{"id":2408,"date":"2021-12-18T14:31:29","date_gmt":"2021-12-18T06:31:29","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2408"},"modified":"2021-12-18T14:31:32","modified_gmt":"2021-12-18T06:31:32","slug":"perubahan-iklim-di-artik-bakal-bebaskan-virus-purba-pakar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/18\/perubahan-iklim-di-artik-bakal-bebaskan-virus-purba-pakar\/","title":{"rendered":"Perubahan iklim di Artik bakal bebaskan virus purba \u2013 Pakar"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/prehistoric-virus.jpg\" alt=\"\" \/><figcaption>Pandemik baharu boleh tercetus akibat ais yang mencair di Artik. &#8211; Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MOSCOW \u2013 Pakar-pakar memberi amaran mengenai satu pandemik baharu yang berisiko membawa maut yang boleh tercetus akibat fenomena perubahan iklim di Lautan Artik, lapor akhbar Daily Star semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut pakar, ais yang mencair di Lautan Artik akan menyebabkan virus dan bakteria purba yang beku selama sejuta tahun \u2018dibebaskan\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyelidik kanan di Akademi Sains Rusia, Stesen Penyelidikan dan Eksperimen Timur Utara di kampung Chersky, Sergei Davydov memberi amaran bahawa permafros kini mencair dengan cepat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami telah menjalankan penyelidikan selama lebih 30 tahun iaitu sejak tahun 1990.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJumlah metana di atmosfera telah meningkat dengan ketara seperti yang kita ketahui daripada data penganalisis gas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Davydov turut memberi amaran bahawa permafros tidak pernah cair sejak berjuta-juta tahun lalu dan virus purba yang tidak terdedah kepada udara sejak sebelum manusia moden berevolusi akan dikeluarkan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Diplomat Kanan Rusia, Nikolay Korchunov memberitahu saluran televisyen TV Zvezda bahawa kerajaan negara itu telah mencadangkan satu projek mengenai bio keselamatan kepada Majlis Artik sebagai langkah berjaga-jaga daripada bahaya yang timbul daripada permafros yang mencair.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTerdapat risiko tentang kemunculan virus dan bakteria purba. Oleh itu, Rusia telah memulakan projek \u2018bio keselamatan dalam Majlis Artik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambah beliau, projek baharu itu akan menilai pelbagai \u2018risiko dan bahaya\u2019 yang berpotensi membawa kepada pembebasan penyakit berjangkit pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MOSCOW \u2013 Pakar-pakar memberi amaran mengenai satu pandemik baharu yang berisiko membawa maut yang boleh tercetus akibat fenomena perubahan iklim di Lautan Artik, lapor akhbar Daily Star semalam. Menurut pakar, ais yang mencair di Lautan Artik akan menyebabkan virus dan bakteria purba yang beku selama sejuta tahun \u2018dibebaskan\u2019. Penyelidik kanan di Akademi Sains Rusia, Stesen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2408","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2408","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2408"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2408\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2410,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2408\/revisions\/2410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2408"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2408"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2408"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}