{"id":1412,"date":"2020-03-17T11:40:13","date_gmt":"2020-03-17T03:40:13","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=1412"},"modified":"2020-03-17T11:40:13","modified_gmt":"2020-03-17T03:40:13","slug":"lepas-kangkung-kini-kunyit-pula-dikatakan-boleh-ubati-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2020\/03\/17\/lepas-kangkung-kini-kunyit-pula-dikatakan-boleh-ubati-covid-19\/","title":{"rendered":"Lepas kangkung, kini kunyit pula dikatakan boleh ubati Covid-19?"},"content":{"rendered":"<figure id=\"attachment_1351889\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-1351889 size-full\" src=\"https:\/\/s3media.freemalaysiatoday.com\/wp-content\/uploads\/2020\/03\/Ohsem-Kunyit-Hello-Doktor-050320.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"500\" \/><figcaption class=\"wp-caption-text\">Tiada bukti saintifik kunyit boleh mencegah daripada Covid-19.<\/figcaption><\/figure>\n<h3><em><strong>Kunyit baik untuk kesihatan, ini memang sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya.<\/strong><\/em><\/h3>\n<p>Namun, adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menular?<\/p>\n<p>Walaupun jumlah mereka yang berjangkit melebihi 75,000 individu, namun pihak berkuasa China boleh menarik nafas lega berikutan 23,000 daripada pesakit wabak tersebut telah disahkan sembuh.<\/p>\n<p>Bagaimanapun ia tidak bermakna langkah pencegahan tidak perlu diambil.<\/p>\n<p>Jika tiada usaha yang diteruskan untuk membendung wabak ini, jumlah mereka yang dijangkiti akan terus meningkat bersama dengan jumlah kematian.<\/p>\n<p>Kunyit telah diuar-uarkan di sebuah pusat pengajian di Indonesia sebagai salah satu herba yang boleh melawan jangkitan Covid-19. Adakah ia benar?<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Betul ke kunyit boleh cegah Covid-19?<\/strong><\/p>\n<p>Kunyit hidup bukanlah satu bahan masakan yang asing lagi.<\/p>\n<p>Namun, jika dikaitkan dengan wabak virus novel korona yang melanda, jawapannya sama dengan sayur kangkung yang dikatakan boleh mengubati wabak tersebut.<\/p>\n<p>Tiada kajian yang menunjukkan bahawa ia berkebolehan untuk berbuat demikian.<\/p>\n<p>Jadi bagaimana boleh timbulnya ura-ura ini? Berita berkenaan dengan kebolehan kunyit ini tersebar berikutan penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah biologi molekular dan biokimia Chaerul Anwar Nidom di Universiti Airlangga (UNAIR).<\/p>\n<p>Setakat ini, tiada dapatan yang telah dikeluarkan secara rasmi dan menurut Nidom, persoalan wabak tersebut mungkin tidak akan terjawab memandangkan kajian beliau berlangsung sebelum wabak virus tersebut menular.<\/p>\n<p>Namun begitu, ini tidak bermakna herba tersebut tidak boleh menghalang jangkitan Covid-19 daripada berlaku.<\/p>\n<p>Terdapat banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.<\/p>\n<p>Antaranya adalah kunyit berupaya untuk menangkis fenomena ribut sitokin yang sering berlaku pada mereka yang dijangkiti oleh virus.<\/p>\n<p>Ribut sitokin adalah keadaan di mana tindak balas sistem pertahanan badan terhadap penceroboh seperti bakteria dan virus berlaku pada paras yang sangat tinggi.<\/p>\n<p>Penghasilan bahan kimia tersebut boleh menyebabkan proses keradangan berlaku di serata tempat dan menghalang tisu dan organ seperti paru-paru berfungsi dengan betul.<\/p>\n<p>Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan simptom yang teruk, malah kematian.<\/p>\n<p>Kebolehan kunyit hidup dalam menghalang perkara ini berlaku telah pun dibuktikan melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2014.<\/p>\n<p>Dapatan kajian tersebut menunjukkan kunyit boleh menghalang penghasilan sitokin IL-6 dan IL-10 yang menjadi kunci kepada proses keradangan.<\/p>\n<p>Ia juga merupakan bahan yang mempunyai fungsi antiviral yang sangat luas di samping selamat untuk diambil pada dos yang tinggi.<\/p>\n<figure id=\"attachment_1351888\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-1351888\" src=\"https:\/\/s3media.freemalaysiatoday.com\/wp-content\/uploads\/2020\/03\/Ohsem-Kunyit-Hello-Doktor-050320-2.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"500\" \/><figcaption class=\"wp-caption-text\">Banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.<\/figcaption><\/figure>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Khasiat kunyit untuk kesihatan manusia<\/strong><\/p>\n<p>Kunyit mengandungi bahan yang dikenali sebagai kurkumin.