{"id":3160,"date":"2021-12-25T23:59:35","date_gmt":"2021-12-25T15:59:35","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3160"},"modified":"2021-12-25T23:59:38","modified_gmt":"2021-12-25T15:59:38","slug":"tidak-fokus-kurang-sabar-antara-simptom-adhd-pada-kanak-kanak-ibu-bapa-kena-peka-ciri-ciri-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/25\/tidak-fokus-kurang-sabar-antara-simptom-adhd-pada-kanak-kanak-ibu-bapa-kena-peka-ciri-ciri-ini\/","title":{"rendered":"Tidak Fokus, Kurang Sabar Antara Simptom ADHD Pada Kanak-Kanak. Ibu Bapa Kena Peka Ciri-Ciri Ini"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/ADHD-3.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PERASAN<\/strong>&nbsp;atau tidak, ada di antara kita yang suka mengganggu perbualan atau kerap memotong percakapan apabila sedang bersembang?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ya! Itu adalah salah satu ciri-ciri mereka yang mengalami masalah sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau&nbsp;<em>attention deficit hyperactive disorder<\/em>&nbsp;(ADHD) .<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun demikian, jangan sesekali memberi kecaman kepada kelompok berkenaan kerana kadangkala ada di antara mereka yang tidak tahu mempunyai ADHD sehinggalah menjengah usia dewasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Public Health Malaysia<\/em>&nbsp;menerusi entri Facebooknya berkata, ADHD adalah salah satu masalah sikap yang disebabkan oleh perkembangan neuro atau otak yang tidak normal.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Jom kenali ADHD \u263a\ufe0f.<\/p><p>Posted by&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/publichealthmalaysia\/\">Public Health Malaysia<\/a>&nbsp;on&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/publichealthmalaysia\/posts\/2889466884676498\">Thursday, March 18, 2021<\/a><\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dikatakan hampir 4.3 peratus pesakit yang menghidap penyakit itu di Malaysia yang mana lazimnya terjadi kepada mereka yang berusia lima ke 15 tahun.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/ADHD-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40694\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, terdapat tiga jenis keadaan ADHD iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif (menurut kata hati).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Barkley, pada tahun 1990, ADHD merupakan salah satu kecelaruan pemikiran yang paling umum dalam kalangan si kecil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lahey pada tahun 1997 pula menyifatkan ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cGangguan hiperaktif dan kurang tumpuan berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah rendah.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cGejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya,\u201d beritahu Lahey.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Berikut perincian tiga ciri-ciri utama seseorang mempunyai masalah ADHD:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>i) Hiperaktif.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Apabila duduk sering menggeliat dan gelisah.<\/li><li>Kerap bangun untuk berjalan dan berlari.<\/li><li>Lari dan memanjat pada keadaan yang tidak sesuai.<\/li><li>Terdapat masalah jika melakukan kerja dalam keadaan senyap.<\/li><li>Banyak bercakap.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/ADHD.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40696\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>ii) Tidak fokus.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Sukar fokus di dalam kelas atau semasa waktu bekerja.<\/li><li>Selalu menunda kerja, tidak siap kerja dan menukar-nukar kerja yang tidak siap.<\/li><li>Tidak teratur.<\/li><li>Kerap terlupa (mesyuarat, janji temu dan tertinggal barang.<\/li><li>Senang terganggu dengan bunyi yang mana orang lain tidak mempedulikannya.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>iii) Impulsif.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Tidak sabar.<\/li><li>Sukar menahan daripada mula bercakap dan memberi reaksi.<\/li><li>Sukar ikut giliran.<\/li><li>Selalu memotong percakapan atau pertanyaan orang lain.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pun demikian, pengetahuan ADHD dalam kalangan rakyat Malaysia sangat rendah.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/ADHD-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40695\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian, buat ibu bapa di luar sana yang melihat simptom-simptom awal pada anak anda, bawalah mereka berjumpa doktor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pastinya, dengan pengesanan awal, rawatan boleh dimulakan lebih cepat dan proses untuk ibu bapa mengenali anak masing-masing juga lebih mudah dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERASAN&nbsp;atau tidak, ada di antara kita yang suka mengganggu perbualan atau kerap memotong percakapan apabila sedang bersembang? Ya! Itu adalah salah satu ciri-ciri mereka yang mengalami masalah sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau&nbsp;attention deficit hyperactive disorder&nbsp;(ADHD) . Namun demikian, jangan sesekali memberi kecaman kepada kelompok berkenaan kerana kadangkala ada di antara mereka yang tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3160","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3160","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3160"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3160\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3162,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3160\/revisions\/3162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3160"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3160"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3160"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}