{"id":3130,"date":"2021-12-25T23:24:07","date_gmt":"2021-12-25T15:24:07","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3130"},"modified":"2021-12-25T23:24:10","modified_gmt":"2021-12-25T15:24:10","slug":"jangan-goncang-susu-beku-yang-telah-dicairkan-sebelum-diberikan-kepada-bayi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/25\/jangan-goncang-susu-beku-yang-telah-dicairkan-sebelum-diberikan-kepada-bayi\/","title":{"rendered":"Jangan Goncang Susu Beku Yang Telah Dicairkan Sebelum Diberikan Kepada Bayi"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/susu-4.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PASTINYA<\/strong>, persediaan untuk menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang menggembirakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi, penting untuk ibu memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kongsi portal&nbsp;<em>MyHEALTH.com<\/em>, untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, mereka digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya hingga bayi berumur enam bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cPemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu,\u201d tulisnya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/susu-3-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41600\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pun demikian, masih ramai ibu yang ingin mengetahui kaedah terbaik untuk memberi susu perahan kepada si manja masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prihatin dengan keadaan itu, Doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak ada tipnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Pertama sekali, ibu-ibu yang mengamalkan pemberian susu perahan, apabila membuka peti sejuk rujuk tarikh yang terpapar pada botol terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cSebenarnya, yang mana satu disimpan dahulu, botol itulah yang perlu dicairkan dahulu dengan mengalihkan susu beku dari peti sejuk ke bahagian bawah (fridge) lalu dibiarkan semalaman,\u201d ujar beliau.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/susu-2-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41602\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><br>Selain itu, kata Dr Izzat, cara lainnya adalah mengalirkan air paip di bahagian atas bekas mengandungi susu beku itu.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cBila agak-agak sudah cair sedikit, boleh alirkan air suam untuk cairkan keseluruhan susu itu atau tatacara mudahnya, rendam terus bekas berisi susu beku dalam mangkuk berisi air suam,\u201d beritahu beliau.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun demikian, pesannya, jangan sesekali goncang (dengan bersungguh-sungguh) susu yang sudah cair itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebaliknya, hanya pusing bekas tersebut secara aturan melawan jam dan mengikut jam secara perlahan-lahan sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/susu-1-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-41601\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pun demikian, tegas Dr Izzat juga, jangan cairkan susu pada suhu bilik dan tidak boleh panaskan susu beku di atas dapur atau menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana boleh menjejaskan kualitinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian, penting untuk diingatkan kepada para ibu, pastikan susu yang dicairkan diberi kepada bayi dihabiskan dan jangan sesekali simpan atau bekukan semula tau!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua ibu-ibu di luar sana.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PASTINYA, persediaan untuk menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang menggembirakan. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi, penting untuk ibu memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kongsi portal&nbsp;MyHEALTH.com, untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, mereka digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya hingga bayi berumur enam bulan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3130","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3130","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3130"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3130\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3132,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3130\/revisions\/3132"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3130"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3130"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3130"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}