{"id":2722,"date":"2021-12-23T12:25:45","date_gmt":"2021-12-23T04:25:45","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2722"},"modified":"2021-12-23T12:25:47","modified_gmt":"2021-12-23T04:25:47","slug":"guna-15-biji-rambutan-rahsia-kuah-kari-kerisik-jadi-lebih-umphhh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/23\/guna-15-biji-rambutan-rahsia-kuah-kari-kerisik-jadi-lebih-umphhh\/","title":{"rendered":"Guna 15 Biji Rambutan, Rahsia Kuah Kari Kerisik Jadi Lebih Umphhh&#8230;"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/09\/ROK-1.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>SELAIN<\/strong>&nbsp;musim durian, rambutan juga antara buah yang banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan atau di pusat beli-belah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, rambutan bukan sahaja boleh dinikmati begitu sahaja, malah ia telah dipelbagaikan dalam masakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian,&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>&nbsp;bukannya merujuk rambutan yang digunakan untuk pencuci mulut seperti agar-agar atau puding, tetapi untuk memasak kari!<\/p>\n\n\n\n<p>Nampak seperti pelik dan pasti kita akan tertanya-tanya bagaimanakah rasanya, bukan?<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada&nbsp;<em>SinarPlus,<\/em>&nbsp;Siti Hafizah Jailani yang arif membuat masakan yang diberi nama kari kerisik rambutan itu berkata, campuran buah berkenaan dalam kari akan membuatkan sajian itu menjadi lebih enak.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujar beliau, mempunyai empat batang pokok rambutan di sekitar kawasan rumahnya telah memberi ilham kepadanya memberi nafas baharu kepada menu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bila tiba musim, buah rambutan biasanya memang berlambak. Jadi, untuk elak buah rambutan busuk, rosak dan terbiar begitu sahaja di atas tanah, saya rasa bertanggungjawab untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>&#8220;Selain membuat jem rambutan merah acuan sendiri, saya telah mempelbagaikannya dengan membubuh buah rambutan dalam kari kerisik kegemaran kami sekeluarga,&#8221; katanya yang menetap di Subang, Selangor.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, anak kelahiran Sitiawan, Perak itu memberitahu, kari kerisik rambutan merupakan resipi tradisi familinya sejak dahulu.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/09\/evMwg83X-medik-3.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-59289\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Kadangkala katanya, sajian itu turut menerima permintaan daripada rakan-rakan yang tinggal di Kuala Lumpur yang berminat untuk merasa keunikan air tangannya itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai cara pembuatan pula, wanita berusia 28 tahun itu berkata, segalanya sama seperti memasak kari biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bezanya cuma pada tambahan buah rambutan. Biasanya saya akan menggunakan buah yang tidak begitu ranum kerana ia akan berair dan sedikit lembik apabila dimasak.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi, saya akan ambil rambutan yang masih segar dan berwarna kemerah-merahan lalu dikupas dan disimpan di dalam peti sejuk sebelum dijadikan kari,\u201d tuturnya sambil memberitahu hasil rasanya yang mempunyai variasi manis dan masam.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperkara, tanya penulis, kenapa kari perlu ditambah kerisik? Jawabnya bersahaja: &#8220;Itulah keistimewaan masakan saya. Cubalah dulu, baru anda tahu kesedapannya.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menitipkan pesan. Ujar beliau, pastikan kerisik yang digunakan segar agar kari boleh tahan lebih lama.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cPaling penting, kuantiti air yang dimasukkan juga perlu seimbang dengan bahan-bahan lain agar kuahnya tidak menjadi terlalu cair,\u201d katanya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>PROFIL<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Nama: Siti Hafizah Jailani<\/li><li>Umur: 28 tahun<\/li><li>Asal: Sitiawan, Perak<\/li><li>Menetap: Subang, Selangor<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>RESIPI KARI KERISIK RAMBUTAN<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/09\/ROK.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-59290\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Bahan-bahan<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>1 biji bawang merah<\/li><li>5 ulas bawang putih<\/li><li>1 inci halia<\/li><li>1 helai daun pandan<\/li><li>1 paket serbuk kari ikan<\/li><li>1 paket kecil kerisik<\/li><li>1 biji tomato<\/li><li>Sedikit air asam jawa<\/li><li>Air secukupnya<\/li><li>15 biji rambutan<\/li><li>2 biji ubi kentang (dipotong sederhana)<\/li><li>Sedikit garam dan gula<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Cara penyediaan:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li>Panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga naik bau.<\/li><li>Kemudian, masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat.<\/li><li>Selepas itu, masukkan kentang dan kacau rata.<\/li><li>Letak serbuk kari dan sebatikan kesemua bahan sehingga garing lalu dimasukkan daun pandan, air dan air asam jawa.<\/li><li>Setelah kentang empuk, segera masukkan rambutan dan kerisik.<\/li><li>Akhir seklai, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula sebelum tomato diletakkan ke dalam kuali.<\/li><li>Kari kerisik rambutan siap untuk dihidangkan.<\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Sumber Siti Hafizah Jailani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SELAIN&nbsp;musim durian, rambutan juga antara buah yang banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan atau di pusat beli-belah. Sebenarnya, rambutan bukan sahaja boleh dinikmati begitu sahaja, malah ia telah dipelbagaikan dalam masakan. Pun demikian,&nbsp;SinarPlus&nbsp;bukannya merujuk rambutan yang digunakan untuk pencuci mulut seperti agar-agar atau puding, tetapi untuk memasak kari! Nampak seperti pelik dan pasti kita akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2722","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2722","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2722"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2722\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2724,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2722\/revisions\/2724"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2722"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2722"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2722"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}