{"id":2714,"date":"2021-12-23T12:22:54","date_gmt":"2021-12-23T04:22:54","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2714"},"modified":"2021-12-23T12:22:56","modified_gmt":"2021-12-23T04:22:56","slug":"lagi-bantuan-untuk-b40-pulse-oximeter-dan-termometer-buat-siap-sedia-endemik-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/23\/lagi-bantuan-untuk-b40-pulse-oximeter-dan-termometer-buat-siap-sedia-endemik-covid-19\/","title":{"rendered":"Lagi Bantuan Untuk B40, Pulse Oximeter Dan Termometer Buat Siap Sedia Endemik Covid-19"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/09\/03-2.jpg\" alt=\"oximeter termometer\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>SEJAK<\/strong>&nbsp;negara dilanda wabak Covid-19 pelbagai bantuan disediakan kerajaan untuk rakyat bagi meneruskan kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terbaharu, kerajaan mengumumkan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) melibatkan RM471.6 juta peruntukkan kepada Keluarga Malaysia kategori B40 sebagai persediaan ke arah fasa endemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PPC tersebut mengandungi pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga); kit ujian kendiri Covid-19 (empat kit setiap keluarga); satu pulse oximeter; satu termometer; serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ujar beliau, pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inisiatif tersebut juga dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/07-9.jpg\" alt=\"Oximeter\" class=\"wp-image-56888\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Sementara itu, ini yang perlu korang ketahui mengenai pulse oximeter.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Walaupun penggunaan pulse oximeter di rumah dapat mengesan paras oksigen rendah dalam darah (hypoxia) yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19, namun bukan semua perubahan bacaan pulse oximeter adalah berkaitan dengan Covid-19.<\/li><li>Perubahan ini mungkin juga disebabkan oleh masalah paru-paru yang lain seperti penyakit asma atau jangkitan paru-paru (Pneumonia).<\/li><li>Kesukaran bernafas dan paras oksigen rendah hanyalah dua kemungkinan simptom jangkitan Covid-19. Simptom lain seperti batuk, demam, rasa sejuk yang melampau serta menggigil, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau juga merupakan simptom-simptom jangkitan Covid-19. Simptom-simptom tersebut akan muncul antara dua hingga 14 hari selepas pesakit terdedah dengan virus ini.<\/li><li>Ketahui tahap oksigen normal korang dan perhatikan sebarang perubahan dalam bacaan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya mendapati bacaan tahap oksigen dalam darah menurun daripada biasa.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Bergantung kepada model pulse oximeter, bacaan paras oksigen antara 95% hingga 97% adalah dianggap normal. Kadar oksigen dalam darah yang rendah (hypoxia) dapat dilihat melalui kepekatan oksigen yang diukur di bawah 94% sekiranya tiada penyakit paru-paru kronik.<\/li><li>Sekiranya bacaan menjadi kurang daripada 94%, korang dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, manakala jika bacaan jatuh kepada 90% ke bawah, rawatan kecemasan adalah diperlukan.<\/li><li>Sekiranya korang mempunyai masalah kesihatan yang mungkin akan mempengaruhi tahap oksigen darah, dapatkan nasihat doktor. Contoh-contoh penyakit adalah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, kegagalan fungsi jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain lain.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, termometer pula adalah alat yang digunakan untuk mengukur suhu badan.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Ada termometer digital dan ada yang manual. Termometer manual atau termometer analog biasanya terdiri atas tabung, penanda, dan sistem yang boleh berinteraksi dengan suhu tubuh.<\/li><li>Selain untuk mengukur suhu tubuh, alat ini juga digunakan di laboratorium atau untuk mengukur suhu udara atau suhu objek lain.<\/li><\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEJAK&nbsp;negara dilanda wabak Covid-19 pelbagai bantuan disediakan kerajaan untuk rakyat bagi meneruskan kehidupan. Terbaharu, kerajaan mengumumkan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) melibatkan RM471.6 juta peruntukkan kepada Keluarga Malaysia kategori B40 sebagai persediaan ke arah fasa endemik Covid-19. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PPC tersebut mengandungi pek pelitup muka guna semula (empat keping [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2714","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2714","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2714"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2714\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2716,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2714\/revisions\/2716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2714"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2714"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2714"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}