{"id":3394,"date":"2021-12-26T08:53:23","date_gmt":"2021-12-26T00:53:23","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3394"},"modified":"2021-12-26T08:53:26","modified_gmt":"2021-12-26T00:53:26","slug":"tiada-kaitan-antara-demam-kura-dengan-kura-kura-sebaliknya-nyamuk-tiruk-yang-menjadi-punca","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/tiada-kaitan-antara-demam-kura-dengan-kura-kura-sebaliknya-nyamuk-tiruk-yang-menjadi-punca\/","title":{"rendered":"Tiada Kaitan Antara Demam Kura Dengan Kura-Kura, Sebaliknya Nyamuk Tiruk Yang Menjadi Punca"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/kudis-buta-5.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>SIMPTOM<\/strong>&nbsp;demam dan pada masa sama menggigil-gigil biasanya akan dikaitkan dengan penyakit demam kura oleh masyarakat kita tanpa mengira peringkat usia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, apakah itu penyakit demam kura dan adakah ia mempunyai kaitan dengan kura-kura?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai di antara kita yang menggunakan istilah demam kura menggangap penyakit itu adalah demam terketar-ketar sehingga dinamakan seperti demikian kerana pergerakan kura-kura yang digambarkan (terketar-ketar).<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cIa sebenarnya tidak tepat sama sekali,\u201d ulas Pakar Kesihatan dan Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui entri Facebooknya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_35405\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/kudis-buta-4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35405\" \/><figcaption><strong>Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, kesilapan istilah itu terjadi kerana masyarakat kini tidak tahu maksud perkataan kura dan kura-kura.<\/p>\n\n\n\n<p>Kura-kura merupakan sejenis binatang reptilia yang mempunyai cengkerang yang keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat.<\/p>\n\n\n\n<p>Buat pengetahuan semua pembaca SinarPlus, kura juga bermaksud bahagian belakang tangan dan limpa (spleen).<\/p>\n\n\n\n<p>Perkataan kura dalam istilah demam kura merujuk kepada maksud ketiga (perkataan itu) iaitu organ yang menjalankan fungsi kawalan kualiti darah.<\/p>\n\n\n\n<p>Memperincikan lebih mendalam mengenai penyakit itu, ujar Dr Kamarul Ariffin, sel darah merah yang rosak dan mikroorganisma akan disaring keluar daripada peredaran darah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahan binaan darah daripada sel darah yang rosak akan disimpan untuk tujuan kitar semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika berlaku kehilangan darah, limpa akan cuba menggantikan kehilangan tersebut dengan bekalan darah dalam simpanannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, deman kura sebenarnya adalah istilah khusus untuk demam malaria iaitu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan\u00a0<em>plasmodium<\/em>\u00a0(protozoa parasit), yang menular melalui gigitan nyamuk tiruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab satu soalan lain, Dr Kamarul Ariffin menjelaskan, simptom-simptom demam malaria adalah seperti demam, menggeletar, sakit sendi, muntah-muntah dan kekejangan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/kudis-buta-6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35406\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Antara tanda-tanda fizikalnya pula adalah pembengkakan limpa&nbsp;<em>(splenomegaly)<\/em>&nbsp;dan hati&nbsp;<em>(hepatomegaly)<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYa, itulah kaitannya! Demam kura adalah demam yang diringi dengan bengkak kura (limpa).<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cLepas ini jangan kaitkan lagi demam menggeletar dengan kura-kura. Haiwan itu tidak bersalah. Haiwan yang bersalah adalah nyamuk tiruk,\u201d tulis Dr Kamarul Ariffin berseloroh.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Justeru, buat orang ramai di luar sana, jika kalian mempunyai simptom-simptom seperti yang disebutkan tadi, dinasihatkan agar segera dapatkan pemeriksaan doktor. Ingat, demam kura boleh bawa maut jika tidak dirawat!<\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian, cara paling berkesan bagi mengelak demam malaria adalah dengan cegah pembiakan nyamuk.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan cara cegah pembiakan nyamuk, jangan kata malaria, denggi dan zika pun boleh dicegah sekali,\u201d pesan Dr Kamarul Ariffin.&nbsp;<em>#kitajagakita<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SIMPTOM&nbsp;demam dan pada masa sama menggigil-gigil biasanya akan dikaitkan dengan penyakit demam kura oleh masyarakat kita tanpa mengira peringkat usia. Sebenarnya, apakah itu penyakit demam kura dan adakah ia mempunyai kaitan dengan kura-kura? \u201cRamai di antara kita yang menggunakan istilah demam kura menggangap penyakit itu adalah demam terketar-ketar sehingga dinamakan seperti demikian kerana pergerakan kura-kura [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3394","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3394","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3394"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3396,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3394\/revisions\/3396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}