{"id":1475,"date":"2020-09-23T11:20:50","date_gmt":"2020-09-23T03:20:50","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=1475"},"modified":"2020-09-23T11:20:50","modified_gmt":"2020-09-23T03:20:50","slug":"perkara%c2%b2-normal-yang-dilarang-buat-di-negara-luar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2020\/09\/23\/perkara%c2%b2-normal-yang-dilarang-buat-di-negara-luar\/","title":{"rendered":"Perkara\u00b2 Normal Yang Dilarang Buat Di Negara Luar"},"content":{"rendered":"<div class=\"meta-general p-border\">\n<p class=\"meta meta_full \"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"standard grayscale grayscale-fade wp-post-image\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/dilarangnegaraluar-834x600.jpg\" alt=\"\" width=\"834\" height=\"600\" \/><\/p>\n<\/div>\n<div class=\"clearfix\"><\/div>\n<div class=\"postad\">\n<div id=\"content-desktop\"><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"entry\">\n<div id=\"dslc-theme-content\">\n<div id=\"dslc-theme-content-inner\">\n<p>Kalau bercakap soal perkara aneh\u00a0<b>ni<\/b>, dekat Malaysia pun banyak\u00a0<b>je\u00a0<\/b>benda-benda aneh yang orang kita buat. Tapi keanehan yang orang kita buat\u00a0<b>tu\u00a0<\/b>sekadar suka-suka atau hiburan sahaja. Di negara luar kalau\u00a0<b>korang<\/b>\u00a0nak tahu ada perkara-perkara yang bagi kita biasa\u00a0<b>je<\/b>, tapi kalau dilakukan di negara tersebut ia dianggap menyalahi undang-undang atau norma kehidupan masyarakat. Macam mana lah benda yang normal bagi kita boleh menjadi satu kesalahan di negara luar.<\/p>\n<h1><strong>TAK BOLEH ORDER WHITE COFFEE SELEPAS BREAKFAST \u2013 ITALI<\/strong><\/h1>\n<div id=\"attachment_32637\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-32637\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/cafe-caffe-latte-caffelatte-cappuccino.jpg\" alt=\"\" width=\"910\" height=\"591\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Negara Itali\u00a0<b>ni<\/b>\u00a0merupakan antara negara yang terkenal dengan kopi, tapi banyak pula peraturan mengenai kopi. Antara peraturannya adalah tidak boleh memesan\u00a0<i>white coffee<\/i>\u00a0seperti\u00a0<i>cappuccino<\/i>\u00a0selepas waktu sarapan. Dengar macam tak logik, tapi perkara ini dikatakan ada kaitan dengan kandungan susu di dalam minuman itu. Menurut orang Itali, susu adalah tidak baik diminum selepas makan kerana berisiko merosakkan sistem pencernaan badan. Jadi maksudnya susu hanya boleh dihidangkan semasa waktu sarapan sahaja.<\/p>\n<h1><strong>DILARANG BINA ISTANA PASIR \u2013 VENICE<\/strong><\/h1>\n<div id=\"attachment_32638\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-32638\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/beach-sand-sand-castle-seashore.jpg\" alt=\"\" width=\"910\" height=\"606\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Biasa kalau pergi pantai mesti lah kita akan main pasir sekali kan. Yang paling menyeronokkan dapat buat istana pasir. Tapi sebuah kawasan pantai berhampiran Venice dikatakan mempunyai larangan untuk membina istana pasir. Ia dikatakan kerana istana pasir yang dibina akan menghalang laluan bagi pejalan kaki yang lain. Mungkin ada logiknya larangan ini.<\/p>\n<h1><strong>TIDAK DIBENARKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI \u2013 GREECE<\/strong><\/h1>\n<div id=\"attachment_32639\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-32639\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/no-heels-in-greece.jpg\" alt=\"\" width=\"623\" height=\"315\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Kalau ada siapa-siapa yang bercadang untuk adakan\u00a0<i>photoshoot\u00a0<\/i>di Greece\u00a0dengan memakai kasut tumit tinggi mungkin boleh lupakan niat\u00a0<b>tu<\/b>. Di monumen tertua di Greece, para pelancong telah dilarang mengenakan kasut bertumit tinggi kerana ia akan merosakkan kawasan sekitar. Pakai\u00a0<b>je<\/b>\u00a0lah kasut biasa sebab memang tak selesa pun\u00a0<b>nak<\/b>\u00a0jalan atas batu-batu lama\u00a0<b>tu<\/b>. Selain itu, rakyat di Greece juga tidak boleh bertolak ansur kalau siapa-siapa bertelanjang atau menayangkan punggungnya di khalayak ramai. Jadi, tak boleh pakai kasut tumit tinggi dan juga tak boleh bertelanjang. Kalau tak, melakukan kedua-dua kesalahan ini akan didenda.<\/p>\n<h1><strong>TAK BOLEH BELI GULA GETAH \u2013 SINGAPURA<\/strong><\/h1>\n<p>Sebenarnya bukan lah sesuatu yang dilarang untuk menguyah gula getah di Singapura. Apa yang dilarang dan diharamkan adalah menjual dan membeli gula getah di negara itu. Ia merupakan satu undang-undang bagi mengawal masalah pembuangan sisa gula getah secara tidak terkawal. Bila\u00a0<b>dah<\/b>\u00a0susah sangat rakyat\u00a0<b>nak<\/b>\u00a0buang sisa gula getah dalam tong sampah, maka jalan paling mudah adalah dengan mengharamkan penjualannya di negara tersebut. Walau bagaimanapun, pelancong dari luar dibenarkan untuk membawa masuk gula getah ke negara tersebut pada had dua paket bagi seorang.