{"id":2650,"date":"2021-12-23T11:52:28","date_gmt":"2021-12-23T03:52:28","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2650"},"modified":"2021-12-23T11:52:31","modified_gmt":"2021-12-23T03:52:31","slug":"awas-kopi-bukan-untuk-anak-anak-kecil-boleh-beri-kesan-jangka-panjang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/23\/awas-kopi-bukan-untuk-anak-anak-kecil-boleh-beri-kesan-jangka-panjang\/","title":{"rendered":"Awas! Kopi Bukan Untuk Anak-Anak Kecil, Boleh Beri Kesan Jangka Panjang"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/10\/kopi.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>DI SEBALIK<\/strong>&nbsp;kebaikan kopi, satu perkara yang perlu diketahui, minuman tersebut tidak bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut&nbsp;<em>Healthline<\/em>, kopi adalah satu bentuk \u2018ketagihan\u2018 yang adakalanya sukar diawasi.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cKopi mengandungi kafein yang merupakan perangsang. Di Amerika Syarikat, ia menjadi satu hal yang sangat pelik untuk memberi anak-anak minuman yang berkafein. Di Kanada pula, pengambilan kafein mempunyai had maksimum iaitu 45 miligram sahaja dalam sehari untuk si kecil,\u201c kata laman web kesihatan berkenaan.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat beberapa alasan mengapa kopi tidak sesuai untuk diteguk oleh si cilik. Berikut perincian yang dikongsikan oleh HelloDoktor:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>i) Mempengaruhi pembentukan kaviti.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Minum kopi dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan kaviti pada gigi kanak-kanak kesan daripada tahap keasidan kopi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Asid dalam kopi lebih mudah untuk merosakkan enamel gigi, sekali gus akan meningkatkan risiko berlakunya kaviti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>ii) Menjadi hiperaktif.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, kanak-kanak yang minum kopi juga akan berhadapan dengan masalah dalam memberi penumpuan terhadap sesuatu dan akan sering mengalami kegelisahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesan kafein daripada kopi akan bertahan berjam-jam lamanya. Oleh itu, ia menyebabkan kanak-kanak yang minum kopi ketika berada di sekolah akan mengalami kesan negatif terhadap pembelajarannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>iii) Punca insomnia.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kanak-kanak yang berusia lima hingga 12 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 11 jam sehari untuk tidur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun demikian, tidak ramai kanak-kanak mendapat masa tidur secukupnya akibat kepadatan jadual seharian mereka. Perkara berkenaan akan mengundang gejala kurang tidur lebih-lebih lagi jika mereka minum kopi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>iv) Hilang selera makan.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlu diketahui bahawa otak kanak-kanak sebenarnya jauh lebih sensitif terhadap kafein berbanding otak individu dewasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kafein akan bertindak balas dengan sistem saraf pusat dan boleh menyebabkan kehilangan selera makan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya anak-anak sudah mula ketagih kafein, hal itu mungkin akan menjejaskan tumbesaran mereka kelak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>v) Punca tekanan darah menjadi tinggi.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kafein yang terkandung dalam kopi akan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan. Pastinya, jika diambil pada amaun yang sedikit, kopi dapat meningkatkan daya tumpuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika sebaliknya, kafein akan menyebabkan ketegangan, kegelisahan, pening kepala dan peningkatan tekanan darah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>vi) Tulang kanak-kanak merosot.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Minum berkafein tidak mempunyai sebarang kalori yang mendatangkan apa-apa nutrien.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kanak-kanak yang minum kopi tidak akan mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran, lalu menyebabkan mereka lebih berisiko mengalami kondisi kekurangan nutrien.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan itu sahaja, kopi juga bersifat diuretik. Ia bermaksud minuman itu akan melajukan proses urinasi yang akan menyebabkan kehilangan kalsium daripada badan, sekali gus menyebabkan kemerosotan pada tulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, kepada ibu bapa, kawallah pengambilan kopi anak-anak yang masih kecil. Bukan tidak boleh minum langsung, tetapi biarlah pada kadar sederhana.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DI SEBALIK&nbsp;kebaikan kopi, satu perkara yang perlu diketahui, minuman tersebut tidak bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Menurut&nbsp;Healthline, kopi adalah satu bentuk \u2018ketagihan\u2018 yang adakalanya sukar diawasi. \u201cKopi mengandungi kafein yang merupakan perangsang. Di Amerika Syarikat, ia menjadi satu hal yang sangat pelik untuk memberi anak-anak minuman yang berkafein. Di Kanada pula, pengambilan kafein mempunyai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2650","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2650","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2650"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2650\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2652,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2650\/revisions\/2652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2650"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2650"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2650"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}