{"id":2812,"date":"2021-12-25T09:51:27","date_gmt":"2021-12-25T01:51:27","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2812"},"modified":"2021-12-25T09:51:30","modified_gmt":"2021-12-25T01:51:30","slug":"3-sebab-telur-mentah-membahayakan-kesihatan-kita-ini-fakta-yang-kita-perlu-tahu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/25\/3-sebab-telur-mentah-membahayakan-kesihatan-kita-ini-fakta-yang-kita-perlu-tahu\/","title":{"rendered":"3 Sebab Telur Mentah Membahayakan Kesihatan Kita. Ini Fakta Yang Kita Perlu Tahu"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/telur.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong><br>SARAPAN<\/strong>&nbsp;dengan menikmati telur separuh masak memang best.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, ada sesetengah daripada kita yang berani &#8216;menelan&#8217; telur mentah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang berbuat demikian selalunya dalam kalangan atlet atau abang-abang sado termasuk mereka yang sentiasa kekal dan kerap beraktiviti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti telur yang dimasak, telur mentah juga mempunyai rekod pemakanan yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin, mineral, antioksidan dan banyak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, telur mentah juga tinggi&nbsp;<em>lutein<\/em>&nbsp;dan&nbsp;<em>zeaxanthin<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua antioksidan itu penting dalam melindungi mata dan menurunkan risiko penyakit mata yang berkaitan dengan usia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian, menurut&nbsp;<em>healthline.com<\/em>, selain manfaatnya kepada tubuh badan, menikmati telur mentah juga dapat menyebabkan masalah kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/telur-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-55478\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Berikut beberapa impaknya:<\/p>\n\n\n\n<p><strong>i) Mengurangkan penyerapan protein.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Satu kajian kecil mengatakan bahawa memakan telur mentah dapat mengurangkan protein berkualiti dalam bentuk 9 asid amino penting.<\/p>\n\n\n\n<p>Buktinya, kajian itu telah membandingkan penyerapan protein daripada telur masak dengan telur mentah dalam kalangan lima individu.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, 90 peratus protein dalam telur yang dimasak diserap, sementara hanya 50 peratus protein telur mentah yang diserap.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah penurunan penyerapan protein tersebut perlu dipertimbangkan sekiranya telur adalah sumber protein utama.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>ii) Menghalang penyerapan biotin.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Biotin adalah vitamin B7 yang terlibat dalam penghasilan glukosa dan asid lemak dalam badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, nutrien berkenaan juga penting semasa kehamilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Protein telur mentah putih yang mengikat biotin dalam usus kecil sehingga menghalang penyerapannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, kemungkinan kekurangan biotin akibat memakan telur mentah sangat kecil kecuali jika diminum secara berkala setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/telur-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-55477\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><strong>iii) Berpotensi dicemari bakteria.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Telur mentah dan telur rebus mungkin mengandungi salmonella iaitu bakteria yang berbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Makan telur mentah yang dicemari dengan bakteria itu boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala kekejangan perut, cirit-birit, muntah dan demam.<\/p>\n\n\n\n<p>Simptom tersebut biasanya muncul enam jam hingga enam hari setelah dijangkiti jangkitan itu dan boleh berpanjangan selama empat hingga tujuh hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika diamati, sebilangan orang yang mengalami keracunan makanan salmonella cepat sembuh, tetapi terdapat sesetengah individu yang berisiko tinggi mengalami gejala yang lebih teruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka terdiri daripada warga emas, ibu mengandung, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah dan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, bagaimana ingin mencegah daripada bakteria jahat itu?<\/p>\n\n\n\n<p>Lapor&nbsp;<em>Medical News Today<\/em>, cara untuk mengawal atau mencegah&nbsp;<em>Salmonella<\/em>&nbsp;adalah dengan menggunakan kaedah pasteurisasi dan penyinaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasteurisasi melibatkan pemanasan telur dengan air atau udara panas untuk jangka masa yang sangat spesifik.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, telur disyorkan dipanaskan pada suhu sekurang-kurangnya 60 darjah Celcius selama 6.2 minit.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/08\/telur-3.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-55476\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, pasteurisasi pula dapat mengurangkan pencemaran&nbsp;<em>Salmonella<\/em>&nbsp;dengan ketara.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, ia tidak mempengaruhi kualiti pemakanan atau rasa telur.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa-apapun, semua jenis makanan yang dimakan haruslah diambil secara sederhana.<\/p>\n\n\n\n<p>Ingat, setiap yang berlebihan pasti membawa kemudaratan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SARAPAN&nbsp;dengan menikmati telur separuh masak memang best. Namun, ada sesetengah daripada kita yang berani &#8216;menelan&#8217; telur mentah. Mereka yang berbuat demikian selalunya dalam kalangan atlet atau abang-abang sado termasuk mereka yang sentiasa kekal dan kerap beraktiviti. Sama seperti telur yang dimasak, telur mentah juga mempunyai rekod pemakanan yang baik. Antaranya kaya dengan protein, lemak sihat, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2812","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2812","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2812"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2812\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2814,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2812\/revisions\/2814"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2812"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2812"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2812"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}