<\/p>\n<p>Ia memberikan warna kuning kepada kunyit dan merupakan komponen bioaktif utama dalam memberikan kesan positif terhadap proses fisiologi di dalam badan.<\/p>\n<p>Kebanyakan herba seperti kunyit hidup, temulawak dan halia yang mengandungi kurkumin tumbuh di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.<\/p>\n<p>Di negara-negara Eropah, kunyit sering digunakan untuk mewarnai kain dan produk pakaian manakala di Asia pula, kegunaan herba tersebut lebih tertumpu sebagai bahan masakan.<\/p>\n<p>Selain daripada menjadi bahan penting untuk resepi masakan tertentu, kunyit mempunyai kebaikannya yang tersendiri daripada sudut kesihatan.<\/p>\n<p>Kurkumin yang terkandung di dalam kunyit mempunyai keupayaan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser.<\/p>\n<p>Kebanyakan ahli akademik giat melakukan kajian makanan herba terhadap risiko untuk mendapat kanser.<\/p>\n<p>Bukan sahaja kurkumin berkesan dalam merencat pertumbuhan sel kanser, ia juga boleh menghalang pembentukan salur darah baharu yang membekalkan nutrisi kepada sel tumor.<\/p>\n<p>Kajian yang dijalankan di Universiti Illinois, Chicago pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa bahan bioaktif yang terdapat pada kunyit boleh menghalang pertumbuhan kanser kolorektal.<\/p>\n<p>Jika bahan yang mengandungi kurkumin diambil sebanyak 4g sehari, kadar penurunan risiko kanser usus besar meningkat kepada 40%.<\/p>\n<p>Ia merupakan satu langkah pencegahan yang mudah terutamanya bagi orang Asia memandangkan kunyit sering digunakan dalam masakan.<\/p>\n<p>Kunyit juga berupaya untuk menggalakkan pertumbuhan sel saraf baharu bagi mengelakkan berlakunya masalah degeneratif otak seperti penyakit Alzheimer.<\/p>\n<p>Pengambilannya pada kadar saranan boleh mempengaruhi kekuatan memori.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Kunyit boleh halang penyebaran virus korona?<\/strong><\/p>\n<p>Tiada kajian yang menunjukkan, secara objektifnya, kunyit berupaya untuk menghalang penyebaran virus.<\/p>\n<p>Namun, itu tidak bermakna ia tidak boleh menghalang berlakunya jangkitan terhadap individu yang mengambilnya secara kerap.<\/p>\n<p>Kekuatan sistem pertahanan badan memainkan peranan penting dalam menghalang berlakunya jangkitan.<\/p>\n<p>Terdapat banyak herba yang mampu memperkukuhkan fungsi sistem imun individu.<\/p>\n<p>Ini termasuklah kayu manis, teh hijau dan kunyit.<\/p>\n<p>Setakat ini, pelbagai jenis kajian telah menunjukkan kurkumin berupaya untuk menghalang berlakunya jangkitan oleh virus hepatitis, virus Zika dan virus influenza.<\/p>\n<p>Namun, pemberian kepada pesakit bagi merawat atau menghalang berlakunya jangkitan tanpa penjelasan saintifik yang kukuh dianggap tidak beretika.<\/p>\n<p>Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggalakkan setiap individu untuk mencuci tangan menggunakan air dan sabun sebagai langkah utama bagi membasmi Covid-19.<\/p>\n<p>Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti berikut:<\/p>\n<ul>\n<li>Pakai topeng muka sekiranya anda sakit dan perlu keluar ke kawasan awam<\/li>\n<li>Amalkan etika bersin\/ batuk yang betul<\/li>\n<li>Jangan mengambil makanan eksotik seperti daging ular, kelawar ataupun tenggiling<\/li>\n<li>Jika anda mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan<\/li>\n<\/ul>\n<p>Mungkin ada yang beranggapan bahawa kunyit dapat melindungi individu daripada Covid-19.<\/p>\n<p>Namun masih tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan ia mampu berbuat sedemikian.<\/p>\n<p>Amalan mencuci tangan secara kerap masih lagi menjadi saranan utama badan kesihatan global bagi mencegah penyebaran wabak virus novel korona.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada bukti saintifik kunyit boleh mencegah daripada Covid-19. Kunyit baik untuk kesihatan, ini memang sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya. Namun, adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menular? Walaupun jumlah mereka yang berjangkit melebihi 75,000 individu, namun pihak berkuasa China boleh menarik nafas lega berikutan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1412","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1413,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1412\/revisions\/1413"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}