{"id":2782,"date":"2021-12-23T12:49:00","date_gmt":"2021-12-23T04:49:00","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2782"},"modified":"2021-12-23T12:49:03","modified_gmt":"2021-12-23T04:49:03","slug":"pesakit-pcos-disaran-turunkan-berat-badan-itu-cara-mudah-untuk-hamil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/23\/pesakit-pcos-disaran-turunkan-berat-badan-itu-cara-mudah-untuk-hamil\/","title":{"rendered":"Pesakit PCOS Disaran Turunkan Berat Badan, Itu Cara Mudah Untuk Hamil"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/vWNBoosn-MEDIK-1-1-1.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>BAGI<\/strong>&nbsp;kaum Hawa, apabila didiagnosis memiliki penyakit seperti cyst, kanser serviks waima sindrom ovari polisistik (PCOS), ia sudah bikin kegentaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada lain yang mereka fikirkan selain bimbang tidak dapat melahirkan zuriat sekiranya berkahwin kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap mengenai PCOS, sebenarnya ramai dalam kalangan wanita yang mengalaminya sama ada sedar atau tidak.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika anda salah seorang penghidap, jangan risau kerana masalah tersebut mampu dirawat dan terdapat beberapa metodologi untuk merendahkan risiko penyakit berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mendasari lebih lanjut tentang PCOS, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai Ampang, Dr Sai Sudha Ram Moorthi berkongsi pengetahuan dan pengalamannya dalam program Doktor dan Anda (DNA) terbitan&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>&nbsp;baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_57272\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/MEDIK-2-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-57272\" \/><figcaption>Dr Sai Sudha.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Ujar Dr Sai Sudha, PCOS adalah satu keadaan endokrin yang sangat kompleks dan biasa terjadi dalam kalangan wanita yang berada dalam lingkungan umur reproduktif iaitu antara 15 hingga 49 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian, beritahu pakar terbabit, remaja yang baru belasan tahun juga boleh mempunyai masalah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cNamun, penyakit itu tidak dapat dikesan kerana kadangkala pada peringkat permulaan kedatangan haid seseorang wanita, berkemungkinan besar ia aturan haid masih belum teratur dan tidak menentu,\u201c jelasnya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p><strong>Secara asasnya, sindrom PCOS tertakluk kepada tiga kriteria utama iaitu:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>i) Pengeluaran telur yang kurang atau tiada langsung.<\/p>\n\n\n\n<p>ii) Hormon lelaki yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>iii) Terdapat banyak folikel atau cyst pada ovari.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Genetik<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ditanya apakah punca utamanya terjadinya PCOS, Dr Sai Sudha berkata, sebab-sebabnya masih tidak dapat diketahui sehingga ke detik ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah itu terjadi. Antaranya berpunca daripada ketidakstabilan hormon dan bersangkutpaut dengan obesiti.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/MEDIK-4-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-57274\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya tisu lemak itu (disebabkan obesiti), hormon estron yang dikeluarkan akan mengakibatkan hormon ovulasi (hormon penggalak folikel) rendah dan berkurang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWanita yang obes juga mempunyai lemak yang banyak sehingga \u2018mengacau\u2018 kitaran hormon yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, suka untuk saya ingatkan sekali lagi, golongan itu sangat berisiko tinggi untuk dijangkiti PCOS, selain berkecenderungan besar untuk menghidap penyakit kronik lain seperti kencing manis, serangan jantung dan darah tinggi,\u201c ungkapnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beritahu pakar terbabit, faktor lain yang boleh mencetus penyakit PCOS adalah keturunan atau genetik keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKira-kira 5 hingga 6 peratus wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit itu sama ada ibu atau adik-beradik perempuan lain, mereka juga berkemungkinan bakal menghadapi masalah yang serupa,\u201c tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Potensi memiliki zuriat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai simptom-simptom PCOS, Dr Sai Sudha berkata, ia meliputi gejala jangka masa pendek dan panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara simptom jangka masa pendek yang biasa berlaku adalah seperti kitaran haid yang tidak menentu, masalah rambut atau bulu yang tumbuh secara berlebihan (hirsutism) pada muka dan celah-celah tangan (lengan), paha, bawah pusat dan pada bahagian belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, berlaku juga masalah kesuburan, misalnya mengalami kesukaran untuk hamil,\u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Simptom jangka masa panjang pula adalah seperti kencing manis, masalah berdengkur, risiko kanser rahim dan hilang keyakinan diri sehingga menyebabkan kemurungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, soalan popular yang kerap ditanya, adakah mereka yang mempunyai PCOS sememangnya tidak boleh mengandung?