6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!<\/p>\n\n\n\n
Kita sudah berada di penghujung Ramadan. Beberapa hari sahaja lagi berbaki dan Syawal akan menjelang tiba.<\/p>\n\n\n\n
Walaupun kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), persiapan menyambut hari kemenangan ini tetap harus dibuat. Apatah bagi korang yang sudah berkeluarga, persiapan raya seperti kuih muih tetap perlu ada bagi memeriahkan raya anak kecil yang gigih berpuasa.<\/p>\n\n\n\n
BISKUT TEMBIKAI POTONG<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Bahan-bahan<\/p>\n\n\n\n
250gm mentega (buttercup)
180gm gula halus
300gm tepung gandum (diayak)
150gm tepung jagung (diayak)
5 sudu cornflakes<\/em> (dikisar halus dan diayak)
1 biji kuning telur
pewarna kuning, merah dan hijau
bijan hitam (untuk hiasan)<\/p>\n\n\n\n
Cara penyediaan
1. Masukkan mentega dan gula dan kacau hingga sebati
2. Masukkan kuning telur (kacau lagi hingga sebati)
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes<\/em> (letak sedikit demi sedikit) dan gaul hingga rata
4. Bahagikan doh kepada 2 atau 3 bahagian mengikut warna yang korang nak sama ada warna merah atau kuning dan warna hijau.
5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning..
6. Bentukkan ia seperti bebola kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak tau)
7. Leperkan bebola hijau untuk jadikan kulit luar
8. Masukkan bulat-bulat merah atau kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya
9. Buat sampai siap dulu baru dipotong dengan pisau yang tajam.
10. Bebola yang sudah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu
11. Susun bijan di atas doh yang di potong itu
12. Masukkan dalam cawan kertas
13. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak.
TART TULIP<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Bahan-bahan
250gm mentega\/majerin
30gm gula halus
1 biji kuning telur
300gm tepung gandum
200gm tepung jagung
1\/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna yg di sukai
Jem nenas<\/p>\n\n\n\n
Cara- cara penyediaan<\/p>\n\n\n\n
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk kayu. Selepas itu, masukkan telur, susu dan esen vanila.
2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan ke dalam adunan secara berperingkat sehingga menjadi doh.
3. Rujuk gambar cara-cara nak buat bunga tulip.
4. Panaskan oven sebelum membakar biskut. Bakar pada suhu 170\u00b0 api bawah sahaja. Bakar dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga masak. Suhu adalah bergantung pada oven korang.
GERMAN COOKIES<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Bahan-bahan
350 gram mentega
375 gram tepung kentang\/potato starch
200 gram tepung gandum, diayak
100 gram gula aising, diayak
Secubit garam<\/p>\n\n\n\n
Cara-cara penyediaan
1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati dan masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh sekejap.
3. Bahagikan doh kepada tujuh bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan rona yang disukai.
4. Ambil sedikit adunan kemudian bulat-bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Dengan menggunakan garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga habis.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah Celcius selama 20 minit.
BISKUT 3 BAHAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n
1 cawan majerin ( boleh guna mentega 250g )
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat 1 cawan<\/p>\n\n\n\n
Cara-cara
1. Gaul kan majerin\/mentega dengan susu pekat sehingga sebati dan kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
2. Kemudian ambil sedikit adunan dan tekan menggunakan acuan dalam bentuk bunga
BISKUT SARANG SEMUT<\/strong><\/p>\n\n\n\n
1 buku mentega
3\/4 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
Cawan kertas secukupnya
Chocolate rice<\/em> secukupnya<\/p>\n\n\n\n
Cara:
1. Ayak tepung kastad, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder.
2. Pukul mentega dan gula hingga putih.
3. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga korang mendapat adunan yang sempurna.Sekiranya lembik tambah lagi tepung.
4. Parutkan doh dengan pemarut dan sudukan ke dalam cawan kertas.
5. Taburkan choc rice sebagai hiasan
OREO CRUNCHY COOKIES<\/strong><\/p>\n\n\n\n
Bahan A
200gm mentega
10gm shortening<\/em>
110gm gula kastor
1\/2 sudu kecil esen vanila<\/p>\n\n\n\n
Bahan B
250gm tepung gandum
30gm tepung jagung
30gm cornflakes<\/em> – kisar halus
30gm serbuk badam – disangai
30gm serbuk Oreo
1\/4 sudu teh baking powder<\/em><\/p>\n\n\n\n
Hiasan : Coklat masakan putih (di cairkan) dan serbuk oreo<\/p>\n\n\n\n
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap. Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 25 hingga 30minit hingga masak.
3. Sejukkan dahulu.
4. Cairkan ciklat masakan putih dengan kaedah double boil<\/em> dan isikan ke dalam piping bag<\/em>.
5. Paipkan coklat pula di atasnya dengan coklat masakan putih dan tabur serbuk oreo sebagai hiasan.
6. Sejukkan dahulu atau tunggu hingga coklat set sepenuhnya barulah simpan dalam bekas kedap udara.<\/p>\n\n\n\n
Jangan risau jika korang belum membuat biskut raya. Cubalah resepi yang kami kongsikan ini. Sempat lagi nak buat kuih raya. Selamat mencuba!<\/p>\n\n\n\n
6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap! Kita sudah berada di penghujung Ramadan. Beberapa hari sahaja lagi berbaki dan Syawal akan menjelang tiba. Walaupun kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), persiapan menyambut hari kemenangan ini tetap harus dibuat. Apatah bagi korang yang sudah berkeluarga, persiapan raya seperti kuih muih tetap […]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3040","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3040","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3040"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3040\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3042,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3040\/revisions\/3042"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3040"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3040"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3040"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}