{"id":2994,"date":"2021-12-25T19:55:38","date_gmt":"2021-12-25T11:55:38","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=2994"},"modified":"2021-12-25T19:55:41","modified_gmt":"2021-12-25T11:55:41","slug":"kebab-tortilla-sentuhan-istimewa-usahawan-muda-ini-sanggup-keliling-negara-cari-resipi-olah-formula-tersendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/25\/kebab-tortilla-sentuhan-istimewa-usahawan-muda-ini-sanggup-keliling-negara-cari-resipi-olah-formula-tersendiri\/","title":{"rendered":"Kebab Tortilla Sentuhan Istimewa, Usahawan Muda Ini Sanggup Keliling Negara Cari Resipi, Olah Formula Tersendiri"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design578.jpg\" alt=\"kebab\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>SELAIN<\/strong>&nbsp;martabak, kebab antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya kita melancong ke negara-negara bukan Muslim, &nbsp;menu itulah yang menjadi penyelamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Masakan tidak, kelibat peniaga kebab dari negara-negara Arab termasuk Turki yang menjualnya boleh ditemui di merata-rata tempat di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Tinggalkan seketika cerita itu,&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>&nbsp;pada kali ini mengajak pembaca mengenali kebab air tangan orang tempatan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design576.jpg\" alt=\"kebab\" class=\"wp-image-48638\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Kepada penulis, Mohd Zafur Mahamad Supar yang mengusahakan Epul Kebab F&amp;B berkata, beliau dan isterinya, Nurazlin Mahmuddin, 29, cuba menampilkan sedikit kelainan.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk perusahaannya, beliau memperkenalkan kebab pita dan kebab tortilla yang berintikan daging berempah perapan istimewa dan jus kuah yang cukup menyelerakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiasanya kalau makan kebab, kita hanya menikmati daging yang dipanggang atau dibakar sebelum disumbat ke dalam roti, tetapi saya ketengahkan inti yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menggunakan daging yang diperap dengan ramuan rempah-ratus yang saya &#8216;formulakan&#8217; sendiri selepas belajar di banyak tempat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa yang saya buat, kesemua daging akan dicucuk besi akan digril, kemudian barulah disaluti rempah. Ia akan dimasak garing, namun isinya lembut,&#8221; katanya yang gembira idea uniknya itu diterima ramai.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">&#8220;Saya sebenarnya banyak bereksperimen. Selepas dua tahun saya belajar dan makan kebab di seluruh negara, barulah saya dapat mengolah resipi sendiri.&#8221;<\/h3>\n\n\n\n<p>Bekas peniaga pasar malam itu berkata, dek penangan wabak Covid-19, beliau nekad memulakan perniagaan dengan menyewa premis kedai di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor beberapa bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design572.jpg\" alt=\"kebab\" class=\"wp-image-48637\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Pun demikian, disebabkan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, kata Mohd Zafur, pihaknya hanya membuat penghantaran dari rumah ke rumah di kawasan Klang termasuk di beberapa tempat lain jika mendapat permintaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlhamdulillah, saya mempunyai pelanggan tetap dan ada yang buat tempahan setiap hari. Sebab itu, saya berani sewa kedai supaya penyediaan makanan lebih selesa dan sempurna untuk mereka,\u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja kebab pita dan tortilla yang dijual pada harga RM5 hingga RM9 menjadi rebutan, malah roti john di premis itu turut laris dijual.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika pembaca&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>&nbsp;mahu merasai kenikmatan maksimum sajian itu yang mempunyai rasa lain daripada yang lain, cubalah membuat pesanan melalui platform Facebook Epul F&amp;B. Pasti berbaloi!<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design574.jpg\" alt=\"kebab \" width=\"1024\" height=\"500\"><\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Epul Kebab F&amp;B<\/h3>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Alamat: Lot 26528, Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang<\/li><li>Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 7 malam<\/li><li>(Penghantaran bermula pada pukul 1 tengah hari hingga 6 petang)<\/li><li>Harga: RM5 hingga RM7<\/li><li>Facebook: Epul F&amp;B<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Kebab&nbsp;merupakan sajian ringkas yang enak dimakan pada waktu lewat petang atau malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan tempoh Sekatan Pergerakan Penuh, pasar malam tidak dibenarkan beroperasi, manakala kedai makan tidak boleh menerima pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian, masih terdapat ramai peniaga yang melaksanakan khidmat penghantaran terus ke rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika teringin untuk menikmati kebab pelbagai inti istimewa, pembaca&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>&nbsp;boleh mempertimbangkan 4 lokasi yang disenaraikan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design580.jpg\" alt=\"kebab \" width=\"1024\" height=\"500\"><\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Alif Kebab<\/h3>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Alamat: No 83, Jalan Sentosa, Kampung Melayu Batu 16, Rawang, Selangor<\/li><li>Waktu operasi: 11 pagi hingga 8 malam &amp; 2.30 petang hingga 7 malam (penghantaran)<\/li><li>Harga: RM4 hingga RM10<\/li><li>Facebook: Alif Kebab<\/li><\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design579.jpg\" alt=\"kebab \" width=\"1024\" height=\"500\"><\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Kebab Arab Bakar<\/h3>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Kawasan penghantaran: Sekitar Sentul dan Kuala Lumpur<\/li><li>Harga: RM5<\/li><li>Facebook: Mohamad Salehudin<\/li><\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design577.jpg\" alt=\"kebab \" width=\"1024\" height=\"500\"><\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Naziha\u2018s Kebab Station<\/h3>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Alamat: Seksyen 24 dan D\u2018Laman Foodcourt Seksyen 19, Shah Alam, Selangor<\/li><li>Harga: RM5 hingga RM12.50<\/li><li>Facebook: Naziha\u2018s Kebab Station<\/li><\/ul>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/06\/Untitled-design581.jpg\" alt=\"kebab \" width=\"1024\" height=\"500\"><\/h3>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Kebab Bowl<\/h3>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Alamat: Persiaran Setia Alam, Eco Ardence, Shah Alam, Selangor<\/li><li>Waktu operasi: 3 petang hingga 8 malam<\/li><li>Harga: RM7 hingga RM14<\/li><li>Facebook: Kebab Bowl (Ardence Labs)<\/li><\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SELAIN&nbsp;martabak, kebab antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sekiranya kita melancong ke negara-negara bukan Muslim, &nbsp;menu itulah yang menjadi penyelamat. Masakan tidak, kelibat peniaga kebab dari negara-negara Arab termasuk Turki yang menjualnya boleh ditemui di merata-rata tempat di seluruh dunia. Tinggalkan seketika cerita itu,&nbsp;SinarPlus&nbsp;pada kali ini mengajak pembaca mengenali kebab air tangan orang tempatan. Kepada penulis, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2994","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2994","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2994"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2994\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2996,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2994\/revisions\/2996"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2994"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2994"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2994"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}