<\/p>\n\n\n\n<p>Tenang menjawab soalan itu, ujar pakar terbabit, sebenarnya pesakit dengan PCOS boleh dibantu untuk hamil, sekali gus memiliki cahaya mata sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan pengalaman peribadinya juga, peluang untuk wanita PCOS mengandung tetap ada.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang ada cara-caranya seperti memberi simulasi kepada kilang-kilang telur untuk mengeluarkan telur dan bantuan ubat-ubatan bagi mengurangkan hormon lelaki.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cNamun terdapat satu rawatan semula jadi untuk merawat PCOS iaitu dengan mengurangkan berat badan. Dengan pendekatan itu, ia sekali gus dapat membantu seseorang untuk memperbetulkan masalah kesuburannya,\u201c ujarnya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Pun demikian, terang beliau, terdapat beberapa kes, wanita yang hamil, kemudian akan mengalami keguguran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, dalam kes sebegini, mereka memerlukan intervensi dengan mengambil ubat-ubatan iaitu melibatkan ubat makan sehinggalah suntikan bagi membuka peluang untuk menggalakkan pengeluaran telur,\u201c ungkapnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesan Dr Sai Sudha, sebelum mengambil apa sahaja jenis ubat-ubatan termasuklah ubat bagi membetulkan kitaran haid (ubat perancang), pastikan kaum ibu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni penting kerana ia (ubat) boleh membawa komplikasi tersendiri seperti takungan air di dalam paru-paru dan perut. Oleh sebab itu, pengambilan ubat perlu dipantau dengan rapi,\u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jaga makan, waktu tidur<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pakar Pemakanan dan Pengasas Jomsayheart Nutrition Consultancy, Syaza Lyana Idris turut melontarkan pandangannya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_57275\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/MEDIK-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-57275\" \/><figcaption>Syaza Lyana.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Katanya ketika dihubungi baru-baru ini, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wanita yang menghadapi PCOS sukar menurunkan berat badan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKekangan tersebut adalah berpunca daripada ketidakseimbangan hormon, rintangan insulin dan keradangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya berat badan seorang wanita dapat diturunkan sedikit walau setakat 5 peratus sahaja, ia dapat memperbaiki rintangan insulin, tahap hormon, kitaran haid, kesuburan dan kualiti hidup wanita yang menghidap PCOS,\u201c jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut lapan tip untuk menurunkan berat badan bagi wanita dengan masalah penyakit itu:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Kurangkan pengambilan karbohidrat yang tinggi indeks glisemik (skala melebihi 70). Pengambilan karbohidrat disarankan sebanyak 40 hingga 45 peratus. Dengan mengamalkan diet rendah indeks glisemik, kadar insulin dapat dikurangkan dan seterusnya membantu mengurangkan berat badan. Antara contoh makanan yang boleh dihadam pada kadar sederhana ialah nasi putih, roti putih dan kentang.<\/li><li>Cukupkan pengambilan protein. Makan makanan berprotein (25 peratus) seperti ikan, ayam (tanpa kulit) dan telur. Ia dapat membantu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan rasa kenyang, mengurangkan hormon lapar atau \u2018mengidam\u2018 sesuatu makanan.<\/li><li>Tingkatkan pengambilan lemak baik. Wanita yang mengalami PCOS disaran mengambil lemak sebanyak 30 hingga 35 peratus. Memakan lebih lemak baik dalam diet seperti kekacang, alvokado dan telur dapat membantu menzahirkan rasa puas selepas makan dan berupaya menurunkan berat badan.<\/li><li>Lebihkan serat dalam diet. Diet tinggi serat dapat mengurangkan rintangan insulin dan lemak badan yang berlebihan kerana sifatnya yang membuat seseorang itu rasa kenyang lebih lama. Oleh yang demikian, amalkan pengambilan sayur-sayuran dan buahbuahan segar serta ulam-ulaman dalam set hidangan ketika makan pada setiap hari.