{"id":1416,"date":"2020-03-17T11:43:20","date_gmt":"2020-03-17T03:43:20","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=1416"},"modified":"2020-03-17T11:43:20","modified_gmt":"2020-03-17T03:43:20","slug":"ubat-gigi-berasaskan-arginin-teknologi-terbaru-melawan-karies-gigi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2020\/03\/17\/ubat-gigi-berasaskan-arginin-teknologi-terbaru-melawan-karies-gigi\/","title":{"rendered":"Ubat gigi berasaskan arginin teknologi terbaru melawan karies gigi"},"content":{"rendered":"<figure id=\"attachment_1348645\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-1348645\" src=\"https:\/\/s3media.freemalaysiatoday.com\/wp-content\/uploads\/2020\/03\/Ubat-Gigi-Ohsem.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"500\" \/><figcaption class=\"wp-caption-text\">Ubat gigi berasaskan arginin mampu untuk menghasilkan kesan perlindungan daripada kaviti 4 kali ganda lebih kuat berbanding ubat gigi biasa.<\/figcaption><\/figure>\n<h3><em><strong>Dengan kadar prevalens hampir 100%, karies gigi kekal sebagai penyakit kronik paling lazim di dunia.<\/strong><\/em><\/h3>\n<p>Tanpa langkah intervensi, ia boleh menyebabkan pembentukan kaviti dan juga komplikasi lain yang tidak diingini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, pelbagai kajian sedang rancak dijalankan demi membangunkan teknologi ubat gigi yang lebih baik dalam melindungi gigi.<\/p>\n<p>Salah satu daripada revolusi teknologi ubat gigi terbaru itu adalah ubat gigi berasaskan arginin.<\/p>\n<p><strong>Pentingnya perlindungan daripada kaviti<\/strong><\/p>\n<p>Apabila masalah karies gigi tidak dikawal, paras asid yang tinggi dalam mulut boleh menyebabkan penghakisan lapisan enamel gigi.<\/p>\n<p>Apabila ini terjadi, kaviti boleh terbentuk dan terus membesar sehingga mendedahkan lapisan pulpa.<\/p>\n<p>Apabila lapisan yang kaya dengan salur darah dan saraf ini terdedah, rasa sakit yang teruk dan berterusan boleh dialami oleh penghidap kaviti.<\/p>\n<p>Terdapat juga beberapa masalah kesihatan dan komplikasi lain yang boleh berlaku. Antaranya:<\/p>\n<ol>\n<li>Sakit gigi yang berterusan<\/li>\n<li>Pembentukan nanah dalam gusi dan sekitar gigi<\/li>\n<li>Berisiko untuk mengalami jangkitan sistemik (sepsis)<\/li>\n<li>Gigi menjadi pecah<\/li>\n<li>Masalah untuk mengunyah<\/li>\n<li>Gangguan psikologi akibat masalah penampilan gigi (keresahan dan kemurungan)<\/li>\n<\/ol>\n<p>Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia dilaporkan pernah mengalami penyakit periodontal dan juga karies gigi.<\/p>\n<p>Di samping itu, penyakit yang sama turut berlaku dalam 40 hingga 75% pelajar sekolah di Malaysia.<\/p>\n<p>Kanak-kanak merupakan kumpulan populasi yang paling berisiko untuk menghidap karies gigi yang teruk sehingga memerlukan rawatan.<\/p>\n<p>Kajian mendapati 76% daripada kesemua kanak-kanak di bawah usia 5 tahun telahpun mempunyai 8 daripada 10 gigi susu mereka terjejas dengan karies.<\/p>\n<p>Di Malaysia, negeri Terengganu, Pahang, Perlis dan juga Sabah adalah negeri-negeri yang mempunyai prevalens kaviti tertinggi.<\/p>\n<p><strong>Kuasa ubat gigi berasaskan arginin<\/strong><\/p>\n<p>Inovasi Amino Power ini menggabungkan teknologi lama (berasaskan fluorida) bersama teknologi baru (berasaskan arginin) demi memberi kesan perlindungan gigi yang sinergistik.<\/p>\n<p>3 komponen utama dalam teknologi yang telah dipaten ini adalah asid amino arginin, fluorida dan juga kalsium.<\/p>\n<p>Seperti ubat gigi lain, fluorida dan kalsium merupakan bahan inorganik yang membantu untuk menguatkan dan membekalkan mineral penting kepada gigi.<\/p>\n<p>Berbeza dengan kedua-dua kompaun tersebut, arginin pula adalah sejenis kompaun organik yang terdapat secara semula jadi dalam air liur.<\/p>\n<p>Kelebihan menggunakan ubat gigi berasaskan arginin adalah:<\/p>\n<ol>\n<li>Membekalkan nutrisi kepada bakteria baik yang membantu untuk menstabilkan pH dalam mulut sekali gus menghalang pembentukan karies gigi<\/li>\n<li>Melemahkan aktiviti bakteria jahat yang mendorong kepada penghasilan asid<\/li>\n<li>\u00a0Mencetus kepada polarisasi komposisi bakteria kepada anjakan populasi bakteria yang lebih baik bagi melindungi mulut penghidap karies.<\/li>\n<\/ol>\n<p>Revolusi dalam ubat gigi berasaskan arginin ini menyebabkan ia mampu untuk menghasilkan kesan perlindungan daripada kaviti sebanyak 4 kali ganda lebih kuat berbanding ubat gigi biasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ubat gigi berasaskan arginin mampu untuk menghasilkan kesan perlindungan daripada kaviti 4 kali ganda lebih kuat berbanding ubat gigi biasa. Dengan kadar prevalens hampir 100%, karies gigi kekal sebagai penyakit kronik paling lazim di dunia. Tanpa langkah intervensi, ia boleh menyebabkan pembentukan kaviti dan juga komplikasi lain yang tidak diingini. Sehubungan itu, pelbagai kajian sedang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1416","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1416","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1416"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1416\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1417,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1416\/revisions\/1417"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}