{"id":3246,"date":"2021-12-26T00:44:45","date_gmt":"2021-12-25T16:44:45","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3246"},"modified":"2021-12-26T00:44:48","modified_gmt":"2021-12-25T16:44:48","slug":"jangan-abaikan-rungutan-anak-jika-mereka-mengadu-gatal-pada-bahagian-dubur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/jangan-abaikan-rungutan-anak-jika-mereka-mengadu-gatal-pada-bahagian-dubur\/","title":{"rendered":"Jangan Abaikan Rungutan Anak Jika Mereka Mengadu Gatal Pada Bahagian Dubur"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/cry.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>KEGATALAN<\/strong>&nbsp;pada bahagian dubur kanak-kanak sememangnya tidak boleh diambil mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia diakui oleh seorang pegawai perubatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari. Ini kerana katanya, sudah banyak kes direkodkan angkara ibu bapa hanya buat tidak tahu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada awalnya, kanak-kanak itu hanya mengadu gatal pada bahagian dubur sahaja.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cNamun, disebabkan tiada sesiapa yang mengambil endah, lama-kelamaan simptom itu menjadi teruk,\u201d katanya melalui entri Twitter beliau @drluqman.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Jadi, ibu bapa perlu tahu, ada juga anak-anak kecil yang menunjukkan perubahan secara tiba-tiba seperti asyik mengamuk, ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/cry-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39426\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cRupa-rupanya apabila diperiksa, anak itu sedang mengalami jangkitan cacing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa mungkin kedengaran seperti okey lagi tetapi lebih menyayat hati apabila ada kes yang perlu dikejarkan ke unit kecemasan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi mengenai detik cemas itu, kata beliau, jika diikutkan melalui maklumat yang diperoleh daripada doktor yang merawat anak kecil itu, pada awalnya beliau hanya mengadu demam dan susah untuk membuang untuk air besar sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih parah, selepas beberapa hari, keadaannya merosot teruk.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cTubuhnya menjadi lemah dan jantung berdegup laju sehinggakan anak kecil itu sukar untuk bernafas dan memerlukan bantuan oksigen,\u201d beritahu beliau.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Sejurus itu, kanak-kanak berkenaan termuntah beberapa kali hingga terkeluar tiga hingga empat ekor cacing yang sangat panjang saiznya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa itu, doktor telah menjangkakan terdapat banyak cacing yang membiak di dalam perutnya sehingga perutnya sangat kembung,\u201d ungkapnya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/cry-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39427\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu, beritahu Dr Ahmad Luqman, ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak kecil terutamanya jika mereka mengadu rasa yang tidak selesa pada bahagian dubur.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cAnak kecil yang alami kecacingan ini kadangkala kita boleh nampak beliau akan cepat penat, hilang selera makan, perut kembung, gatal-gatal pada bahagian anus dan berat badan sukar naik,\u201d kongsinya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Ibu bapa juga perlu tahu bahawa penyakit berkenaan sangat kerap berlaku pada anak-anak kecil kerana mereka yang tidak selalu mencuci tangan dengan bersih sebelum menyuap makanan atau sering tidak memakai kasut semasa bermain pasir atau tanah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Dr Ahmad Luqman lagi, pada masa sama, bayi juga tidak terlepas dengan masalah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa kerana kecacingan mudah menjangkiti mereka kerana suka memasukkan jari ke dalam mulut selepas bermain dengan sesuatu.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/cry-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39428\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, tolong ajar anak kecil mengenai penjagaan kebersihan dan bawalah mereka untuk dapatkan ubat cacing sekurang-kurangnya sekali seumur hidup,\u201d pesan Dr Ahmad Luqman.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, nasihat SinarPlus kepada ibu bapa di luar sana, jangan sesekali mengambil mudah jika anak kecil mengadu tidak selesa dan gatal-gatal pada bahagian dubur mereka kerana itulah petanda anak anda sedang mengalami kecacingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga perkongsian tersebut memberi manfaat kepada semua.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEGATALAN&nbsp;pada bahagian dubur kanak-kanak sememangnya tidak boleh diambil mudah. Ia diakui oleh seorang pegawai perubatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari. Ini kerana katanya, sudah banyak kes direkodkan angkara ibu bapa hanya buat tidak tahu sahaja. \u201cPada awalnya, kanak-kanak itu hanya mengadu gatal pada bahagian dubur sahaja. \u201cNamun, disebabkan tiada sesiapa yang mengambil endah, lama-kelamaan simptom itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3246","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3246","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3246"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3246\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3248,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3246\/revisions\/3248"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}