<\/li><li>Hadkan pengambilan makanan yang diproses dan gula berlebihan. Makanan yang diproses juga perlu dielakkan seperti nuget, sosej dan sebagainya. Bukan itu sahaja, menu yang mempunyai gula tambahan juga perlu dijauhi kerana ia akan meningkatkan risiko rintangan insulin yang dikaitkan dengan masalah obesiti.<\/li><li>Jangan kurang makan. Makan kalori yang terlalu sedikit pada jangka masa panjang boleh mengurangkan metabolisme badan dan seterusnya akan memudahkan peningkatan berat badan.<\/li><li>Bersenam secara berkala. Melakukan senaman kardio dan aktiviti bebanan berintensiti rendah dan sederhana sebanyak tiga kali seminggu dapat menurunkan lemak badan. Ia juga berpotensi meningkatkan sensitiviti insulin selain mengurangkan hormon stres.<\/li><li>Perlu cukup tidur dan kawal stres. Tidur tidak cukup (kurang daripada enam jam) sering dikaitkan dengan obesiti dan stres. Lebih membimbangkan, kesannya juga akan dilihat pada peningkatan rintangan insulin dan lemak perut.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>\u201cJangan lupa minum air kosong secukupnya iaitu minimum lapan gelas sehari. Segelas susu rendah lemak sahaja boleh diamalkan oleh wanita yang mengalami PCOS. Ingat, diet yang betul dapat menstabilkan hormon dan seterusnya mampu meningkatkan tahap kesuburan,\u201c ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">Terkejut didiagnos penyakit PCOS seawal usia 19 tahun<\/h4>\n\n\n\n<p>NUR SUHAIMA AHMAD (bukan nama sebenar) tidak menyangka senggugut yang dialaminya secara berterusan sejak dibangku sekolah membawa petanda dirinya mengalami masalah sindrom ovari polisistik (PCOS).<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Nur Suhaima, dirinya mengalami pendarahan yang teruk dan berpanjangan setiap kali datang haid hingga menjangkau 15 atau 16 hari lamanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/MEDIK-3-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-57273\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cBimbang dengan keadaan itu, saya beberapa kali membuat pemeriksaan, namun doktor hanya memaklumkan tiada apa yang perlu dirisaukan. Ia mungkin disebabkan oleh masalah hormon tidak stabil sahaja,\u201c ujar pekerja swasta itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian, pada suatu hari, Nur Suhaima mengalami pendarahan yang sangat tidak terkawal sehingga pitam di tempat kerjanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya terus dibawa ke hospital. Namun, tanpa disangka doktor membawa khabar hiba. Pada usia 19 tahun, saya didiagnos dengan PCOS!<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cYa ALLAH, pada masa itu saya rasa dunia sangat gelap sebab memang tidak pernah dengar perkataan PCOS. Selepas membuat pencarian melalui beberapa laman web, barulah saya lebih memahaminya,\u201c imbaunya yang sudah dua tahun berkahwin.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Kepada<em>&nbsp;SinarPlus<\/em>, Nur Suhaima memberitahu, dokto telah memberinya pelbagai jenis ubat untuk penyakit wanita itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebenarnya, ada macam-macam jenis ubat, tetapi satu perkara yang pasti, ubat-ubatan itu telah menaikkan berat badan saya,\u201c katanya sambil memberitahu sudah berkali-kali menukar ubat hormon.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab satu soalan lain, beliau mengakui, ada di antara ahli keluarganya memiliki penyakit PCOS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDoktor juga ada beritahu bahawa pesakit PCOS akan berhadapan masalah sukar untuk mengandung.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cBagaimanapun, saya tetap ikhtiar kerana mak cik saya yang juga pesakit PCOS dalam kategori kronik boleh hamil dan bersalin dengan selamat,\u201c ujarnya optimis.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Sebelum mengakhiri perbualan, Nur Suhaima sempat berkongsi pesanan doktor buat dirinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDoktor ada cakap kepada saya, jaga pemakanan. Paling penting jangan kerap makan makanan berminyak selain selalu bersenam,\u201c katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BAGI&nbsp;kaum Hawa, apabila didiagnosis memiliki penyakit seperti cyst, kanser serviks waima sindrom ovari polisistik (PCOS), ia sudah bikin kegentaran. Tiada lain yang mereka fikirkan selain bimbang tidak dapat melahirkan zuriat sekiranya berkahwin kelak. Bercakap mengenai PCOS, sebenarnya ramai dalam kalangan wanita yang mengalaminya sama ada sedar atau tidak. Jika anda salah seorang penghidap, jangan risau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2782","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2782"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2784,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions\/2784"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}