{"id":3230,"date":"2021-12-26T00:40:18","date_gmt":"2021-12-25T16:40:18","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3230"},"modified":"2021-12-26T00:40:21","modified_gmt":"2021-12-25T16:40:21","slug":"4-jenis-makanan-yang-perlu-dihindarkan-jika-alami-masalah-sakit-sendi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/4-jenis-makanan-yang-perlu-dihindarkan-jika-alami-masalah-sakit-sendi\/","title":{"rendered":"4 Jenis Makanan Yang Perlu Dihindarkan Jika Alami Masalah Sakit Sendi"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/sendi-1.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>PADA<\/strong>&nbsp;masa ini, terdapat banyak pecahan penyakit yang sering dikaitkan dengan sendi.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik informasi menerusi laman web kesihatan antarabangsa,&nbsp;<em>medicalnewstoday.com<\/em>&nbsp;dan&nbsp;<em>healthline.com<\/em>, artritis dan osteoartritis adalah antara penyakit yang berkaitan dengan keradangan kronik pada sendi seseorang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kira-kira 40 peratus lelaki dan 47 peratus wanita didiagnosis menderita osteoartritis sepanjang hayat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut? Berdasarkan penyelidikan ilmiah, &#8216;campur tangan&#8217; diet seperti berpantang makanan dan minuman tertentu dapat mengurangkan gejala sakit sendi.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut antara makanan yang perlu dijauhi untuk kesihatan sendiri seperti yang dikongsikan dalam&nbsp;<em>Telegram @PetuaDankesihatan<\/em>:<\/p>\n\n\n\n<p><strong>i) Makanan bergoreng dan makanan diproses perlu dikurangkan.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Para penyelidik dari&nbsp;<em>Mount Sinai School of Medicine<\/em>&nbsp;telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan analisis menunjukkan, sekiranya seseorang kurang mengambil makanan bergoreng dan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk beku, ia boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/sendi-4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39679\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><strong>ii) Turunkan paras toksin AGE.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><em>Advanced Glycation End Product<\/em>&nbsp;(AGE) merupakan sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.<\/p>\n\n\n\n<p>AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE dengan menggunakan\u00a0<em>cytokines<\/em>\u00a0iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia bergantung pada bahagian mana terbentuknya AGE.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>iii) Kawal pengambilan gula, karbohidrat tinggi.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE.<\/p>\n\n\n\n<p>Peningkatan toksin AGE akan mencetuskan keradangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/sendi-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39677\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>iv) Kadar pengambilan produk tenusu perlu dikawal.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut&nbsp;<em>Physicians Committee for Responsible Medicine<\/em>, protein berkenaan boleh menyebabkan sesetengah individu berasa rengsa pada tisu di sekeliling sendi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara itu dengan mengelak daripada mengambil produk tenusu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/sendi-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39678\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Pun demikian, menghadkan beberapa jenis makanan dapat memberi manfaat kepada kepada masalah sendi dan sekali gus membantu mengurangkan tahap keradangan di dalam badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara manfaat lainnya adalah ia turut sama membantu mengawal berat badan anda!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PADA&nbsp;masa ini, terdapat banyak pecahan penyakit yang sering dikaitkan dengan sendi. Memetik informasi menerusi laman web kesihatan antarabangsa,&nbsp;medicalnewstoday.com&nbsp;dan&nbsp;healthline.com, artritis dan osteoartritis adalah antara penyakit yang berkaitan dengan keradangan kronik pada sendi seseorang. Kira-kira 40 peratus lelaki dan 47 peratus wanita didiagnosis menderita osteoartritis sepanjang hayat mereka. Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut? Berdasarkan penyelidikan ilmiah, &#8216;campur [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3230","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3230","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3230"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3230\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3232,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3230\/revisions\/3232"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3230"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3230"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3230"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}