{"id":3112,"date":"2021-12-25T23:01:55","date_gmt":"2021-12-25T15:01:55","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3112"},"modified":"2021-12-25T23:01:57","modified_gmt":"2021-12-25T15:01:57","slug":"ramai-cuak-bila-muncul-benjolan-keras-seperti-guli-pada-pergelangan-tangan-bahaya-ke-tidak-sebenarnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/25\/ramai-cuak-bila-muncul-benjolan-keras-seperti-guli-pada-pergelangan-tangan-bahaya-ke-tidak-sebenarnya\/","title":{"rendered":"Ramai Cuak Bila Muncul Benjolan Keras Seperti Guli Pada Pergelangan Tangan. Bahaya Ke Tidak Sebenarnya?"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/04\/benjolan.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>APABILA<\/strong>&nbsp;kita membengkokkan pergelangan tangan dan tiba-tiba kelihatan benjolan keras seperti guli, pasti kita akan cuak, bukan?<\/p>\n\n\n\n<p>Benjolan itu sebenarnya dipanggil ganglion cyst. Adakah ia berbahaya atau sebaliknya?<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab persoalan itu, Pakar Ortopedik Hospital Kemaman, Terengganu, Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed mempunyai penjelasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, ganglion cyst pada pergelangan tangan biasanya boleh menekan saraf yang berhampiran menyebabkan tangan seseorang berasa kebas.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/04\/benjolan-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41826\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, jelas beliau, ia tidak membahaya apatah lagi berisiko berubah menjadi kanser.<\/p>\n\n\n\n<p>Memperincikan lebih lanjut, pakar itu berkata, ganglion cyst adalah ketumbuhan tisu yang paling kerap terjadi pada sendi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c70 peratus daripada ganglion terjadi pada bahagian belakang (dorsum) pergelangan tangan iaitu muncul daripada sendi scapholunate.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelebihnya pula berlaku pada bahagian permukaan depan (volar) daripada sendi radiocarpal dan scaphotrapezial.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>&#8220;Adakalanya ia terlalu kecil sehinggakan cuma boleh dilihat apabila pesakit membengkokkan pergelangan tangan,\u201d beritahu beliau menerusi video dimuat naik menerusi YouTubenya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/04\/benjolan-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41827\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Beritahunya, kandungan benjolan tersebut adalah campuran cecair sendi iaitu&nbsp;<em>glucosamine, albumin, globulin&nbsp;<\/em>dan<em>&nbsp;hyaluronic acid.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai simptomnya pula, ujar Dr Mahyuddin, kesan tekanan atau pressure effect akan mengakibatkan sebahagian pesakit akan mengadu akan ketidakselesaan akibat kehadiran ganglion itu apabila mereka hendak melakukan aktiviti menggunakan tangan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/04\/benjolan-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41824\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><br>Kenapa ia terjadi? Ujar Dr Mahyuddin, ganglion terbentuk akibat kelemahan pada lapisan tisu yang melapisi sendi sehingga cecair synovial menolaknya keluar dan membentuk benjolan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerdapat dua teori iaitu Teori Trauma dan Teori Keradangan yang cuba menjelaskan kenapa kelemahan tisu ini berlaku namun jawapan sebenarnya masih kekal misteri,\u201d kongsi beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa-apapun nasihat Dr Mahyuddin, pesakit perlu segera berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang benjolan atau terdapat kesan bengkak pada mana-mana anggota badan.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cSelain daripada ganglion, kebengkakan atau benjolan boleh disebabkan oleh ketumbuhan lain seperti lipoma (ketumbuhan sel lemak), sebaceous cyst (benjolan kelenjar peluh) ataupun abscess (nanah),\u201d katanya.<\/p><\/blockquote>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>APABILA&nbsp;kita membengkokkan pergelangan tangan dan tiba-tiba kelihatan benjolan keras seperti guli, pasti kita akan cuak, bukan? Benjolan itu sebenarnya dipanggil ganglion cyst. Adakah ia berbahaya atau sebaliknya? Menjawab persoalan itu, Pakar Ortopedik Hospital Kemaman, Terengganu, Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed mempunyai penjelasan. Ujarnya, ganglion cyst pada pergelangan tangan biasanya boleh menekan saraf yang berhampiran menyebabkan tangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3112","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3112","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3112"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3112\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3116,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3112\/revisions\/3116"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3112"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3112"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3112"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}