{"id":2954,"date":"2021-12-25T19:40:53","date_gmt":"2021-12-25T11:40:53","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2954"},"modified":"2021-12-25T19:40:56","modified_gmt":"2021-12-25T11:40:56","slug":"epidural-punca-utama-kaum-ibu-alami-sakit-belakang-ini-penjelasan-pakar-fisioterapi-mengenai-keadaan-itu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/25\/epidural-punca-utama-kaum-ibu-alami-sakit-belakang-ini-penjelasan-pakar-fisioterapi-mengenai-keadaan-itu\/","title":{"rendered":"Epidural Punca Utama Kaum Ibu Alami Sakit Belakang? Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi Mengenai Keadaan Itu"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/back-bone.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>BOLEH<\/strong>&nbsp;dikatakan majoriti wanita yang hamil pasti pernah mengalami sakit belakang terutamanya pada bahagian pinggang dan juga pinggul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masalah itu biasanya akan mengganggu aktiviti harian termasuklah &#8216;meragut&#8217; keselesaan ketika tidur pada waktu malam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut laman web&nbsp;<em>spine-health.com<\/em>, dianggarkan seramai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan wanita akan mengalami sakit belakang apabila hamil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Portal yang sama turut menyatakan,&nbsp;sakit belakang dan ketidakselesaan pelvis biasanya bermula antara bulan kelima hingga ketujuh ketika hamil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebilangan kecil wanita mungkin mengalami kesakitan seawal empat hingga 16 minggu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menghuraikan lebih lanjut mengenai masalah itu,&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>&nbsp;berkongsi pandangan daripada Pakar Fisioterapi Physiomobile, Nurul Farahena Edora Jeffry.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tulisnya di&nbsp;<em>Facebook<\/em>, masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya adakah ia penyebab sebenar dalam kalangan ibu-ibu hamil.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/back-bone-3.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-49865\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Untuk pengetahuan semua para ibu yang dikasihi, proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsungnya memberi kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>&#8220;Contohnya seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang,&#8221; ujar Nurul Farahena.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, katanya lagi, ibu-ibu di luar sana kena tahu bahawa kesan daripada &#8216;pelembutan&#8217; struktur-struktur ligamen itulah yang membuatkan para ibu juga berisiko tinggi untuk mendapat masalah slipped disc.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, ada yang mengatakan epidural penyebab kepada masalah sakit belakang yang berterusan. Apakah ia benar?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kongsinya, epidural adalah salah satu alternatif penahan sakit semasa bersalin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara artis yang telah menggunakannya termasuklah Rozita Che Wan dan Scha Al-Yahya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/back-bone-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-49866\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>&#8220;Sebenarnya, sakit belakang bukanlah penyakit yang jarang terjadi, malah terlalu ramai orang ada masalah sakit belakang.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Tidak kira jantina dan tidak kira ibu hamil tersebut pernah mendapat epidural atau sebaliknya,&#8221; ulasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang pasti, maklum beliau, terima epidural ataupun tidak, wanita mengandung pasti akan mengalami sakit belakang.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>&#8220;Jadi, ia adalah normal. Namun demikian, jika rasa sakit pada belakang dan pinggul terlalu kuat dan masih tidak berkurangan walaupun sudah berehat, seeloknya lakukanlah pemeriksaan dan dapatkanlah rawatan dengan pakar yang bertauliah,&#8221; pesannya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>ANEKDOT<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">CARA-CARA untuk melegakan rasa sakit pada tulang belakang dan pinggul:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>1. Senaman.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lakukan beberapa senaman regangan untuk bahagian belakang, pinggang dan pinggul bagi mengurangkan tekanan pada otot dan tulang belakang, sekali gus membantu dalam memberikan kelegaan bagi masalah yang dialami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>2. Urutan.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ambil masa untuk berehat dan urut pada bahagian yang sakit dan tidak selesa secara lembut dan perlahan-perlahan agar dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada bahagian yang sakit serta mengurangkan rasa tegang pada bahagian otot.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/back-bone-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-49867\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>3. Posisi tidur yang betul.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika tidur dalam keadaan mengiring, letakkan bantal lembut pada kaki dan di sisi bawah perut. Ia berfungsi untuk menyokong tubuh dan memberi keselesaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>4. Tuam.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gunakan pek panas (hot pack) dan tuam pada bahagian yang tidak selesa seperti belakang, pinggang atau pinggul selama 15 minit. Ia membantu memberikan kelegaan dan meningkatkan peredaran darah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>5. Menggunakan&nbsp;<em>maternity belt<\/em>.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Maternity belt<\/em>&nbsp;membantu dalam menyokong tulang belakang dan memberikan postur tubuh yang lebih baik dan mengurangkan rasa sakit pada belakang dan pinggul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>6. Pemakaian kasut yang sesuai.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Elakkan daripada memakai kasut yang bertumit tinggi dan tidak selesa kerana ia akan mengurangkan sokongan terhadap pusat graviti dan mengganggu postur tubuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>7. Rehat secukupnya.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dapatkan rehat yang cukup dan elakkan daripada stres yang melampau, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sumber: ifixphysiotherapy.com.my<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BOLEH&nbsp;dikatakan majoriti wanita yang hamil pasti pernah mengalami sakit belakang terutamanya pada bahagian pinggang dan juga pinggul. Masalah itu biasanya akan mengganggu aktiviti harian termasuklah &#8216;meragut&#8217; keselesaan ketika tidur pada waktu malam. Menurut laman web&nbsp;spine-health.com, dianggarkan seramai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan wanita akan mengalami sakit belakang apabila hamil. Portal yang sama turut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2954","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2954","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2954"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2954\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2956,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2954\/revisions\/2956"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2954"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2954"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2954"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}