{"id":2178,"date":"2021-12-17T23:58:21","date_gmt":"2021-12-17T15:58:21","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2178"},"modified":"2021-12-17T23:58:24","modified_gmt":"2021-12-17T15:58:24","slug":"ratusan-serbu-taman-negara-gunung-gading-lihat-rafflesia-kembang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/17\/ratusan-serbu-taman-negara-gunung-gading-lihat-rafflesia-kembang\/","title":{"rendered":"Ratusan Serbu Taman Negara Gunung Gading Lihat Rafflesia Kembang"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buku.karangkraf.com\/GaleriGBK\/_1531_Ilustrasi-Bunga-Rafflesia.-Shutterstock-2.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>LUNDU:&nbsp;<\/strong>Sejak Jumaat lalu, Taman Negara Gunung Gading, di sini &#8216;diserbu&#8217; hampir 200 pelawat untuk melihat sendiri bunga Rafflesia atau bunga pakma spesies &#8216;tuan mudae&#8217; kembang.<\/p>\n\n\n\n<p>Nama spesis bunga pakma itu adalah sempena nama Rajah Charles Brooke kedua dalam bahasa Melayu yang disebut &#8216;Tuan Mudae&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Bunga terbesar di dunia itu mula kembang sejak Khamis dan dijangka berterusan hingga Selasa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelawat perlu berjalan kira-kira 300 meter atau 20 minit dari pejabat taman negara tersebut sebelum sampai ke lokasi bunga pakma itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pegawai bertugas di taman negara tersebut, Edmund Gering, 27, berkata bunga Rafflesia memerlukan masa hampir sembilan bulan untuk kembang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bunga yang kembang kali ini berdiameter 70sm dan mempunyai enam kelopak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebiasaannya Rafflesia hanya mempunyai lima kelopak. Setiap tahun ada kira-kira 20 bunga Rafflesia akan kembang di taman negara ini,&#8221; katanya ketika ditemui di sini, Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelawat yang ingin melihat Rafflesia perlu berdaftar dengan pihak pengurusan taman negara dan memerlukan jurupandu yang ditetapkan sebelum dibenarkan mengunjungi mana-mana lokasi bunga Rafflesia kembang.<\/p>\n\n\n\n<p>Edmund berkata terdapat kira-kira 23 lokasi bunga Rafflesia dibuka untuk pelawat telah ditanda oleh pihak taman negara bagi memudahkan mereka mengunjunginya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lokasi kali ini agak tersorok kerana bunga Rafflesia ini berada di celah &nbsp;batu besar, namun pembantu konservasi sudah menandakan lokasi ini terlebih dahulu untuk rekod,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Taman Negara Gunung Gading meliputi kawasan seluas 4,196 hektar dan diwartakan pada 1983 bagi mewujudkan zon pemuliharaan bagi tumbuhan itu yang hampir pupus.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain bunga Rafflesia, Gunung Gading mempunyai tarikan lain seperti kawasan bukit-bukau, air terjun dan periuk kera.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelawat boleh sampai ke taman yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuching dengan mengambil masa hampir dua jam perjalanan melalui jalan raya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LUNDU:&nbsp;Sejak Jumaat lalu, Taman Negara Gunung Gading, di sini &#8216;diserbu&#8217; hampir 200 pelawat untuk melihat sendiri bunga Rafflesia atau bunga pakma spesies &#8216;tuan mudae&#8217; kembang. Nama spesis bunga pakma itu adalah sempena nama Rajah Charles Brooke kedua dalam bahasa Melayu yang disebut &#8216;Tuan Mudae&#8217;. Bunga terbesar di dunia itu mula kembang sejak Khamis dan dijangka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2178","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2178","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2178"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2178\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2180,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2178\/revisions\/2180"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}