<\/p>\n<div id=\"attachment_32640\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-large wp-image-32640\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/nogum-1024x678.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"678\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Selain itu, di Singapura juga adalah dilarang untuk memberi makan burung merpati. Ia dikatakan bagi mengawal populasi burung tersebut dan juga mengurangkan kotoran hasil daripada sisa pembuangan burung merpati. Lagi satu, kalau\u00a0<b>korang<\/b>\u00a0bawa durian dalam\u00a0<i>public transport<\/i>\u00a0di Singapura,\u00a0<b>korang<\/b>\u00a0bakal didenda sebanyak 1,000 dolar. Memang banyak betul larangan negara jiran kita\u00a0<b>ni<\/b>\u00a0bagi memastikan kebersihan di tahap maksimum.<\/p>\n<div>\n<div id=\"content-desktop\"><\/div>\n<\/div>\n<h1><strong>DILARANG KENCING DALAM LAUT \u2013 PORTUGAL<\/strong><\/h1>\n<div id=\"attachment_32641\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-32641\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/pee-in-ocean.png\" alt=\"\" width=\"575\" height=\"332\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Mungkin negara Portugal berlumba juga untuk membuat larangan yang aneh di dunia. Dikatakan kelakuan kencing di dalam laut adalah dianggap sebagai satu kesalahan. Kalau kencing dalam kolam\u00a0<b>tu<\/b>\u00a0mungkin boleh faham lah, tapi dalam laut\u00a0<b>tu<\/b>\u00a0macam pelik sangat\u00a0<b>dah<\/b>.\u00a0<i>Goodluck<\/i>\u00a0kepada penguatkuasa yang perlu cari orang yang langgar peraturan\u00a0<b>ni<\/b>.<\/p>\n<h1><strong>DILARANG BAYAR GUNA DUIT SYILING \u2013 KANADA<\/strong><\/h1>\n<div id=\"attachment_32642\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-32642\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/pennies.png\" alt=\"\" width=\"499\" height=\"324\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Yang\u00a0<b>ni\u00a0<\/b>mungkin ada sebab yang munasabah untuk buat peraturan ini, dan mungkin ramai peniaga yang akan menyokongnya. Di negara Kanada adalah dilarang bagi seseorang untuk melakukan pembayaran menggunakan duit syiling sepenuhnya. Akta Mata Wang 1985 telah melarang pembayaran menggunakan duit syiling 5 sen sepenuhnya bagi pembelian melebihi 5 dolar. Secara logiknya penat lah\u00a0<i>cashier\u00a0<\/i><b>nak<\/b>\u00a0kira satu-satu dan tindakan itu mungkin menyusahkan urusan jual beli.<\/p>\n<h1><strong>ROKOK DIHARAMKAN \u2013 BHUTAN<\/strong><\/h1>\n<div id=\"attachment_32643\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-32643\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/no-smoking-in-the-workplace-1.jpg\" alt=\"\" width=\"850\" height=\"565\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Tak tahu lah yang\u00a0<b>ni<\/b>\u00a0normal ataupun tidak bagi\u00a0<b>korang<\/b>, tetapi di negara Bhutan terdapat satu undang-undang yang mengharamkan penjualan rokok atau sebarang jenis produk tembakau. Maksudnya tidak ada seorang pun rakyat di sana yang dibenarkan merokok. Negara Bhutan menjadi negara bebas rokok pertama di dunia. Jadi kepada sesiapa yang mencari tempat yang bebas asap rokok secara keseluruhan, mungkin Bhutan adalah tempat yang\u00a0<b>korang<\/b>\u00a0boleh pergi.<\/p>\n<h1><strong>JANGAN HABISKAN MAKANAN DALAM PINGGAN \u2013 CHINA<\/strong><\/h1>\n<div id=\"attachment_32644\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-32644\" src=\"https:\/\/assets.thelaki.com.my\/2020\/09\/dont-finish-your-food.png\" alt=\"\" width=\"543\" height=\"296\" \/><\/p>\n<p class=\"wp-caption-text\">\n<\/div>\n<p>Kita biasanya kalau makanan sedap sangat memang licin pinggan\u00a0<b>tu<\/b>\u00a0dibuatnya. Tetapi di sesetengah daerah di China, perbuatan ini dianggap sebagai biadap. Macam mana\u00a0lah\u00a0makan sampai licin pun kena tuduh biadap. Dikatakan perbuatan habiskan makanan dalam pinggan menunjukkan kita seperti tidak cukup makan. Ada yang mengatakan ini hanya tradisi alaf baru sebab zaman dahulu kala makan sampai licin dilihat sebagai tanda\u00a0<strong>korang<\/strong> puas dengan makanan itu dan sendawa pula sebagai tanda kekayaan tuan rumah.<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalau bercakap soal perkara aneh\u00a0ni, dekat Malaysia pun banyak\u00a0je\u00a0benda-benda aneh yang orang kita buat. Tapi keanehan yang orang kita buat\u00a0tu\u00a0sekadar suka-suka atau hiburan sahaja. Di negara luar kalau\u00a0korang\u00a0nak tahu ada perkara-perkara yang bagi kita biasa\u00a0je, tapi kalau dilakukan di negara tersebut ia dianggap menyalahi undang-undang atau norma kehidupan masyarakat. Macam mana lah benda yang normal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1475","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1475"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1476,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1475\/revisions\/1476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}