{"id":3126,"date":"2021-12-25T23:05:59","date_gmt":"2021-12-25T15:05:59","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3126"},"modified":"2021-12-25T23:06:02","modified_gmt":"2021-12-25T15:06:02","slug":"apabila-si-kecil-mengadu-sakit-gigi-ini-perkara-yang-ibu-bapa-dilarang-buat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/25\/apabila-si-kecil-mengadu-sakit-gigi-ini-perkara-yang-ibu-bapa-dilarang-buat\/","title":{"rendered":"Apabila Si Kecil Mengadu Sakit Gigi, Ini Perkara Yang Ibu Bapa Dilarang Buat"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/gigi-4.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>LAZIMNYA<\/strong>, ibu bapa sangat susah hati apabila anak kecil mengadu sakit gigi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana kesakitan itu menyebabkan mereka tidak mahu makan dan asyik merengek sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenainya, seorang pakar pergigian, Dr Azila Mohd Kasim berkata, ibu bapa jangan sesekali memecahkan sendiri bahagian gusi yang terdapat warna keunguan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_41643\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/gigi-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41643\" \/><figcaption><strong>Dr Azila.<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Biasanya bahagian itu apabila disentuh akan terasa lembut.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi itu dipanggil&nbsp;<em>eruption cyst<\/em>&nbsp;atau&nbsp;<em>eruption hematoma<\/em>, kata pakar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIbu bapa tidak boleh mengambil tindakan sedemikian kerana ia akan menyakitkan gigi si kecil dan lebih parah akan menyebabkan jangkitan.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cEruption cyst atau eruption hematoma ini adalah pembengkakan kebiruan yang terjadi pada tisu lembut pada atas gigi yang akan tumbuh dan biasanya dijumpai pada kanak-kanak.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>\u201cCecair di dalam cyst kadangkala jernih sehingga menghasilkan cyst berwarna pucat walaupun selalunya berwarna biru,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang menyebabkan&nbsp;<em>eruption cyst<\/em>?<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab kepada persoalan itu, Dr Azila memberitahu, menurut\u00a0<em>American Academy of Pediatric Dentistry<\/em>\u00a0(AAPD),\u00a0<em>eruption cyst<\/em>\u00a0terbentuk daripada pemisahan folikel gigi daripada korona gigi yang sedang tumbuh yang kemudian diisi dengan cecair.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila cairan ini adalah darah (berpunca dari trauma terhadap cyst) ia disebut&nbsp;<em>eruption hematoma<\/em>,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian,&nbsp;<em>eruption cyst<\/em>&nbsp;tidak berbahaya dan kebiasaannya tidak memerlukan rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa muncul dalam tempoh empat hari sebelum gigi tumbuh dan tiga hari sebaik sahaja gigi tumbuh,\u201d ujar pakar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes,&nbsp;<em>eruption cyst<\/em>&nbsp;akan hilang dalam beberapa hari atau minggu sebaik sahaja gigi tumbuh di atas gusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ujar Dr Azila, jika gigi tumbuh dengan perlahan atau&nbsp;<em>impacted<\/em>,&nbsp;<em>eruption cyst<\/em>&nbsp;boleh bertahan hingga empat bulan lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kes lain pula, sekiranya sakit berpanjangan dan sangat mengganggu penampilan, pastinya rawatan selanjutnya perlu diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerkisar mengenai rawatan kepada kondisi itu, ulektomi adalah pilihan terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProsedur berkenaan dilakukan di bawah bius setempat (anestesia setempat), memotong bahagian gusi tersebut untuk mendedahkan dan memberi laluan kepada gigi kekal untuk tumbuh,\u201d terang beliau lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh yang demikian, jika anak anda hilang selera makan dan tidak mahu menyusu, sebaiknya ibu bapa memberi minuman susu dengan cara menghirup air atau meletakkan susu pada makanan bayi yang telah dihaluskan (puree).<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LAZIMNYA, ibu bapa sangat susah hati apabila anak kecil mengadu sakit gigi. Ini kerana kesakitan itu menyebabkan mereka tidak mahu makan dan asyik merengek sahaja. Mengulas mengenainya, seorang pakar pergigian, Dr Azila Mohd Kasim berkata, ibu bapa jangan sesekali memecahkan sendiri bahagian gusi yang terdapat warna keunguan. Biasanya bahagian itu apabila disentuh akan terasa lembut. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3126","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3126","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3126"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3126\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3128,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3126\/revisions\/3128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3126"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3126"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3126"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}