{"id":3298,"date":"2021-12-26T08:02:36","date_gmt":"2021-12-26T00:02:36","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3298"},"modified":"2021-12-26T08:02:39","modified_gmt":"2021-12-26T00:02:39","slug":"ubat-antibiotik-jenis-tetracycline-beri-kesan-buruk-pada-gigi-anak-anak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/ubat-antibiotik-jenis-tetracycline-beri-kesan-buruk-pada-gigi-anak-anak\/","title":{"rendered":"Ubat Antibiotik Jenis Tetracycline, Beri Kesan Buruk Pada Gigi Anak-Anak"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/gigi-2.png\" alt=\"gigi\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>BUAT<\/strong>&nbsp;ibu-ibu yang tengah sarat mengandung atau ibu sedang merancang untuk mengandung dan ibu bapa yang mempunyai anak bawah 12 tahun, sedikit sebanyak perlu ambil tahu mengenai penggunaan ubat antibiotik jenis&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah pesan yang diungkap oleh doktor gigi di Klinik Pergigian Azila Bangi, Dr Azila Mohd Kasim melalui Facebooknya semalam.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_38233\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/gigi-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38233\" \/><figcaption>Dr Azila Mohd Kasim.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Sebenarnya, apakah kegunaan<em>&nbsp;tetracycline<\/em>?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tulis Dr Azila,&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;adalah antibiotik yang digunakan untuk merawat sejumlah jangkitan termasuklah jerawat, kolera, brucellosis, wabak, malaria dan sifilis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa diambil melalui mulut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c<em>Tetracycline<\/em>&nbsp;adalah pilihan antibiotik pada beberapa jangkitan bakteria yang mengancam nyawa,\u201d beritahu Dr Azila.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun demikian, maklum Dr Azila,&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;mempunyai kesan buruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, wanita hamil harus mengelak daripada mengambil<em>&nbsp;tetracycline<\/em>&nbsp;kerana ubat berkenaan mempunyai kemampuan untuk melintasi plasenta (uri) dan mengganggu pembentukan gigi janin yang sedang berkembang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProses pembentukan gigi susu bermula pada usia kandungan enam hingga lapan minggu, manakala proses pembentukan gigi kekal bermula pada usia 12 minggu kandungan janin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c<em>Tetracycline<\/em>\u00a0boleh mengakibatkan pewarnaan pada gigi susu bayi. Bukan itu sahaja,<em>\u00a0tetracycline<\/em>\u00a0juga tidak boleh diberikan kepada anak-anak di bawah usia 12 tahun kerana boleh memberi kesan negatif pada gigi kekal mereka,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kongsi Dr Azila lagi, sebilangan kecil kanak-kanak yang diberi&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;untuk merawat pelbagai penyakit bakteria menunjukkan bukti perubahan warna gigi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPewarnaan berkadar terus dengan usia individu, dos dan jangka masa penggunaan&nbsp;<em>tetracycline<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh kerana kesan buruk kekal pada gigi anak, ibu bapa harus mengelakkan penggunaan&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;kecuali telah dipreskripsi (surat ubat) oleh pengamal perubatan (keadaan yang jarang berlaku),\u201d ujar Dr Azila.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian, kata doktor gigi itu, sekiranya gigi terkena\u00a0<em>tetracycline<\/em>\u00a0(sama ada di dalam atau di luar utero) pada masa mineralisasi gigi atau kalsifikasi,<em>\u00a0tetracycline<\/em>\u00a0akan mengikat ion kalsium pada gigi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya ini berlaku sebelum erupsi gigi melalui gingiva (gusi), ia akan menyebabkan perubahan warna kuning pendarfluor awal (initial fluorescent yellow discoloration).<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/gigi.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38231\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cTindak balas ini berlaku kerana tetracycline mengikat kalsium fosfat dan membiarkan ubat diserap oleh gigi. Situasi tersebut bakal merosakkan enamel gigi dan menyebabkan perubahan warna coklat atau kuning, berlubang dan boleh menyebabkan gigi mudah berkaviti,\u201d kata Dr Azila.Bagaimanapun, ujar Dr Azila memutihkan gigi yang ada stain akibat mengambil&nbsp;<em>tetracycline<\/em>, merupakan proses yang sangat mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFakta ringkasnya ialah molekul warna&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari gigi. Pesakit dengan gigi&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;akan melihat perubahan selepas rawatan, namun hasilnya berbeza-beza bergantung pada keterukan stain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebilangan pesakit akan mendapat manfaat rawatan pemutihan di rumah sehingga sebulan atau lebih lama. Oleh itu, jumlah pemutihan yang dapat dicapai ketika menggunakan sistem pemutihan khas adalah terhad,\u201d tambah Dr Azila.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun kajian terbukti bahawa penggunaan&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;belum dapat dielakkan sepenuhnya, tetapi ia tetap diambil kerana mungkin kurangnya kesedaran dalam kalangan golongan perubatan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/gigi-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38232\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>\u201cAnda harus menjadualkan lawatan ke doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk memeriksa kesihatan mulut. Ini adalah kaedah terbaik untuk memerhatikan kesan sampingan oral&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;dan ubat lain,\u201d pesan Dr Azila.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh yang demikian, doktor gigi akan mencadangkan rawatan yang tepat untuk perubahan warna gigi dan membantu anda menghilangkan \u2018noda\u2019&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;dalam masa yang singkat. Semoga bermanfaat.<strong>ANEKDOT<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>TERDAPAT empat kategori gigi berstrain&nbsp;<em>tetracycline<\/em>&nbsp;iaitu:<\/p>\n\n\n\n<p>1.&nbsp;<em>Mild tetracycline staining<\/em><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Minimum, warna stain secara seragam, warna kuning muda, coklat muda atau kelabu muda dan terhad pada bahagian insisal gigi.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>2.&nbsp;<em>Moderate tetracycline staining<\/em><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Pewarnaan lebih berbeza dari segi kuantiti dan lokasi, mulai dari kuning pekat hingga coklat atau kelabu. Prognosis rawatan berubah-ubah kerana bergantung sepenuhnya pada intensiti stain.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>3.&nbsp;<em>Severe tetracycline staining<\/em><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Pewarnaan coklat gelap, kelabu gelap, ungu atau biru, dengan jalur yang jelas. Prognosis untuk hasil yang efisien dan estetik tidak baik.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>4.&nbsp;<em>Intractable tetracycline staining<\/em>&nbsp;(tidak dapat ditangani)<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Pigmentasi yang kuat menggabungkan noda yang sangat gelap dengan jalur yang sangat ketara. Pemutihan tidak mencukupi rawat dalam kes seperti ini.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p><em><strong>Sumber: Doktor gigi di Klinik Pergigian Azila Bangi, Dr Azila Mohd Kasim.<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BUAT&nbsp;ibu-ibu yang tengah sarat mengandung atau ibu sedang merancang untuk mengandung dan ibu bapa yang mempunyai anak bawah 12 tahun, sedikit sebanyak perlu ambil tahu mengenai penggunaan ubat antibiotik jenis&nbsp;tetracycline&nbsp;ini. Itulah pesan yang diungkap oleh doktor gigi di Klinik Pergigian Azila Bangi, Dr Azila Mohd Kasim melalui Facebooknya semalam. Sebenarnya, apakah kegunaan&nbsp;tetracycline? Tulis Dr Azila,&nbsp;tetracycline&nbsp;adalah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3298","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3298","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3298"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3298\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3300,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3298\/revisions\/3300"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3298"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3298"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3298"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}