{"id":3238,"date":"2021-12-26T00:42:34","date_gmt":"2021-12-25T16:42:34","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3238"},"modified":"2021-12-26T00:42:38","modified_gmt":"2021-12-25T16:42:38","slug":"kulit-kering-sensitif-punca-kulit-kepala-dipenuhi-kelemumur-ini-rawatan-yang-disyorkan-pakar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/kulit-kering-sensitif-punca-kulit-kepala-dipenuhi-kelemumur-ini-rawatan-yang-disyorkan-pakar\/","title":{"rendered":"Kulit Kering, Sensitif Punca Kulit Kepala Dipenuhi Kelemumur. Ini Rawatan Yang Disyorkan Pakar"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/kelemumur.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>RAMAI<\/strong>&nbsp;di antara kita yang mempunyai masalah kelemumur yang boleh mengganggu aktiviti seharian gara-gara kegatalan yang berlaku pada kulit kepala.<\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi ia sering menghantui para wanita yang berhijab sehingga terpaksa menggaru-garu meskipun berada di khalayak ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya, banyak iklan syampu yang dipaparkan sama ada di media sosial atau media elektronik, namun ia mungkin hanya berkesan untuk sebilangan orang sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai situasi berkenaan,&nbsp;<em>SinarPlus<\/em>&nbsp;berkongsi pandangan seorang pegawai perubatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Dr Iskandar Mirza.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi ciapan<em>&nbsp;Twitternya @DIskandarmirza<\/em>, tulisnya, masalah kelemumur berlaku apabila kulit pada badan atau kepala menjadi keruping.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/kelemumur-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39521\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cIa tidak berjangkit atau merupakan sakit yang serius.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Namun, ia boleh mengurangkan tahap keyakinan diri seseorang apabila berjumpa kenalan di luar,\u201d beritahu Dr<br>Iskandar Mirza.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, kelemumur yang sedikit boleh diatasi dengan menggunakan syampu setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/kelemumur-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39519\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cJika ia tidak berkesan, orang ramai boleh mencuba syampu yang mengandungi ubat.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cWalaupun jika dalam suatu masa kelemumur itu sudah hilang, ia juga mempunyai kemungkinan untuk datang semula,\u201d terangnya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Kata pakar itu lagi, antara simptom biasa yang boleh dilihat adalah keruping pada kulit badan dan kepala, kulit kepala gatal serta bersisik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, ada simptom tersebut menjadi lebih teruk semasa seseorang itu berhadapan tekanan (stres) dan ketika musim sejuk dan kering,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Berikut adalah antara penyebab kelemumur:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>i) Kulit sensitif dan berminyak.<\/p>\n\n\n\n<p>ii) Tidak menggunakan syampu dengan kerap.<\/p>\n\n\n\n<p>iii) Terdapat jangkitan kulat pada kulit kepala.<\/p>\n\n\n\n<p>iv) Kulit yang kering.<\/p>\n\n\n\n<p>v) Kulit sensitif terhadap produk.<\/p>\n\n\n\n<p>v) Sakit kulit kronik seperti psoriasis dan ekzema.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, Dr Iskandar Mirza menyarankan agar sesiapa yang mempunyai masalah kelemumur boleh mencuba beberapa rawatan seperti menggunakan&nbsp;<em>pyrithione zinc shampoo<\/em>&nbsp;seperti&nbsp;<em>Head and Shoulders<\/em>&nbsp;atau&nbsp;<em>DermaZinc<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/kelemumur-4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39520\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, mereka juga boleh mencuba mengaplikasikan<em>&nbsp;tar-based shampoo<\/em>&nbsp;iaitu Neutrogena T\/Gel yang mana boleh memperlahankan kematian sel-sel kulit pada kepala daripada menjadi keruping.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cSyampu yang mempunyai salicylic acid (Neutrogena T\/sal, Baker\u2019s P&amp;S) juga membantu membuang sisik kelemumur,\u201d tambah beliau.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Namun demikian, jika ia masih tidak berkesan, cubalah syampu yang mempunyai selenium sulphide dan ketoconazole kerana ia mempunyai unsur antikulat dan dapat membunuh kulat pada kulit kepala.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk memilih jenis rawatan termasuklah syampu yang bersesuaian, segeralah berjumpa dengan pakar kulit.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cInsya-ALLAH, mereka dapat membantu anda,\u201d katanya.<\/p><\/blockquote>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RAMAI&nbsp;di antara kita yang mempunyai masalah kelemumur yang boleh mengganggu aktiviti seharian gara-gara kegatalan yang berlaku pada kulit kepala. Apatah lagi ia sering menghantui para wanita yang berhijab sehingga terpaksa menggaru-garu meskipun berada di khalayak ramai. Pastinya, banyak iklan syampu yang dipaparkan sama ada di media sosial atau media elektronik, namun ia mungkin hanya berkesan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3238","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3238","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3238"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3238\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3240,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3238\/revisions\/3240"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3238"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3238"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3238"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}