{"id":3328,"date":"2021-12-26T08:17:55","date_gmt":"2021-12-26T00:17:55","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3328"},"modified":"2021-12-26T08:17:57","modified_gmt":"2021-12-26T00:17:57","slug":"bahayakah-jika-anak-kecil-suka-duduk-menggunakan-posisi-w-ini-fakta-kesihatan-yang-perlu-ibu-bapa-tahu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/bahayakah-jika-anak-kecil-suka-duduk-menggunakan-posisi-w-ini-fakta-kesihatan-yang-perlu-ibu-bapa-tahu\/","title":{"rendered":"Bahayakah Jika Anak Kecil Suka Duduk Menggunakan Posisi W? Ini Fakta Kesihatan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/medik-37.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>ADA<\/strong>&nbsp;sesetengah daripada kanak-kanak sangat gemar duduk menggunakan posisi berbentuk huruf W.<\/p>\n\n\n\n<p>Pernah suatu ketika dahulu, tular kenyataan di media sosial yang menyatakan bahaya anak-anak yang duduk menggunakan posisi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutamanya anak-anak yang mempunyai tabiat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut portal kesihatan&nbsp;<em>medcom.id<\/em>, kanak-kanak di bawah umur tiga tahun yang duduk dalam kedudukan tersebut dinggap normal.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/medik-38.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36857\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, jika kebiasaan itu berterusan selepas anak kecil itu menjangkau usia tiga tahun, ia boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan keseluruhan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah keadaan itu benar?<\/p>\n\n\n\n<p>SinarPlus kemudian menyelak informasi menerusi entri&nbsp;<em>Facebook Public Health Malaysia<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisnya, jika ibu bapa ternampak anak-anak duduk dalam posisi W, ia mungkin suatu perkara yang normal pada usia anak kecil sekitar tiga tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah kerana pada ketika itu, tubuh mereka masih fleksibel dan perkara itu tidak menyakitkan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, ia sama sekali tidak akan mendatangkan bahaya pada perkembangan otot peha sekiranya duduk dalam posisi itu sekali-sekala.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, kanak-kanak suka akan posisi berkenaan kerana ia memberi tapak yang lebih luas dan memberi keseimbangan yang lebih stabil semasa mereka sedang bermain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, terdapatnya satu kajian yang menunjukkan 99 peratus kanak-kanak yang duduk dalam posisi W akan meninggalkan tabiat tersebut selepas mereka semakin membesar tanpa sebarang intervensi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, usah bimbang, kajian yang sama juga membuktikan duduk dalam posisi W tidak mengakibatkan Hip Dysplasia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesanan penting kepada ibu bapa adalah untuk memerhatikan pergerakan anak anak semasa beralih daripada posisi W ke posisi lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia turut diakui oleh Pakar Ortopedik Pediatrik, Hospital Johns Hopkins All Children, Amerika Syarikat, Dr Greg Hahn.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kebanyakan kanak-kanak yang berjalan sedikit mempunyai kecenderungan memilih duduk dalam posisi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau mendapati kedudukan duduk W hanyalah variasi normal bagi kanak-kanak dan tidak memerlukan rawatan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/02\/medik-39.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36856\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Namun demikian, jika mereka kelihatan kekok sama ada seperti dalam keadaan kesakitan atau tidak seimbang, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperkara, jika otot anak kecil kelihatan lemah, kerap jatuh, peha membengkak dan berlaku masalah koordinasi serta keseimbangan (tidak simetri), jangan berlengah-lengah lagi, ia mungkin petanda tidak baik kepada kesihatan<br>anak kecil berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<h5 class=\"wp-block-heading\">Oleh itu, cara lainnya, ibu bapa perlu memberi galakkan kepada anak kecil untuk berubah posisi semasa duduk dengan mencuba beberapa posisi seperti:<\/h5>\n\n\n\n<p>i) Duduk bersila<br>ii) Duduk melunjur<br>iii) Duduk bersimpuh<br>iv) Duduk melutut<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, diharapkan dengan perkongsian ini memberi informasi yang jelas kepada ibu bapa di luar sana.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Foto: FREEPIK DAN SUMBER INTERNET<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ADA&nbsp;sesetengah daripada kanak-kanak sangat gemar duduk menggunakan posisi berbentuk huruf W. Pernah suatu ketika dahulu, tular kenyataan di media sosial yang menyatakan bahaya anak-anak yang duduk menggunakan posisi berkenaan. Perkara itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutamanya anak-anak yang mempunyai tabiat berkenaan. Menurut portal kesihatan&nbsp;medcom.id, kanak-kanak di bawah umur tiga tahun yang duduk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3328","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3328","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3328"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3328\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3330,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3328\/revisions\/3330"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3328"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3328"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3328"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}