{"id":1828,"date":"2021-12-16T12:35:42","date_gmt":"2021-12-16T04:35:42","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=1828"},"modified":"2021-12-16T12:35:45","modified_gmt":"2021-12-16T04:35:45","slug":"14-amalan-murah-rezeki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/16\/14-amalan-murah-rezeki\/","title":{"rendered":"14 AMALAN MURAH REZEKI"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buku.karangkraf.com\/GaleriGBK\/Alaf_1230_Picture1%20murah%20rezeki.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakan manusia. Admin ada kongsikan&nbsp;<a href=\"http:\/\/quranicgen.com\/20-tips-pengurusan-kewangan-peribadi\/\">tips bagaimana pengurusan kewangan<\/a>&nbsp;jika anda memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Admin&nbsp;akan cuba untuk kongsikan&nbsp;<a href=\"http:\/\/quranicgen.com\/v2\/amalan-untuk-murah-rezeki\/\">amalan untuk murah rezeki<\/a>&nbsp;supaya kita dapat amalkan bersama-sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">&nbsp;<\/h2>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>#1 Memperbanyakkan Beristighfar<\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Firman Allah SWT maksudnya:&nbsp;\u201cMohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).\u201d<br>(Surah Nuh ayat 10 \u2013 12)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sabda Nabi SAW; \u201cBarangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.&nbsp;(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa\u2019i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">&nbsp;<\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu&nbsp;<a href=\"http:\/\/quranicgen.com\/v2\/kerana-kesibukan-masjid-kita-lupakan\/\">berjemaah secara konsisten di masjid<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :&nbsp;\u201cWahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu\u201d.&nbsp;(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>#3 Hindari Dosa<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi SAW bersabda maksudnya :\u201cTidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu\u2019allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya\u201d&nbsp;( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">&nbsp;<\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita.&nbsp;Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :&nbsp;\u201cApabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.\u201d<br>(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">&nbsp;<\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#5&nbsp;Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh&nbsp;Rasulullah Kepada Anas Bin Malik<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u0650\u0631\u0652 \u0645\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u0648\u0627\u0644\u0633\u0639 \u0644\u0647 \u0641\u064a \u062f\u0627\u0631\u0647 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064a\u0645\u0627 \u0627\u0639\u0637\u064a\u062a\u0647 \u0648\u0627\u062d\u0633\u0646 \u0627\u0639\u0645\u0627\u0644\u0647 \u0648\u0627\u0644\u063a\u0641\u0631\u0644\u0647<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan,&nbsp;sila gantikan dhomir yang bersesuaian.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buku.karangkraf.com\/GaleriGBK\/Alaf_1250_Picture2%20murah%20rezeki.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>#6 Banyakkan Bersedekah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"http:\/\/quranicgen.com\/v2\/cara-menjadi-kaya-dengan-sedekah\/\">Amalan bersedekah<\/a>&nbsp;ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPerumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.\u201d<br>(Al Baqarah: 261)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>&nbsp;#7 Membantu Mereka Yang Lemah<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi; \u201cTidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.\u201d&nbsp;(Hadis Riwayat Bukhari)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi SAW bersabda maksudnya; \u201cCarilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.\u201d&nbsp;(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila kita memudahkan urusan orang lain insya-Allah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain,&nbsp;insya-Allah Allah akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud; \u201cSiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya\u2026\u201d&nbsp;(Hadis Riwayat Muslim)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita,&nbsp;semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi SAW bersabda; \u201cBarang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)\u201d&nbsp;(Hadis Riwayat Bukhari)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali,&nbsp;\u201cWahai Ali! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke&nbsp;rumah sesaorang pun ikut singgah di situ.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh di&nbsp;tengah lautan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buku.karangkraf.com\/GaleriGBK\/Alaf_1252_Picture3%20murah%20rezeki.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#11 Solat Dhuha<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha.&nbsp;Firman Allah SWT dalam hadis qudsi; \u201cWahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.\u201d&nbsp;(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#12 Sentiasa Bersyukur<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Firman Allah SWT; \u201cDemi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.\u201d&nbsp;(Surah Ibrahim ayat 7)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah.&nbsp;Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hamba-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:&nbsp;\u201cWahai Abu&nbsp;Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?\u201d&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawab Abu Umamah: \u201cDukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!\u201d&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawab Rasulullah: \u201cMahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.\u201d&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Abu Umamah menjawab: \u201cYa, wahai Rasulullah.\u201d&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginda bersabda: \u201cApabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:&nbsp;\u201cYa Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata Abu Umamah: \u201cAku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.\u201d&nbsp;&nbsp;(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>#14 Bertawakal Kepada Allah<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amalan untuk&nbsp;<a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Doa_Murah_Rezeki\">murah rezeki<\/a>&nbsp;yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah; \u201cBarang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).\u201d&nbsp;(Surah At-Thalaq ayat 3)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh.&nbsp;Tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja&nbsp;Itu sahaja perkongsian daripada kami tentang amalan untuk dimurahkan rezeki.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sumber:&nbsp;<a href=\"http:\/\/quranicgen.com\/amalan-untuk-murah-rezeki\/\">http:quranicgen.com\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakan manusia. Admin ada kongsikan&nbsp;tips bagaimana pengurusan kewangan&nbsp;jika anda memerlukan. Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Admin&nbsp;akan cuba untuk kongsikan&nbsp;amalan untuk murah rezeki&nbsp;supaya kita dapat amalkan bersama-sama. Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1828","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1828","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1828"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1828\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1830,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1828\/revisions\/1830"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1828"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1828"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1828"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}