{"id":3250,"date":"2021-12-26T00:45:51","date_gmt":"2021-12-25T16:45:51","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3250"},"modified":"2021-12-26T00:45:54","modified_gmt":"2021-12-25T16:45:54","slug":"penggoreng-udara-dikatakan-boleh-sebabkan-kanser-ini-penjelasan-pakar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/penggoreng-udara-dikatakan-boleh-sebabkan-kanser-ini-penjelasan-pakar\/","title":{"rendered":"Penggoreng Udara Dikatakan Boleh Sebabkan Kanser? Ini Penjelasan Pakar"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/air-fryer.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>BARU-BARU<\/strong>&nbsp;ini tular di media sosial mengenai satu kenyataan menyatakan alatan memasak iaitu&nbsp;<em>air fyer<\/em>&nbsp;atau penggoreng udara dapat menyebabkan kanser.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjelaskan situasi itu, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Mohd Rushdan Md Noor berkata, sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan penggunaan&nbsp;<em>air fryer<\/em>&nbsp;boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSememangnya semua perkara di dunia ini ada baik dan buruknya. Jika kebaikan lebih banyak daripada keburukan, maka baiklah perkara tersebut,\u201d tulis pakar itu melalui Facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlu diketahui bahawa proses kejadian kanser bukan mudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beritahu Dr Mohd Rushdan, banyak faktor yang terlibat dan prosesnya sangat kompleks.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSyukur kepada Tuhan yang mencipta sistem badan manusia yang sangat cekap memulih dan memelihara sel-sel secara semula jadi walaupun sepanjang masa terdedah kepada penyebab kanser di udara, daratan dan makanan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pun demikian, ungkap beliau, di samping faktor semula jadi, gaya hidup dan makanan yang diambil oleh manusia boleh bertindak sebagai penawar ataupun pelindung kepada serangan agen penyebab kanser.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201c<em>Air fryer<\/em>&nbsp;ada kebaikannya seperti boleh mengurangkan pengambilan minyak dan kalori di dalam makanan.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cKeburukannya adalah jika makanan berkanji dan berasaskan tumbuhan (kentang, roti, bijirin, kopi, buah kering dan lain-lain) dipanaskan pada suhu lebih daripada 120 darjah Celsius dalam masa yang panjang boleh menghasilkan satu bahan dikenali sebagai acrylamide,\u201d jelas Dr Rushdan.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun,<em>&nbsp;acrylamide<\/em>&nbsp;tidak semestinya dihasilkan oleh alatan memasak&nbsp;<em>air fryer<\/em>&nbsp;sahaja, sebaliknya apa sahaja kaedah pemanasan boleh menghasilkannya termasuklah dapur arang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas beliau lagi, sebenarnya, banyak lagi bahan makanan yang mengandungi\u00a0<em>acrylamide<\/em>\u00a0seperti jus prun, minyak zaitun hitam, buah prun kering, buah pear kering dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/air-fryer-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39265\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia juga ditemui di dalam asap rokok dan digunakan di dalam industri membuat kertas, fabrik, pemekat dan pewarna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalannya benarkan&nbsp;<em>acrylamide<\/em>&nbsp;boleh menyebabkan kanser? Jawab Dr Rushdan:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJawapannya ya jika diberikan dalam dos tinggi kepada tikus.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cAda dua kata kunci iaitu dos yang tinggi dan tikus. Itupun melalui kajian makmal dan melibatkan dua hingga tiga jenis kanser sahaja (daripada lebih 150 jenis kanser),\u201d beritahu pakar itu.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, setakat ini belum ada kajian ke atas manusia yang mengesahkan kebenaran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemakan ke atas banyak kajian atau case control dan epidemiologi belum lagi menemui bukti kukuh bahawa&nbsp;<em>acrylamide<\/em>&nbsp;boleh menyebabkan kanser ke atas manusia,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, kajian terhadap pekerja-pekerja industri makanan yang terdedah kepada&nbsp;<em>acrylamide<\/em>&nbsp;(dua kali lebih tinggi daripada tahap biasa) mendapati tidak ada kaitan antara bahan berkenaan dengan kanser.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenyataan di atas diakui oleh semua pertubuhan kanser termasuk Pertubuhan Kanser Amerika dan National Cancer Institute.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMungkin metabolisme<em>&nbsp;acrylamid<\/em>e di dalam tikus berbeza dengan manusia.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cTambahan pula kuantiti acrylamide yang dihasilkan melalui kaedah pemanasan makanan termasuk dengan menggunakan air fryer jauh lebih rendah daripada yang diberikan kepada tikus di dalam kajian makmal (ekstrak acrylamide yang ditulenkan). Acrylamide juga dikaitkan dengan masalah saraf tetapi kesan ini hanya boleh berlaku jika kuantiti yang diambil lebih daripada 500 kali lebih tinggi daripada purata pengambilan,\u201d terang Dr Rushdan panjang lebar.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, orang ramai tidak perlu risau menggunakan&nbsp;<em>air fryer<\/em>&nbsp;untuk memasak dengan syarat menggunakannya dengan betul dan bersederhana dalam semua segi.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/03\/air-fryer-1-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39266\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cIngat, jangan hari-hari makan kentang goreng (kalau tanpa&nbsp;<em>air fryer<\/em>&nbsp;pun tidak elok ambil kentang goreng banyak-banyak), elak garam berlebihan, memasak jangan sampai terlalu garing (perang kehitaman), jangan makan dalam kuantiti yang banyak dan pastikan makanan mempunyai nutrien yang cukup dan seimbang,\u201d pesan Dr Rushdan.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Air fryer<\/em>&nbsp;boleh digunakan untuk memasak banyak makanan lain yang tidak berkanji ataupun kurang kandungan kanjinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain amalan hidup sihat, tidak merokok, tidak minum alkohol, tidak mengalami kegemukan, mengambil banyak sayuran atau buah-buahan, bersenam dan lakukan ujian saringan, maka anda akan dapat menurunkan risiko menghidap kanser walaupun menggunakan&nbsp;<em>air fryer<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan amalan itu,<em>&nbsp;air fryer<\/em>&nbsp;akan menjadi salah satu alat memasak yang baik untuk anda, lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk tujuan mengurangkan pengambilan lemak dan kalori. Semoga bermanfaat!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BARU-BARU&nbsp;ini tular di media sosial mengenai satu kenyataan menyatakan alatan memasak iaitu&nbsp;air fyer&nbsp;atau penggoreng udara dapat menyebabkan kanser. Menjelaskan situasi itu, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Mohd Rushdan Md Noor berkata, sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan penggunaan&nbsp;air fryer&nbsp;boleh menyebabkan kanser ke atas manusia. \u201cSememangnya semua perkara di dunia ini ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3250","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3250","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3250"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3250\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3252,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3250\/revisions\/3252"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3250"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3250"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3250"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}