{"id":2770,"date":"2021-12-23T12:45:45","date_gmt":"2021-12-23T04:45:45","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2770"},"modified":"2021-12-23T12:45:48","modified_gmt":"2021-12-23T04:45:48","slug":"jangan-label-anak-dengan-perkataan-negatif-ini-5-perkara-yang-perlu-mak-ayah-kena-elak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/23\/jangan-label-anak-dengan-perkataan-negatif-ini-5-perkara-yang-perlu-mak-ayah-kena-elak\/","title":{"rendered":"Jangan Label Anak Dengan Perkataan Negatif. Ini 5 Perkara Yang Perlu Mak Ayah Kena Elak"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/Untitled-design-2021-02-08T145430.968.jpg\" alt=\"Contoh kepada anak-anak\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>SETIAP<\/strong>&nbsp;usia anak memerlukan tumbesaran dan perkembangan yang berbeza-beza.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula daripada mereka bayi sehinggalah bergelar kanak-kanak yang mampu mengurus diri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain perkembangan fizikal, aspek emosi juga tidak boleh diketepikan, apatah lagi masing-masing di antara kita masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut beberapa perkara yang perlu ibu bapa elak agar kesihatan emosi anak-anak kecil berkembang dengan sihat menurut Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Muar, Dr Redza Zainol:<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_49630\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/anak-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-49630\" \/><figcaption>Dr Redza Zainol.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>i) Anak bukan trofi.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila keputusan anak cemerlang, maka pencapaian anak dicanang pada saudara mara dan kawan pejabat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, jika anak merekodkan markah yang tidak berapa bagus, keputusannya pula termangu-mangu melihat telatah mak ayah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi, anak-anak akan terfikir beliau cuma akan disayangi apabila berjaya di sekolah sahaja,&#8221; tambah Dr Redza.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>ii) Melabel anak dengan perkataan negatif.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya selalu berjumpa dengan mak ayah yang gelar anak sendiri pemalas, lembab dan degil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kesannya, anak akan faham dirinya sentiasa ada kekurangan dan kerap menyalahkan diri sendiri,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_41311\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/Untitled-design-2021-03-26T105430.529.jpg\" alt=\"Sakiti dan mendera anak\" class=\"wp-image-41311\" \/><figcaption>SEBAGAI ibu bapa, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap anak dengan sebaiknya dan jangan menyakiti mereka walaupun anak nakal.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>iii) Sarkastik dengan anak kecil.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Anak kecil hanya boleh melihat dunia dari pandangan mereka sahaja<em>&nbsp;(one viewpoint)<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Oleh itu, mereka belum dapat melihat dunia daripada kaca mata orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya yakin, sebab itulah mereka gagal memahami dengan perlian atau bahasa sarkastik,&#8221; ungkapnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>iv) Mengugut<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita suka ugut anak kecil, mereka akan mengikut cakap kita kerana takut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, apabila anak-anak semakin dewasa, lagi besar ugutan yang ibu bapa kena guna supaya beliau mendengar kata.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia akan menjadi satu vicious cycle yang tidak berkesudahan. Lebih parah, sampai satu masa, anak akan mengugut kita semula,&#8221; tuturnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>v)&nbsp;<em>Silent treatment.<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat satu kajian yang menyatakan&nbsp;<em>silent treatment<\/em>&nbsp;akan mengaktifkan bahagian otak yang mengesan kesakitan secara fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia satu proses yang &#8216;menyakitkan&#8217; meskipun tanpa perlu memukul.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>&#8220;Anak diperlaku seolah-olah dirinya tidak wujud dan kadang-kadang tanpa mereka faham kesilapan yang dilakukan,&#8221; tambah beliau.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Oleh itu, perkara-perkara tersebut hanya akan membuatkan anak-anak merasai penderitaan yang sangat dasyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, meraka akan merasakan diri masing-masing tidak berguna&nbsp;<em>(worthless)<\/em>, penuh dengan kesilapan<em>&nbsp;(flawed)<\/em>&nbsp;dan tidak diperlukan lagi&nbsp;<em>(unwanted)<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, buat ibu bapa di luar sana berinteraksilah secara berkesan dan ajar cara terbaik untuk mereka meluahkan perasaan sama ada sedang sedih, marah, kecewa dan sebagainya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SETIAP&nbsp;usia anak memerlukan tumbesaran dan perkembangan yang berbeza-beza. Bermula daripada mereka bayi sehinggalah bergelar kanak-kanak yang mampu mengurus diri sendiri. Selain perkembangan fizikal, aspek emosi juga tidak boleh diketepikan, apatah lagi masing-masing di antara kita masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19. Berikut beberapa perkara yang perlu ibu bapa elak agar kesihatan emosi anak-anak kecil berkembang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2770","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2770","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2770"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2772,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2770\/revisions\/2772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}