiz B

Bahan perisa :-
Serbuk cinnamon
Gula ising (saya guna gula tebu asli yg diblender)

Cara2 :-
Didihkan air bersama gula, garam, vanilla extract &butter. Lps air mendidih kecilkan api masukkan kesemua tepung.kacau sebati kemudian msukkan telur yg telah dikocak terlebih dahulu.tutup api&kacau adunan smpi sebati.isi adunan dlm piping bag yg ber nozel bentuk bintang (star).panaskan minyak dlm kuali sehingga betul2 panas.cubit sedikit adunan masukkan dlm kuali.jika adunan berdesil naik terapung bermakna minyak sudah betul2 panas.semasa hendak menggoreng pipe kan adunan berhati2 sbb minyak panas.ikut la panjang mana yang disukai.balik2kan churros itu utk masak yg sekata sehingga kekuningan.angkat&toskan.boleh juga lapik tisu dapur.tapi pada sy churros ni tak rasa berminyak.boleh taburkan serbuk cinnamon bersama gula halus atau makan bersama choc ganache.

Choc Ganache / Choc Compound Tanpa Gluten & Tanpa Tenusu

Bahan-bahan :-
3 sudu besar Pure Coco Powder
4 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil vanilla extract non alcohol
3/4 cawan gula tebu organik
1/2 sudu kecil garam pink
1/4 cawan santan pekat
1/4 – 1/2 cawan santan cair (bergantung suka pekat @cair)
1/2 sudu kecil Tepung Jagung non gmo (dibancuh bersama 2 sudu besar air)

Cara-cara :-
Satukan semua bahan2 kecuali tepung jagung yg dibancuh tadi..kacau sentiasa semua bahan atas api kecil@ sederhana hingga agak likat kemudian masukkan sesudu semi sesudu air tepung jagung ikut kacau hingga kepekatan yg diingini.jika suka cair tak perlu masukkan semua air tepung jagung tadi.tutup api&biarkan sejuk sebelum digunakan.